Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang



 
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyoal bilakah kerajaan berhasrat untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya mengadakan persidangan parlimen.
Ini katanya, kerana negara sudah menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lebih banyak perniagaan dibenarkan dibuka.
“Memandangkan tiada lagi negeri dikenakan PKP, agak-agaknya bila pula parlimen boleh kembali bersidang,” soalnya pada hantaran di Facebook.
Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini, manakala pada masa sama, penguatkuasaan PKPB kekal di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.
Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 5 Mac ini.
Penguatkuasaan PKPP kekal di Perlis.
Bermula 5 Mac pusat pelancongan, pawagam dan pusat penjagaan diri dibenarkan beroperasi tertakhluk prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan Covid-19.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah telah bertitah bahawa “tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.”
Oleh itu, Zahid, yang juga ahli parlimen Bagan Datuk, berkata sidang Dewan Rakyat perlu berlangsung walaupun dalam keadaan darurat.
“Pak Menteri sila ‘move on’. Jom kita bersidang demi kepentingan rakyat dan negara. Inikan negara demokrasi,” katanya lagi.
PKP mula dilaksanakan pada 13 Januari. Pengisytiharan darurat pula pada 11 Januari.
Pengisytiharan darurat, yang berakhir pada Ogos ini, juga menyaksikan penggantungan parlimen.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata darurat diperlukan untuk membantu memerangi wabak Covid-19.
Tetapi pengkritik menuduhnya cuba menyekat parlimen bersidang setelah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Ini apabila dua ahli parlimen Umno, MP Padang Rengas Nazri Aziz dan MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN.
Bagaimanapun, Muhyiddin kembali memperoleh majoriti mudah setelah dua lagi ahli parlimen PKR berpaling tadah.
Muhyiddin telah memberi jaminan akan mengadakan pilihan raya umum selepas berjaya mengendalikan wabak Covid-19.
Penularan wabak itu kini secara beransur-ansur berkurangan dengan 1,555 kes baru semalam, yang terendah untuk tahun ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah juga telah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.
The post Zahid: Tiada lagi negeri PKP, bila parlimen boleh bersidang? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/03/zahid-tiada-lagi-negeri-pkp-bila-parlimen-boleh-bersidang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zahid-tiada-lagi-negeri-pkp-bila-parlimen-boleh-bersidang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Sekolahkan Takiyuddin Berkait Faktor Usia Mp Punca Parlimen Tak Boleh Bersidang

Pemimpin Umno Sekolahkan Takiyuddin Berkait Faktor Usia Mp Punca Parlimen Tak Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 294 hits
March 4 2021 Seorang ahli Majlis tertinggi Umno secara sinis mencadangkan agar had umur ahli parlimen dipinda sekiranya faktor usia menjadi halangan untuk Dewan Rakyat bersidang ketika wabak Covid 19 Razlan Rafii berkata Menteri di Jabatan ...
Parlimen Boleh Bersidang Tapi Bukan Untuk Agenda Politik

Parlimen Boleh Bersidang Tapi Bukan Untuk Agenda Politik

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 274 hits
malaysiakini comDiterbitkan 19 Feb 2021 8 25 amBeberapa pemerhati politik berpendapat persidangan Dewan Rakyat boleh diteruskan sekiranya anggota parlimen tidak mempunyai motif politik dan hanya memfokuskan isu rakyat Jelas penganalisis pol...
Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 232 hits
PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Parlimen boleh kembali bersidang pada Mei selepas semua Ahli Parlimen diberi vaksin Beliau memberi cadangan itu berdasarkan semua 220 Ahli Parlimen diberi vaksin menjel...
Ooo Patutlah Parlimen Tidak Boleh Nak Bersidang

Ooo Patutlah Parlimen Tidak Boleh Nak Bersidang

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 348 hits
Meskipun Istana Negara dalam satu kenyataan baru baru ini menyatakan sidang Parlimen boleh diadakan dalam perintah darurat namun separuh daripada ahli Parlimen berada dalam kumpulan berisiko tinggi kerana berumur lebih 60 tahun kata Menteri...
Sains Data Apa Pasar Malam Boleh Buka Parlimen Tak Boleh Bersidang Najib Persoal Takiyuddin

Sains Data Apa Pasar Malam Boleh Buka Parlimen Tak Boleh Bersidang Najib Persoal Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 293 hits
March 3 2021 5 55 PMNajib Razak dalam catatan di Facebook berkata sains dan data itu seolah olah mendakwa bersidang dalam Dewan Rakyat lebih berbahaya berbanding banyak aktiviti lain yang dibenarkan kerajaan PETALING JAYA Bekas perdana ment...
Parlimen Tidak Boleh Bersidang Sebab Ramai Orang Tua Hanya Alasan Mahathir

Parlimen Tidak Boleh Bersidang Sebab Ramai Orang Tua Hanya Alasan Mahathir

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 210 hits
Kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang dalam masa terdekat kerana kebanyakan Ahli Parlimen adalah dalam kalangan kumpulan yang berisiko hanyalah alasan sem...
Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 336 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Feb 2021 4 38 pmDikemaskini 5 00 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Contemporary Industrial House In Seattle By Rho Architects Blends Raw Steel Aesthetics With Residential Innovation

The Doctrine Of Sindoor India S Red Line Against Terror

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Vw Owner Fumes Non Deployment Of Airbag During Accident Which Car Maker Describes As Normal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Guru 2025

Tips For Ensuring Safe And Secure Transactions Gacor123

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025