Sains Data Apa Pasar Malam Boleh Buka Parlimen Tak Boleh Bersidang Najib Persoal Takiyuddin


FMT Reporters
-March 3, 2021 5:55 PM
Najib Razak dalam catatan di Facebook berkata, sains dan data itu seolah-olah mendakwa bersidang dalam Dewan Rakyat lebih berbahaya berbanding banyak aktiviti lain yang dibenarkan kerajaan.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan sains dan data sebagai alasan untuk tidak mengadakan sidang Dewan Rakyat ketika tempoh darurat sehingga 1 Ogos nanti.

Ahli Parlimen Pekan itu dalam catatan di Facebook berkata, sains dan data itu seolah-olah mendakwa bersidang dalam Dewan Rakyat lebih berbahaya berbanding banyak aktiviti lain yang dibenarkan kerajaan.

Beliau memberi contoh menonton wayang dalam pawagam, sekolah dibuka semula dan pasar malam dibenarkan beroperasi, selain “membuat mesyuarat persediaan PRU di hotel” atau majlis untuk menerima akuan bersumpah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, Jemaah Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong tidak mengadakan sidang Parlimen ketika tempoh darurat sehingga 1 Ogos nanti.

Beliau berkata, kenyataan Istana Negara sebelum ini bertujuan menjelaskan Kabinet akan menasihatkan Agong bila Parlimen boleh bersidang.

“Jadi di sini, Kabinet apabila membuat nasihat, kenapa kita menangguhkan bukannya menggantung persidangan Parlimen kerana banyak alasan.

“Ada alasan perundangan dan ada alasan dari segi sains dan data. Kita boleh tangguhkan dahulu persidangan Parlimen,” kata beliau.

Sebelum ini, Istana Negara memaklumkan Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat, pada suatu tarikh difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, keputusan Agong itu dibuat selepas menerima menghadap Presiden Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara pada 24 Feb lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz percaya punca kerajaan tidak mahu mengadakan sidang Parlimen kerana tidak mempunyai sokongan mencukupi.

“Saya percaya kerajaan mempunyai alasan politik tidak mahu Parlimen bersidang kerana mereka tidak stabil. Tetapi buat masa ini, kita tidak boleh mengadakan pilihan raya juga.

“Mereka (PN) tidak boleh lari daripada pilihan raya selepas darurat tamat pada Ogos. Mereka tidak boleh lari daripada Umno. Mereka perlu berdepan kami.”

Nazri bagaimanapun berkata, usaha memerangi Covid-19 belum berakhir dan kerajaan perlu dibenarkan memberi tumpuan untuk melawan pandemik itu.

“Ada perkara yang kerajaan perlu buat, jika kita mengadakan sidang Parlimen, ia mungkin memakan masa sedikit. Saya hanya bersikap praktikal.”

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim menyifatkan pengumuman Takiyuddin itu sebagai keputusan yang salah dan memberikan gambaran tidak baik terhadap kerajaan.

Beliau berharap keputusan itu akan mengundang bantahan yang “sekeras-kerasnya.”

Katanya, jika kerajaan PN mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat, tiada pihak yang mampu menjatuhkannya.

“Jadi, kenapa anda begitu takut untuk mengadakan sidang (Dewan Rakyat)?

“Ia tidak masuk akal,” katanya kepada FMT.

Katanya, ia juga akan menjadi petanda buruk untuk negara, jika kerajaan tidak mematuhi undang-undang, khasnya perlembagaan.

“Satu hari nanti, kita akan kata kita tidak perlukan pilihan raya juga. Kemudian apa yang akan berlaku?” soalnya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/sains-data-apa-pasar-malam-boleh-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Sekolahkan Takiyuddin Berkait Faktor Usia Mp Punca Parlimen Tak Boleh Bersidang

Pemimpin Umno Sekolahkan Takiyuddin Berkait Faktor Usia Mp Punca Parlimen Tak Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 226 hits
March 4 2021 Seorang ahli Majlis tertinggi Umno secara sinis mencadangkan agar had umur ahli parlimen dipinda sekiranya faktor usia menjadi halangan untuk Dewan Rakyat bersidang ketika wabak Covid 19 Razlan Rafii berkata Menteri di Jabatan ...
Parlimen Tidak Boleh Bersidang Sebab Ramai Orang Tua Hanya Alasan Mahathir

Parlimen Tidak Boleh Bersidang Sebab Ramai Orang Tua Hanya Alasan Mahathir

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 160 hits
Kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Parlimen tidak boleh bersidang dalam masa terdekat kerana kebanyakan Ahli Parlimen adalah dalam kalangan kumpulan yang berisiko hanyalah alasan sem...
Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

Muhyiddin Ditanya Semalam Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Vaksin Atau Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 312 hits
Nak tanya Muhyiddin semalam mana yang lebih sakit Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen...
27 Posting Hingga Kini Lagi Berita Meyusul Boleh Buka Parlimen Hoi Orang Kampung Parlimen Dah Boleh Buka

27 Posting Hingga Kini Lagi Berita Meyusul Boleh Buka Parlimen Hoi Orang Kampung Parlimen Dah Boleh Buka

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 202 hits
HAMZAH RIE NAAnnuar Musa ABAH Takiyuddin Lebai Mewaun walaun walauntit kayu Sekarang semuanya Krik Krik Krik jadi setan bisu tu kenapa Kenapa Annuar Musa kerajaan PN takut benar sidang Parlimen diadakan ketika darurat SR
Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 175 hits
PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Parlimen boleh kembali bersidang pada Mei selepas semua Ahli Parlimen diberi vaksin Beliau memberi cadangan itu berdasarkan semua 220 Ahli Parlimen diberi vaksin menjel...
Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang

Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 166 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyoal bilakah kerajaan berhasrat untuk menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya mengadakan persidangan parlimen Ini katanya kerana negara sudah menamatkan perintah kawalan pergerakan dan lebih banyak pernia...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama