Zahid Terbuka Jika Jawatan Presiden Timbalan Presiden Umno Ditandingi



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sentiasa terbuka sekiranya dua jawatan utama dalam parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
(Harian Metro) – Namun, Dr Ahmad Zahid berkata, semuanya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan juga Perhimpunan Agung Umno (PAU).
Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Umno, pemilihan parti diadakan setiap tiga tahun dengan tempoh waktunya pemilihan dijangka berlangsung pada 2026.
“Saya amat terbuka dalam perkara ini (pemilihan presiden dan timbalan presiden). Terdapat klausa yang mana pemilihan boleh ditangguhkan selama 18 bulan dan ini bermakna, ia bergantung kepada keputusan yang akan dibuat dalam MKT dan PAU.
“Kita amat mematuhi apa yang tercatat dalam perlembagaan dan peraturan Umno. Kita lihat situasi tahun atau tarikh yang akan ditentukan dan tentunya seorang calon tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian namun bergantung kepada sokongan perwakilan.
“Yang penting, Umno harus terus dipertahankan dan relevan, jangan fikirkan daripada sekarang soal pertandingan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Muar, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ketua Bahagiannya, Datuk Ashari Md Sarip.
Terdahulu, Dr Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih siapa layak menerajui dua jawatan teratas bagi kesinambungan dan seterusnya mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Dr Ahmad Zahid memberitahu, ketika ini beliau sudah tujuh tahun menerajui jawatan presiden yang mana pelantikannya disebabkan peletakan jawatan Najib Razak pada 2018.
“Tiba masanya saya akan serah kepada perwakilan untuk pilih siapa layak. Saya menjadi presiden pun sebab bossku (Najib Razak) letak jawatan dan berikan kepada saya.
“Jawatan hakiki saya cuma naib presiden dan diberi tanggungjawab menjadi presiden. Presiden sebelum ini semua jadi PM (Perdana Menteri), cuma saya seorang tidak menjadi PM.
“Jawatan paling tertinggi pun saya jadi TPM. Itu pun tak tahu sampai bila… saya dah rasa semua jawatan,” katanya.
The post Zahid terbuka jika jawatan Presiden, Timbalan Presiden Umno ditandingi appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/07/15/zahid-terbuka-jika-jawatan-presiden-timbalan-presiden-umno-ditandingi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spekulasi Tolak Jawatan Sua Bersatu Azmin Mungkin Idam Timbalan Presiden Kata Penganalisis

Spekulasi Tolak Jawatan Sua Bersatu Azmin Mungkin Idam Timbalan Presiden Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 216 hits
Penganalisis berpendapat Azmin Ali yang pernah menjadi timbalan presiden PKR sebelum menyertai Bersatu empat tahun lalu mahu bertanding kedudukan lebih tinggi PETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat khabar angin Azmin Ali menolak jaw...
Tiada Kerjasama Umno Selagi Hadi Presiden Pas Zahid

Tiada Kerjasama Umno Selagi Hadi Presiden Pas Zahid

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 302 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 8 2024Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pengalaman bekerjasama dengan PAS sebelum ini menyebabkan keputusan ter...
Zahid Sedia Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertanding

Zahid Sedia Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertanding

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dipertanding semasa pemilihan parti itu pada 2026 Beliau berkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada perbincangan dan keputusan Maj...
Ahmad Faizal Azumu Undur Serah Jawatan Timbalan Presiden Bersatu Kepada Hamzah

Ahmad Faizal Azumu Undur Serah Jawatan Timbalan Presiden Bersatu Kepada Hamzah

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 402 hits
Menjelang pemilihan parti Oktober ini Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan berundur dari jawatannya untuk memberi laluan kepada Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin Beliau berkata secara rela hati meng...
Azmin Tolak Jawatan Setiausaha Agung Mungkin Mahu Jawatan Tim Presiden

Azmin Tolak Jawatan Setiausaha Agung Mungkin Mahu Jawatan Tim Presiden

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 279 hits
Menjelang pemilihan Bersatu Oktober ini Datuk Seri Azmin Ali dilapor menolak tawaran presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha Agung Azmin yang merupakan Ketua Bersatu Selangor itu memaklumkan beberapa Ketua Bahagi...
Selagi Hj Hadi Presiden Umno Berada Dalam Bahaya Jika Kerjasama Dengan Pas

Selagi Hj Hadi Presiden Umno Berada Dalam Bahaya Jika Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 495 hits
Oleh Adam MalikSelagi Hj Hadi Presiden UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS Perkara bukan belum pernah terjadi bahkan sudah beberapa kali terjadi dimana Presiden PAS Haji Hadi akan menyatakan persetujuan dipertemuan empat mata...
Many Ex Members Applying To Rejoin Umno Says Zahid

Many Ex Members Applying To Rejoin Umno Says Zahid

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 313 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said the membership applications would be decided by the party s Supreme Council JELI Many former Umno members have applied to rejoin the party Umno president Ahmad Zahid Hamidi said today He said the appli...
Muhyiddin Buka Rahsia Hamzah Timbalan Peja Naib Presiden Bersatu

Muhyiddin Buka Rahsia Hamzah Timbalan Peja Naib Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 224 hits
Chia Wan RouSELAYANG Muhyiddin Yassin membuka rahsia senarai calon bagi jawatan tertinggi Bersatu menjelang pemilihan parti pada Oktober ini yang dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak Presiden Bersatu itu berkata Ahmad Faizal A...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan