Spekulasi Tolak Jawatan Sua Bersatu Azmin Mungkin Idam Timbalan Presiden Kata Penganalisis


 
Penganalisis berpendapat Azmin Ali yang pernah menjadi timbalan presiden PKR sebelum menyertai Bersatu, empat tahun lalu mahu bertanding kedudukan lebih tinggi.
PETALING JAYA: Penganalisis politik berpendapat khabar angin Azmin Ali menolak jawatan setiausaha agung Bersatu mungkin disebabkan beliau mahu bertanding kedudukan lebih tinggi terutama timbalan presiden yang pernah disandangnya ketika bersama PKR.
Menurut Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan, alasan Azmin yang dikatakan mahu memfokuskan usaha menawan Selangor dilihat tidak kukuh kerana jawatan ditawarkan kepadanya itu sebenarnya mampu mengukuhkan peluang kembali ke puncak pentadbiran negeri paling maju itu.
Jelasnya, keputusan Azmin itu sebaliknya boleh dibaca dari dua sudut iaitu tidak bersetuju percaturan Presiden Muhyiddin Yassin dan mahu bertanding jawatan timbalan presiden kerana yakin mampu memenanginya.
“Beliau mungkin yakin mampu mengalahkan sesiapa sahaja termasuk Hamzah Zainudin sekali pun….ini mungkin satu tamparan kepada Muhyiddin dan membuka ruang untuk ahli lain menyatakan rasa tidak bersetuju.

Walaupun secara tersirat tapi dapat dibaca akar umbi, saya jangka selepas ini mungkin ada suara menentang atau tidak bersetuju dengan percaturan atau susunan kepimpinan diumumkan Muhyiddin baru-baru ini, katanya kepada FMT.
Semalam, FMT memetik sumber mendakwa Azmin dikatakan menolak tawaran menggantikan Hamzah yang dicadangkan memegang jawatan timbalan presiden menerusi ‘pelan kompromi’ bagi mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi pada pemilihan parti Oktober depan.
Berdasarkan cadangan diumumkan Muhyiddin pada konvensyen Bersatu Sabtu lalu, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu akan berundur setapak bertanding naib presiden bersama dua penyandang, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin.
Bagaimanapun, Kiandee menjelaskan tiada usul untuk tidak mempertandingkan jawatan itu dan nama dikemukakan Muhyiddin hanya sebagai calon dicadangkan yang akhirnya ditentukan akar umbi pada pemilihan.
Sebelum ini, timbul spekulasi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Bersatu membabitkan Faizal selaku penyandang, dan akan dicabar Hamzah.
Nama Azmin turut disebut-sebut mahu merebut jawatan orang nombor dua Bersatu itu namun difahamkan ketua pembangkang DUN Selangor itu dikatakan hanya akan merebut tempat dalam barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berpendapat percaturan dan penyusunan saf kepimpinan Muhyiddin itu tidak terganggu disebabkan apa jua keputusan Azmin.
“Azmin bukan keluar parti, kalau itu berlaku maka senarionya berbeza.

Mungkin Muhyiddin melihat alternatif dan peluang meneroka peluang mengukuhkan kedudukan Bersatu sebagai parti lain berkongsi kepentingan sama dengan PAS, katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/spekulasi-tolak-jawatan-sua-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Tolak Jawatan Setiausaha Agung Mungkin Mahu Jawatan Tim Presiden

Azmin Tolak Jawatan Setiausaha Agung Mungkin Mahu Jawatan Tim Presiden

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 153 hits
Menjelang pemilihan Bersatu Oktober ini Datuk Seri Azmin Ali dilapor menolak tawaran presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha Agung Azmin yang merupakan Ketua Bersatu Selangor itu memaklumkan beberapa Ketua Bahagi...
Azmin Tolak Jawatan Setiausaha Agung Bersatu

Azmin Tolak Jawatan Setiausaha Agung Bersatu

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 129 hits
FMT ReportersSumber berkata Azmin Ali memberitahu perkara itu kepada pimpinan PN Selangor kerana ingin fokus tawan negeri pada pilihan raya akan datang PETALING JAYA Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali dikatakan menolak cadangan melantiknya se...
Ahmad Faizal Azumu Undur Serah Jawatan Timbalan Presiden Bersatu Kepada Hamzah

Ahmad Faizal Azumu Undur Serah Jawatan Timbalan Presiden Bersatu Kepada Hamzah

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 270 hits
Menjelang pemilihan parti Oktober ini Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan berundur dari jawatannya untuk memberi laluan kepada Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin Beliau berkata secara rela hati meng...
Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 251 hits
freemalaysiatoday com24 Jul 2024Azmi Hassan berkata penyebab PN dilihat kukuh dan kuat disebabkan PAS PAS mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat manakala Bersatu 25 PETALING JAYA Kerjasama PAS dan Umno andai ditautkan kembali akan merugikan Be...
Zahid Terbuka Jika Jawatan Presiden Timbalan Presiden Umno Ditandingi

Zahid Terbuka Jika Jawatan Presiden Timbalan Presiden Umno Ditandingi

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 161 hits
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sentiasa terbuka sekiranya dua jawatan utama dalam parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang Namun Dr Ahmad Zahid berkata semuanya bergantung kepada keputusan yang aka...
Muhyiddin Buka Rahsia Hamzah Timbalan Peja Naib Presiden Bersatu

Muhyiddin Buka Rahsia Hamzah Timbalan Peja Naib Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 143 hits
Chia Wan RouSELAYANG Muhyiddin Yassin membuka rahsia senarai calon bagi jawatan tertinggi Bersatu menjelang pemilihan parti pada Oktober ini yang dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak Presiden Bersatu itu berkata Ahmad Faizal A...
Video Berapi Api Ribka Tjiptaning Depan Hasto Kader Pdip Kita Bersatu Lawan Presiden Jokowi Ini Neo Orba

Video Berapi Api Ribka Tjiptaning Depan Hasto Kader Pdip Kita Bersatu Lawan Presiden Jokowi Ini Neo Orba

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 130 hits
Ribka mengaku kepada Hasto Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri sudah melarang agar tidak menyerang dan menyebut nama
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini