Zahid Sumpah Wallahi Tiada Kerjasama Dengan Dap Tapi Lain Pula Di Melaka


agendaily.com8/10/2021
Dalam keadaan tersepit untuk mengekalkan kuasa UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP.
Sudah terang lagi bersuluh – mengambil ayat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – pemimpin tertinggi parti itu tidak boleh lagi bersembunyi di belakang akar umbi apabila menawarkan kerjasama dengan parti pembangkang untuk terus mentadbir Melaka.

Dalam keadaan terdesak, terburai sudah segala isi hati Majlis Tertinggi (MT) UMNO di bawah pimpinan Zahid apabila dalam krisis politik di Melaka, parti itu sanggup mengetepikan ‘sumpah’ tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP.

Teringat kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 8 Oktober lalu yang mengatakan Zahid bersumpah tidak menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tidak akan bekerjasama dengan PH, termasuk DAP.

Kata Ahmad beliau menjadi saksi bahawa Zahid melafazkan sumpah tersebut termasuk menolak kerjasama dengan gabungan PH dan DAP.

“Baru-baru ini ada pertemuan dengan presiden (Zahid) dan saya ingin mengatakan di sini bahawa apabila ada tuduhan yang beliau ingin membawa UMNO ini bersama PH dan DAP.

“Presiden UMNO telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar untuk jadi perdana menteri dan tidak akan bersama dengan PH dan DAP di hadapan beberapa ahli Parlimen.

“Saya ada ketika itu, ini baru lagi baru sehari dua yang lalu. Jadi tuduhan terhadap beliau itu adalah yang tidak berasas,” kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sendiri mengesahkan parti itu ‘meminta nyawa’ kepada DAP untuk menyelamatkan kerajaan Melaka diterajui UMNO.

Berita berkaitan

Rauf mengakui diberi tanggungjawab mewakili partinya iaitu UMNO untuk berunding dengan pimpinan DAP Melaka. Ia diatur oleh seorang pemimpin atasan UMNO yang enggan dinamakannya.

Tetapi, memalukan bukan sahaja kepada kepemimpinan UMNO negeri itu dan peringkat pusat, malah akar umbi parti juga berasa malu apabila dengan terang-terang tawaran kerjasama UMNO ditolak mentah-mentah oleh DAP.

Tidak ada pula pemimpin kanan UMNO seperti Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri hatta mantan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang membidas tindakan menawar kerjasama dengan DAP.

Ketika akar umbi dan rakyat digula-gulakan dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 menolak DAP, sebaliknya parti itu diam-diam ingin duduk di bawah khemah besar apabila mereka tersepit.

Keadaan ini sama seperti yang pernah berlaku di Perak pada Disember 2020 lalu apabila Zahid berkata UMNO sedia bekerjasama dengan PH, termasuk DAP, untuk membentuk kerajaan baharu di Perak.

Demikianlah rakyat telah melihat permainan UMNO selama ini, yang kononnya kuat, tetapi tanpa rasa malu melutut kepada DAP.

Namun, sebagaimana dikatakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyung yang juga Setiausaha DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, UMNO tidak ikhlas kerana mencadangkan gencatan politik dengan DAP ketika kedudukan mereka terancam.

“Mereka hanya mahu berbincang dengan kami ketika UMNO nak jatuh. Semasa UMNO kuat mereka mengetepikan kami,” katanya.

Yang peliknya UMNO mahu berpelukan dengan PH dan DAP – parti yang mereka tentang – tetapi menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu, konon, seperti mana kata Zahid, sudah terang lagi bersuluh Bersatu ada agenda tertentu.

Mereka juga mungkin buta kerana tidak melihat DAP juga ada agenda tertentu, tetapi rela melutut kepada parti itu.

Krisis politik Melaka tercetus Isnin lalu, apabila bekas Ketua Menteri Melaka yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi bekas ADUN mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan UMNO pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tiga lagi ADUN ialah bekas ADUN UMNO Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; bekas ADUN Bersatu Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad; dan bekas ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Susulan permohonan Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/zahid-sumpah-wallahi-tiada-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

Kerjasama Dengan Pn Umno Di Melaka Hanya Zahid Sahaja Tolak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 318 hits
agendaily com10 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Tidak ada masalah untuk Perikatan Nasional beker...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 291 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Um No Tobat Lahom Nak Kerjasama Dengan Bersatu Tu Kata Zahid

Um No Tobat Lahom Nak Kerjasama Dengan Bersatu Tu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 335 hits
Muktamad Umno tak kerjasama Bersatu PN pada PRU15 kata Zahid October 2 2021Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno turut menolak pembentukan gabungan politik dengan Perikatan Nasional pada PRU15 dan akan terus memperkasakan Barisan Nasional PETALIN...
Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

Krisis Melaka Zahid Tarik Sokongan Boleh Kenapa Dua Adun Umno Tak Boleh

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 317 hits
agendadaily com4 10 2021ADUN UMNO Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ADUN UMNO Pantai Kundor menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali Tidak ada isu semasa Preside...
Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 469 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 Katanya keputusan itu adalah muktamad Umno juga mengambil pendirian m...
Jangan Jadi Nusi Dia Cuba Sekolahkan Orang Tapi Orang Pula Sekolahkan Dia Jom Kita Lihat Gambar Bedebahnya Si Nusi

Jangan Jadi Nusi Dia Cuba Sekolahkan Orang Tapi Orang Pula Sekolahkan Dia Jom Kita Lihat Gambar Bedebahnya Si Nusi

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 214 hits
Panas Mukhriz pula sekolahkan SanusiSeptember 27 2021 Beg untuk kuih raya lebih mahal dari kuih raya nilai hingga 1 3 juta kata Sanusi Tetapi belanja besar waktu tu untuk bantu Rakyat Frontliners semasa PKP 1 COVID 19 1 Sanusi mungkin tersi...
Pn Melaka Yakin Kekuatan Sendiri Walau Tak Kerjasama Dengan Umno

Pn Melaka Yakin Kekuatan Sendiri Walau Tak Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 258 hits
JASIN Perikatan Nasional Melaka yakin mampu membentuk kekuatan sendiri menerusi gabungan Bersatu PAS dan Gerakan pada pilihan raya negeri di negeri itu sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno kata Pengerusinya Mohd Rafiq Naizamohideen Bersa...
Zahid Saran Bubar Dun Melaka

Zahid Saran Bubar Dun Melaka

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 247 hits
MALAYSIA POST PRESIDEN Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sewajarnya mandat dikembalikan kepada rakyat untu...
Pas Nak Gayut Pada Bersatu Pula Demi Kuasa Zahid Tak Mahu Lagi Bersama Mn

Pas Nak Gayut Pada Bersatu Pula Demi Kuasa Zahid Tak Mahu Lagi Bersama Mn

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 334 hits
Ada lagi ke Muafakat Nasional Zahid cadang semua tanding soloOleh MD OKTOBER 1 2021Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan bertanding secara solo bawah panji BN dan hanya akan berunding dengan parti lain selepas pilihan r...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model