Zahid Puji Zafrul Namun Tetap Desak Soal Kwsp Dan Lanjutan Automatik Moratorium


 
Zahid puji Tengku Zafrul temui semua pihak bincang Belanjawan 2021Faiz Zainudin -November 19, 2020 Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan belanjawan yang baik.KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang berunding dengan semua pihak, termasuk pembangkang bagi mendapatkan pandangan untuk Belanjawan 2021.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Zafrul bukan maksum dan sudah pasti terdapat kekurangan dalam merencana belanjawan tersebut.
“Saya ingin mengucapkan syabas kepada menteri kewangan yang pada hemat saya telah membentangkan belanjawan yang baik.
“Biarpun bukan orang politik, namun sebagai ahli profesional dalam bidang perbankan dan korporat, beliau dengan segera memahami keperluan politik dan kesengsaraan rakyat.
“Semua ahli di dewan yang mulia ini sedia memahaminya. Namun menteri kewangan telah melakukan ‘engagement’ bersama ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.
“Sikap yang terpuji ini harus diakui oleh kita semua. Ini merupakan keterbukaan yang amat kita alu-alukan, malah beberapa ‘adjustment’, saya yakin akan terus dilakukan untuk melihat ekonomi negara akan keluar daripada perangkap kepayahan yang luar biasa sekarang,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 hari ini.
Zahid juga meminta kerajaan membuat beberapa pindaan kepada belanjawan yang dibentangkan, termasuk melanjutan moratarium pinjaman secara automatik bagi menjaga kebajikan rakyat.
Beliau juga bersetuju dengan pencelahan Ahmad Maslan (BN- Pontian) berhubung had pengeluaran terbaru KWSP, dengan kadarnya perlu diubah seperti yang disarankan oleh ahli Parlimen Pekan, Najib Razak.
Zahid berkata, Zafrul semalam berdialog dengan pimpinan KWSP dan beberapa pengubahsuain dilakukan, yang dipercayai sesuai dengan saranan bekas perdana menteri itu sebelum itu.
Terdahulu ketika berucap Najib berkata, sokongan parti itu terhadap Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat.
Beliau berkata, syarat yang dikemukakan oleh BN ialah kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.
Dalam pada itu, Zahid juga menggesa menteri kewangan supaya memberi perhatian kepada rakyat yang terkesan oleh Covid-19 seperti pengusaha bas persiaran, bas sekolah, termasuk bas pelancongan.
Katanya, perhatian juga perlu diberi kepada mereka yang membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen yang tidak diberikan moratorium pinjaman.
“Bagaimana pula dengan moratorium kepada penyewa premis perniagaan di bawah GLC dan badan-badan kerajaan?
“Begitu juga rumah PPR, rumah murah, rumah mampu milik yang tidak diberikan moratorium. Mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan.
“Bagaimana pula penyewa premis perniagaan? Malah GLC yang menyewakan premis perniagaan tidak memberi moratorium kepada penyewa terbabit.
“Kerajaan wajib lakukan rancangan pemulihan ekonomi kerana rakyat mahu bukan sahaja diberikan ikan, tetapi kail. Kail inilah yang diharapkan oleh kumpulan B40 M40 dan jangan lupa T20 yang banyak menyumbang.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/zahid-puji-zafrul-namun-tetap-desak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Kwsp Moratorium Maaf Yb Pasir Mas Ini Bukan Soal Hikayat

Syarat Kwsp Moratorium Maaf Yb Pasir Mas Ini Bukan Soal Hikayat

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 309 hits
SYARAT yang dikenakan oleh Barisan Nasional terhadap Kerajaan bagi meluluskan Belanjawan 2021 bukan satu hikayat Sebaliknya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata syarat agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerj...
Bn Guna Semua Saluran Desak Isu Akaun 1 Kwsp Moratorium Kini Terpulang Pada Pn

Bn Guna Semua Saluran Desak Isu Akaun 1 Kwsp Moratorium Kini Terpulang Pada Pn

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 292 hits
Barisan Nasional menggunakan segala saluran bagi mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran RM10 000 daripada Akaun 1 KWSP secara one off dan melanjutkan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank secara automatik dan pukal dan kini terpula...
Rakyat Terus Muntah Amarah Tuntut Kwsp Moratorium Automatik

Rakyat Terus Muntah Amarah Tuntut Kwsp Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 408 hits
November 22 2020 Laman rasmi Facebook Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terus dihujani kritikan warganet berhubung isu pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium ke atas pinjaman...
Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau bukan menghasut atau mempermainkan rakyat apabila terus memperjuangkan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lanjutan moratorium pinjaman sebagai syarat untuk Barisan Nasion...
Laksanakan Moratorium Secara Automatik Kepada Seluruh Rakyat Syed Saddiq

Laksanakan Moratorium Secara Automatik Kepada Seluruh Rakyat Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 241 hits
Belanjawan 2021 seharusnya menumpukan sepenuh daya dan usaha untuk memastikan kebajikan ekonomi rakyat Malaysia dijaga dan dilindungi Namun ada beberapa segmen dan inisiatif di dalam ucapan Belanjawan 2021 yang saya lihat tidak berdaya untu...
Tengku Zafrul Akaun 1 Kwsp Kerajaan Benar Pengeluaran Secara Bersasar Rm500 Sebulan

Tengku Zafrul Akaun 1 Kwsp Kerajaan Benar Pengeluaran Secara Bersasar Rm500 Sebulan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6 000 untuk 12 bulan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluar...
Belanjawan 2021 Bn Akan Sokong Dengan Bersyarat Antaranya Pelanjutan Moratorium Pengeluaran Kwsp Secara One Off Najib

Belanjawan 2021 Bn Akan Sokong Dengan Bersyarat Antaranya Pelanjutan Moratorium Pengeluaran Kwsp Secara One Off Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 384 hits
1 222 total views 1 222 views today KUALA LUMPUR 10 Nov Barisan Nasional menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran one off hingga RM10 000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan...
Belanjawan 2021 Cadang Keluar Kwsp Diikut Moratorium Bank

Belanjawan 2021 Cadang Keluar Kwsp Diikut Moratorium Bank

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 346 hits
ALHAMDULILLAH Bersyukur kepada s w t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita sama sama bernafas pada hari ini Semoga semua sahabat sahabat Cikgu Izzat Johari ceria bersama keluarga tercinta APA KOMEN CIJ TENTANG BELANJAWAN MA
Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Siti Nurhaliza Bisakah Chord