Laksanakan Moratorium Secara Automatik Kepada Seluruh Rakyat Syed Saddiq
Belanjawan 2021 seharusnya menumpukan sepenuh daya dan usaha untuk memastikan kebajikan ekonomi rakyat Malaysia dijaga dan dilindungi.
Namun, ada beberapa segmen dan inisiatif di dalam ucapan Belanjawan 2021 yang saya lihat tidak berdaya untuk melindungi kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Saya ingin ulas tentang perlaksanaan perlindungan moratorium kepada rakyat.
Saya dan
Parti MUDA
cadangkan supaya perlindungan moratorium dilaksanakan secara automatik sehingga Jun 2021. Tetapi, Belanjawan 2021 hanya menyediakan moratorium bersasar dan bukannya automatik.
Peminjam boleh mohon untuk lanjutkan moratorium selama 3 bulan atau 6 bulan dengan syarat bayaran 50% ansuran bulanan.
Kenapa saya ada masalah dengan cadangan ini?
Pertama, saya sendiri telah berjumpa dan menerima terlalu banyak aduan rakyat (ramai juga di Parlimen Muar) yang mahukan moratorium dilaksanakan semula. Mereka tidak tahu bahawa moratorium bersasar bank telah dibuat sejak September lepas.
Mereka tidak tahu kerana mereka tidak ada kesempatan masa untuk ambil tahu. Ramai juga rakyat yang tidak ada internet atau smartphone untuk beritahu yang mereka boleh sendiri mohon di bank masing-masing untuk perlindungan moratorium.
Sebab itu saya cadangkan moratorium secara automatik (“blanket moratorium”) kepada semua rakyat Malaysia yang susah. Tak perlu tunggu mereka sendiri mohon dan buat temu janji dengan bank masing-masing. Ramai lagi rakyat tidak ada masa untuk ke bank kerana tuntutan kerja semasa tempoh bekerja. Ada yang tidak larat dan tidak mampu untuk turun ke bandar buat permohonan.
Kalau mahu mohon secara online (ada juga bank yang tawarkan permohonan secara online), ia tidak menafikan masalah jaringan internet dan jarak kumpulan rakyat yang susah dan berada jauh dari bandar. Ingat, tidak semua mampu dan tidak semua senang.
Ini belum lagi saya sentuh soal tuntutan dokumen yang sah, syarat-syarat permohonan dan masa yang panjang untuk satu-satu permohonan moratorium diluluskan. Ini semua adalah kesenangan masa dan tenaga yang tidak ramai rakyat Malaysia ada.
Mereka juga tidak boleh tunggu sehingga moratorium lulus untuk hidup. Ramai yang perlukan perlindungan segera hari ini.
Laksanakan perlindungan moratorium secara automatik kepada rakyat Malaysia.
Ketiga, saya juga boleh memetik beberapa berita yang catatkan keuntungan bank-bank di Malaysia walaupun sedang menghadapi COVID-19. Tetapi, perlaksanaan moratorium tidak pun menjejaskan atau menghapuskan hutang peminjam, sebaliknya ia ditangguhkan sehingga kuasa ekonomi rakyat Malaysia sudah pulih dan kembali bersedia.
Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kebajikan ekonomi rakyat Malaysia dan tidak boleh tunggu rakyat mohon dan rayu untuk terus dibantu.
Hapuskan birokrasi untuk kebajikan rakyat. Siapa lagi permohonan moratorium belum lulus?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/11/laksanakan-moratorium-secara-automatik.html