Macam Mana Ternak Ayam Daging Lebih Cepat Besar
Ternak Ayam Lebih Mudah Besar Guna Cara Ni
==============================
Saya perhatikan, ramai sahabat yang menternak ayam guna cara ini, ayam mereka lebih cepat besar dan sihat, untung lebih tinggi.
Cara ni lebih "moden", cumanya kos tersangat tinggi.
Reban dua tingkat, ternak ayam atas sahaja
Cara terbaik saya tengok reban ayam jenis "High Rise".
High Rise ni maksudnya reban tu dua tingkat, tapi kita ternak ayam satu tingkat sahaja iaitu di bahagian atas.
Lantai reban atas guna plastic slat dan tinja ayam jatuh ke bawah.
Dengan cara ni, ayam yang diternak ditingkat atas lebih sihat sebabnya :
i. Jauh dari najis ayam.
ii. Kurang kesan ammonia terhadap ayam
Reban jenis macam ni, dari segi kos jangan cakap lah. Boleh nangislah.
Bayangkan, kita buat reban dua tingkat. Tetapi kita ternak ayam satu tingkat sahaja.
Dari segi kebaikan untuk long term, ayam lebih sihat, kurang sakit kepala dan untung lebih tinggi.
Cara kedua kalau tak mau buat jenis high rise, adalah dengan guna plastic slate macam gambar di bawah ni.
Plastic slat
Tinggi sekitar 10"- 12"
Boleh juga guna yang ini
Tinggi 6"-8"
Kita boleh ternak ayam dua tingkat. Atas dan bawah.
Cumanya, di kedua dua tingkat kena ada lantai slat tambahan seperti ini.
Tinja ayam masih jatuh ke bawah. Cumanya tak jauh sangat dari ayam.
Kalau jenis hitam tu, tinggi sekitar 10" ke 12" dari lantai.
Kalau jenis putih, tinggi sekitar 6"- 8".
But still, kos nya juga tinggi tapi tak setinggi high rise punya reban.
Untuk yang warna hitam, kos sekitar RM5 sekaki persegi.
Yang putih tu, lebih sikit sebab kualiti lebih baik, plastik lebih tebal dan material lebih baik. The price can goes up to RM8-RM10 sekaki persegi. Ikut jenis dan kualiti slat tu.
Bagi penternak yang modal besar, boleh la buat jenis ni.
Cumanya, modal sangat sangat sangat keras.
Kalau yang modal sederhana, layan je macam yang biasa digunakan.
Ternak guna habuk kayu / sekam padi.
Cumanya, make sure tempat tuan mudah dapat benda ni. Kalau susah dapat, tak ada pilihan, kena guna jenis slat juga la.
That's all for today.
Nak tahu lebih banyak story mory pasal ayam, jemput follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saad.
Thanks.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2022/12/macam-mana-ternak-ayam-daging-lebih.html