Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam


malaysianow.com
Azzman Abdul Jamal
Disember 20, 2022 6:00 petang
Peguam Rafique Rashid berkata Anwar Ibrahim perlu membetulkan fakta selepas kenyataan perdana menteri mengatakan beliau tidak memohon pengampunan dalam kes liwatnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul bajet mini di sidang Dewan Rakyat hari ini, di mana beliau turut menjelaskan isu pengampunan penuh yang diterimanya dari Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Gambar: Bernama
Seorang peguam menyanggah kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengampunan yang diberi oleh Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 2018.

Menurut dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Anwar yang dikongsikan Rafique Rashid di akaun media sosial beliau, presiden PKR itu sebenarnya dua kali memohon kepada Lembaga Pengampunan pada 2015 dan 2017 untuk diampunkan namun kedua-dua rayuan tersebut ditolak.

Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat.

Berdasarkan dokumen itu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 16 Mac 2015 dan 27 Februari 2017 menimbang rayuan banduan dan fakta-fakta kes tersebut.

Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan menasihatkan supaya hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

"Dan bahawasanya adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada Anwar Ibrahim," demikian menurut dokumen yang mempunyai tandatangan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada masa itu.

Seterusnya dokumen itu disambung dengan perintah Baginda supaya Anwar diberi pengampunan penuh dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan serta merta.

Menurut Rafique, dokumen ini jelas menunjukkan Anwar membuat permohonan pengampunan sebelum ini, cumanya ia ditolak.

"Perdana menteri, sila betulkan fakta. Lembaga Pengampunan terletak di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam apa jua keadaan, jelas menunjukkan anda sebanyak dua kali, pada 2015 dan 2017, cuba mendapatkan pengampunan tetapi tidak berjaya," kata Rafique.

Tambah beliau, rayuan pengampunan ini hanya melibatkan kes liwat kedua dan tidak termasuk kes salah guna kuasa ketika menjadi timbalan perdana menteri pada 1998.

"Itu masih kekal sebagai kesalahan yang mana hukuman telah dijalankan," katanya.

Di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan beliau tidak memohon pengampunan sebaliknya ia adalah insiatif daripada Sultan Muhammad V.

Katanya, Sultan Muhammad yang aktif mengikuti perkembangan perbicaraan kesnya telah menelefon untuk memaklumkan sendiri bahawa beliau akan diberi pengampunan penuh.

"Saya tidak mohon pengampunan kerana saya dihukum, biar ini jelas dalam rekod.

"Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum mengada-adakan kes.

"Yang mengambil inisiatif itu ialah Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu," kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mencabar Anwar mengambil tindakan terhadap media antarabangsa yang mengeluarkan laporan hingga boleh mencemarkan imej negara.

Beliau menggunakan contoh laporan media dari Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk "First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country"


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anwar-mohon-pengampunan-lebih-dua-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tanah Runtuh Di Batang Kali Dua Maut Dan Lebih 50 Mangsa Masih Belum Ditemui

Hiburan Tanah Runtuh Di Batang Kali Dua Maut Dan Lebih 50 Mangsa Masih Belum Ditemui

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 224 hits
Tragedi tanah runtuh dilaporkan telah berlaku di Father Organic Farm Jalan Genting pada pagi Jumaat Lapor dua dilaporkan meninggal dunia manakala 51 lagi masih belum ditemui dalam insiden berkenaan yang difahamkan terjadi kira kira jam 2 24...
Perdana Menteri Sila Betulkan Fakta Pengampunan Anda Kata Peguam

Perdana Menteri Sila Betulkan Fakta Pengampunan Anda Kata Peguam

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 162 hits
agendaily com21 12 2022Peguam Rafique Rashid berkongsi dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman media sosial beliau Seorang peguam menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Saya Tak Mohon Pengampunan Kata Anwar

Saya Tak Mohon Pengampunan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 126 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 20 2022 12 45 PMAnwar Ibrahim menegaskan dia tidak pernah memohon pengampunan diraja daripada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang menjadi Yang di Pertuan Agong pada 2018 Sebaliknya kata perdana menteri ke ...
Anwar Tak Perlu Takut Bayang Bayang Sendiri Kata Hamzah

Anwar Tak Perlu Takut Bayang Bayang Sendiri Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 150 hits
Menyifatkan usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah gimik sahaja Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa ada ahli Parlimen yang menunggu masa untuk menentang perjanjian persefahaman
Hutang Negara Rm1 Trilion Batal Projek Elak Ketirisan Kata Anwar

Hutang Negara Rm1 Trilion Batal Projek Elak Ketirisan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 154 hits
December 11 2022 Anwar Ibrahim berkata tindakan menyemak semula dan membatalkan projek tertentu bukan untuk memfitnah atau mencerca pihak lain PUTRAJAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tindakannya menyemak semula dan membatalkan proje...
Kawasan Luar Bandar Perlu Akses Jagaan Kesihatan Lebih Baik Kata Ahli Parlimen

Kawasan Luar Bandar Perlu Akses Jagaan Kesihatan Lebih Baik Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 309 hits
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata iltizam politik diperlukan untuk memastikan penjagaan kesihatan lebih baik bagi semua rakyat PETALING JAYA Kementerian Kesihatan perlu bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain untuk m...
Ada Lebih 100 Karya Seni Macam Muzium Rm Bts Dedah Rumah Mewah Buat Kali Pertama

Ada Lebih 100 Karya Seni Macam Muzium Rm Bts Dedah Rumah Mewah Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 223 hits
Baru baru ini saluran YouTube BTS BANGTANTV telah memuat naik satu video baru RM bertajuk RM All Day Part 1 ARTIKEL BERKAITAN Dalam video tersebut RM mendedahkan rumahnya buat kali pertama kepada peminat Sambil menunjukkan setiap sudut dala...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin