Selepas Dilantik Ketua Pembangkang Hamzah Akan Lebih Berwibawa Jika Turut Pegang Pengerusi Pn


 
Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin kini sah dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat.
Melihat penampilan pertamanya berucap membahaskan usul percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim petang semalam, beliau sekurang-kurangnya ternampak lebih baik jika dibandingkan dengan Mahiaddin Md Yasin atau Hadi Awang untuk memegang jawatan tersebut.
Walau penampilan pertamanya semalam dicacatkan dengan serangan peribadi yang terselit niat jahat terhadap Perdana Menteri, selain laman web yang dipetiknya bukanlah sumber berintergriti, Hamzah diharap menjadikannya sebagai pengajaran untuk menonjol lebih baik lagi di masa hadapan.
Memegang jawatan Ketua Pembangkang atau mengetuai blok pembangkang di Parlimen, tambahan lagi jawatan tersebut kini bertaraf menteri, beliau bagaimanapun tidak mengetuai blok pembangkang di luar Parlimen atau daripada segi kedudukan parti yang menaunginya iaitu PN.
PN sebagai blok pembangkang di luar Parlimen sebaliknya diketuai oleh Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi gabungan tersebut merangkap Presiden Bersatu.
Meskipun bukan sesuatu yang wajib seorang Ketua Pembangkang mesti merupakan ketua parti dalam blok pembangkang, tetapi adalah lebih baik jika pemimpin yang sama memegang kedua-dua jawatan itu.
Ia tentunya akan menjadikan peranan Ketua Pembangkang itu lebih berkesan kerana peranan mengetuai pembangkang dapat dijalankan serentak di dalam dan di luar Parlimen.
Jika kedua-dua jawatan itu dipegang oleh pemimpin yang berbeza, maka tidak semua suara ketua parti pembangkang dapat diangkat ke Parlimen, terutama jika ketua parti pembangkang itu sendiri bukan jenis yang rajin datang ke Parlimen.
Lebih daripada itu, ia seolah-olah menjadikan ada dua watak ketua pembangkang dalam negara.
Untuk itu, sesuai dengan Hamzah kini menjadi Ketua Pembangkang, adalah wajar sebenarnya untuk beliau diberi peranan mengetuai gabungan PN mengambil alih tempat Mahiaddin.
Lagi pun, era Mahiaddin boleh dikira sudah berlalu dan kerajaan gagal yang dipimpinnya selama 17 bulan sebelum ini banyak menyukarkan peluangnya untuk kembali semula sebagai Perdana Menteri.
Ditambah dengan undi percaya yang dimenangi dengan cemerlang oleh Anwar petang semalam, sekurang-kurangnya untuk lima tahun akan datang, kerajaan perpaduan ini tidak lagi mudah untuk digugat dan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang perlu berperanan dengan lebih berkesan lagi.
Maka, Mahiaddin harus berjiwa besar dan sedia melepaskan jawatan Pengerusi PN itu kepada Hamzah.
Tiada lagi peluang untuk menukar kerajaan di tengah jalan dan cubaan seterusnya untuk PN menjadi kerajaan hanyalah dalam PRU16 pada tahun 2027 akan datang.
Pada ketika itu, Mahiaddin barangkali sudah tidak sesuai lagi untuk terus bercita-cita mengejar jawatan Perdana Menteri, sebaliknya harus berfikir untuk menghabiskan sisa usianya yang tersisa bersama keluarga dan anak cucunya saja.
Namun, terus bersaing pada PRU16 adalah masih relevan bagi Hamzah kerana ketika ini usianya baru mencecah 65 tahun dan lima tahun akan datang masih dalam lingkungan 70 tahun.
Selain itu, trend kebelakangan ini memperlihatkan kerusi Ketua Pembangkang adalah batu loncatan yang terbaik untuk seseorang itu menjadi Perdana Menteri.
Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin pertama yang pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang, kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.
Anwar pula merupakan pemimpin pertama daripada jawatan Ketua Pembangkang yang berjaya mencipta sejarah melompat terus ke kerusi Perdana Menteri.
Maknanya, kerusi Ketua Pembangkang di era moden ini adalah persinggahan mustajab dalam pengejaran cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Mana tahu, dengan memegang jawatan Ketua Pembangkang, sama seperti Ismail Sabri dan Anwar sebelum ini, kerusi Perdana Menteri dapat menjadi rezeki Hamzah selepas PRU16 nanti.
Laluan itu, bagaimanapun tentulah lebih terbuka jika jawatan Pengerusi PN juga dalam genggamannya.
Satu soalan kepada Hamzah – ada cita-cita atau tidak untuk jadi Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 20/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/selepas-dilantik-ketua-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Mahu Jadi Ketua Pembangkang Nampaknya Anwar Menang La Dalam Dewan Setakat Hamzah Zainuddin Kena Makan

Kalau Tak Mahu Jadi Ketua Pembangkang Nampaknya Anwar Menang La Dalam Dewan Setakat Hamzah Zainuddin Kena Makan

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 270 hits
Jadi kerajaan pun kerajaan gagal Takkan jadi Pembangkang pun gagal juga Kalau masih gagal elok usah jadi orang la jadi kambing lagi bagus W FAUDZIN
Hanya Layak Jawatan Pm Ke Sepatutnya Jadi Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat Tak Hendak

Hanya Layak Jawatan Pm Ke Sepatutnya Jadi Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat Tak Hendak

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 207 hits
Hanya layak jadi PM ke Shahrir bidas kritikan Muhyiddin terhadap kerajaan perpaduanFMT ReportersPETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad membidas Muhyiddin Yassin yang mengkritik kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Sha...
Ketua Pembangkang Muhyiddin Yassin Dan Hadi Awang Dikatakan Enggan Memegang Jawatan Itu

Ketua Pembangkang Muhyiddin Yassin Dan Hadi Awang Dikatakan Enggan Memegang Jawatan Itu

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 266 hits
Sumber Takiyuddin Hamzah calon ketua pembangkangHaspaizi ZainSetiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan disebut sebut menjadi calon ketua pembangkang yang akan dikemukakan Perikatan Nasional Salah s...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog