Zahid Mengaku Tidak Bersalah Atas 45 Tuduhan Libatkan Jumlah Rm114 Juta
THE MALAYSIAN TIMES

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10  tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99  dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.
Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.
Mahkamah membenarkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan  dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya  menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah memerintahkan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta hari  ini manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis  untuk sebutan semula kes.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang  dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan  pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib,  Mohamad Mustafa P. Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.
Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12 peguam diketuai  Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan  Kitson Foong.
Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang ejen iaitu  pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang berjumlah  RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah  jenayah wang tersebut.
Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan  Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini  antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan  tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan hendaklah dikenakan denda, jika  sabit kesalahan.
Bagi lapan kes rasuah, mengikut tuduhan ke- 11, Zahid didakwa  menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant &  Services iaitu sekeping cek Public Islamic Bank Berhad bernombor 109144  bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds  melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik  Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Bagi tuduhan ke-12, beliau didakwa menerima suatu suapan daripada  syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, iaitu 13 keping cek  RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000016, 000017, 000018, 000019,  000020, 000022, 000023, 000026, 000027, 000028, 000029, 000030 dan  000031 bernilai RM8,000,000 milik syarikat Mastoro Kenny IT Consultant  & Services melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun  Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286
Bagi tuduhan ke-13, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada  syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu 10 keping cek  RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000072, 000073, 000074, 000075,  000076, 000077, 000078, 000079, 000080 dan 000082 bernilai RM5,000,000  milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab bin Md Shariff  menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai dorongan  bagi melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu membantu  syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan  projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Selain itu, bagi pertuduhan ke-14, presiden UMNO itu dituduh menerima  suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di  Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking  Berhad bernombor 804122 berjumlah RM5,000,000 milik syarikat Sarana  Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor  514253526286.
Bagi pertuduhan ke-15, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada  Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic  Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor  804121 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd  melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Kedua-dua tuduhan itu dilakukan sebagai upah untuk Zahid sebagai  Menteri Dalam Negeri, melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan  badan awam itu, iaitu syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd telah  dilantik bagi melaksanakan prolehan Penambahan Pembekalan Cip Pasport  Selama 5 Tahun Atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman  Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia  (JIM) secara rundingan terus di Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada  syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd.
Sementara itu bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa menerima suatu  suapan daripada Azlan Shah Affril yang merupakan seorang Pengarah di  Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking  Berhad bernombor 105749 berjumlah RM300,000 milik Syarikat Profound  Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor  514253526286.
Pertuduhan ke-17, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan  Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn  Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105773  berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui  akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Bagi pertuduhan ke-18, dia dituduh menerima suatu suapan daripada  Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance  Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105792  berjumlah RM700,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui  akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai upah untuk  dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan apa-apa transaksi yang  sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu melantik syarikat Profound  Radiance Sdn Bhd, sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC)  di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking  Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No.  1, Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, mengikut  Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan  boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun  dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan  yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau berbentuk wang, atau  RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/zahid-mengaku-tidak-bersalah-atas-45.html