Zahid Tak Salah 45 Tuduhan Sila Tunjuk Bukti Kata Dr Mahathir


Dr Mahathir menafikan Zahid Hamidi yang pernah menghina beliau sebagai keturunan ‘Kutty’ didakwa atas alasan balas dendam. – Foto FMT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar pihak yang mendakwa pertuduhan ke atas Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermotifkan politik.
Dr Mahathir mencabar pihak yang membuat dakwaan berkenaan menunjukkan bukti bahawa 45 tuduhan terhadap Zahid itu adalah rekaan kerajaan.
Dr Mahathir menegaskan bahwa dakwaan ke atas Zahid dibuat oleh peguam negara Tommy Thomas berdasarkan bukti.
“Tunjukkan bukti katanya dia (Zahid) tak buat salah dan 45 pertuduhan ni adalah rekaan kita. Tunjuk pada kita dengan bukti, dokumen mesti ada, barulah boleh tuduh kita sengaja nak ambil tindak balas,” katanya.
“Dia (peguam negara) bukan orang politik. Dia orang luar. Dia tak boleh buat tuduhan melainkan ada bukti. Dan bukti tu mesti diterima di mahkamah.
“Kalau tak ada bukti, pergi mahkamah, (peguam Zahid) Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah boleh menang selalu,” katanya dalam program yang dianjurkan Sinar Harian hari ini di Shah Alam, Selangor.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 65, mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Bekas Timbalan Perdana Menteri didakwa atas 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM42,083,132.99 manakala bagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.
Zahid didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.
Zahid didakwa sebagai suatu ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akal Budi melakukan pecah amanah wang berjumlah RM20,833,128 milik yayasan itu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus No 133 Jalan Bunus off Jalan Masjid India, di sini antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Zahid juga didakwa secara rasuah menerima suapan daripada tiga syarikat berbeza iaitu Syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Syarikat Data Sonic Group Berhad dan Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd.
Ia didakwa sebagai dorongan untuk dirinya seorang Pegawai Badan Awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu Syarikat Mastoro, Syarikat Data Sonic dan Syarikat Profound mendapatkan projek MyEG.
Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian KDN.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a) (b) ASPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zahid juga berhadapan 27 pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram antara 2016 sehingga 2018.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut AMLATFPUA yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD
KLIK BACA: Rosmah didakwa atas pertuduhan jenayah bukan balas dendam, kata PM Dr Mahathir
KLIK BACA: Rakyat tak kesian Rosmah, kata Tan Sri Zainuddin
KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno
KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng
KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?
The post Zahid tak salah 45 tuduhan sila tunjuk bukti, kata Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189655/zahid-tak-salah-45-tuduhan-sila-tunjuk-bukti-kata-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Terkucil Depan Tun Mahathir Zahid Hamidi Berdepan 45 Tuduhan Pecah Amanah Bernilai 114 Juta

Najib Terkucil Depan Tun Mahathir Zahid Hamidi Berdepan 45 Tuduhan Pecah Amanah Bernilai 114 Juta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 434 hits
Tular gambar Najib Razak yang terkucil tidak berani memandang ke arah perdana menteri Tun Mahathir ketika pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 11 di parlimen Anggota parlimen DAP Teresa Kok antara yang berkongsi gambar ...
Wang Rampasan Rm116 7 Juta Umno Akan Dedah Bukti Di Mahkamah Ahmad Zahid

Wang Rampasan Rm116 7 Juta Umno Akan Dedah Bukti Di Mahkamah Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 381 hits
UMNO akan mendedahkan bukti di mahkamah apabila tiba masa sesuai berhubung wang rampasan RM116 7 juta di Pavilion Residences Jalan Raja Chulan di sini Jun lalu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pihaknya menghormati ...
Mahathir Kesal Sedia Lepas Jawatan Pm Ekoran 10 Pemandu Teksi Keluarkan Kata Kesat

Mahathir Kesal Sedia Lepas Jawatan Pm Ekoran 10 Pemandu Teksi Keluarkan Kata Kesat

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 410 hits
Terdahulu kira kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e hailing LANGKAWI Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya sele...
Pemimpin Ph Sabotaj Kerajaan Lebih Baik Dari Penyamun Kata Tun Mahathir

Pemimpin Ph Sabotaj Kerajaan Lebih Baik Dari Penyamun Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 391 hits
Pemimpin Pakatan Harapan yang dituduh mensabotaj kerajaan kerana kejahilan tamak kuasa dan tidak fokus lebih baik berbanding penyangak dan penyamun yang mencuri duit kerajaan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata ...
Zahid Kata Bala Di Palu Kerana Lg Bt Syed Saddiq Tanya Kalau Makan Rasuah Bala Turun Tak

Zahid Kata Bala Di Palu Kerana Lg Bt Syed Saddiq Tanya Kalau Makan Rasuah Bala Turun Tak

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 336 hits
PETALING JAYA Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan bencana di Palu dengan gejala LGBT seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita tempa...
Sebab Tu Mahathir Kata Sesetengah Menteri Tak Mencapai Kpi

Sebab Tu Mahathir Kata Sesetengah Menteri Tak Mencapai Kpi

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 336 hits
Rata rata pelayar media sosial tidak bersetuju untuk terus minum air daripada paip kerana meragui kualiti air yang sampai ke rumah mereka Undian dalam talian berhubung persoalan Apakah anda rasa bekalan air di negara ini selamat untuk dimin...
Prk Pd Bukti Rakyat Mahu Gandingan Mahathir Anwar

Prk Pd Bukti Rakyat Mahu Gandingan Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 331 hits
PRK PD bukti rakyat mahu gandingan Mahathir AnwarPosted By on October 14 2018Kemenangan bergaya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Port Dickson semalam dengan majoriti 23 560 undi menewaskan pesaing terdekat Mo...
Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further