Zahid Lepas Bolehkah Rakyat Percaya Reformasi Sekarang Soal Hassan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 4, 2023 8:30 PM
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim melahirkan rasa kecewa apabila presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA)

Ahli parlimen PKR itu melalui sajaknya menyoal bagaimana perkara ini akan memberi kesan terhadap kepercayaan rakyat.

"Kita hari-hari bercakap basmi korupsi, kita berdiri di tahap moral yang tinggi.

"Bebas dari rasuah tegakkan integriti, kita melaungkan slogan reformasi.
"Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang," soal Hassan.

Zahid telah dikenakan 47 pertuduhan iaitu 12 tuduhan pecah amanah jenayah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berada di peringkat pembelaan selepas mahkamah jenayah memerintahkan Zahid membela diri terhadap pertuduhan pada Januari tahun lepas.

Sequerah telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie (kes yang boleh dijawab) terhadap Zahid.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan hari ini memohon agar Zahid diberikan DNAA, memetik keperluan SPRM untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, antara lain bagi menangani kebimbangan mengenai pendakwaan terpilih.

DNAA akan membenarkan pihak pendakwaan membawa Zahid kembali ke mahkamah semula.

Hassan menulis, "tiada hari yang aku berasa sedih seperti hari ini."

"Terasa kosong dan sia-sia belaka, perjuangan yang aku anggap mulia selama ini.

"Kini aku persoalkan semula, tetapi inilah yang terjadi," katanya.

Veteran PKR itu kemudian menyoal apakah isyarat yang cuba dihantar kerajaan kepada dunia.

Dia juga mempersoalkan jika benar semua orang dilayan sama rata di negara ini dan tiada piawaian yang berbeza untuk golongan elit yang berkuasa dan bagi rakyat biasa.

Berikut puisi penuh Hassan:

SAJAK DNAA

Mengapa begini yang terjadi?

Kita hari-hari bercakap Basmi korupsi

Kita berdiri di tahaf moral yang tinggi

Bebas dari rasuah

Tegakkan intergriti

Kita melaungkan slogan reformasi

Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang?

Prima facie telah terbukti

Tiba-tiba hari ini pertuduhan korupsi digugurkan

DNAA dihadiahkan

Keputusan dilepas tanpa dibebas

diberi begitu begitu mudah saja

Begitu santai santai kelihatannya

Lalu aku bertanya di manakah kedaulatan undang-undang yang ada?

Yang kerap diulang sebut di bulan kemerdekaan ini

Jangan murka bila aku menyoal lagi

Benarkah perlembagaan negaraku ini luhur?

Tiada dua darjat dalam tafsiran hukum?

Satu untuk rakyat jelata

Satu lagi untuk mereka dari elit berkuasa?

Tiada hari yang aku berasa sedih seperti hari ini

Terasa kosong dan sia-sia belaka

perjuangan yang aku anggap mulia selama ini

Kini aku persoalkan semula

Tetapi inilah yang terjadi

Orang yang rasuah dan pecah amanah

Boleh lepas dari hukum

Secara mudah-mudah sahaja

Isyarat apa pemerintah hari ini ingin beritahu kepada dunia?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/zahid-lepas-bolehkah-rakyat-percaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Lepas Mahkamah Tiada Pilihan Henti Bodohkan Rakyat Latheefa

Zahid Lepas Mahkamah Tiada Pilihan Henti Bodohkan Rakyat Latheefa

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 243 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 5 2023 2 37 PMPeguam Latheefa Koya menggesa pihak kerajaan berhenti mengatakan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sebagai keputusan mahkamah Bekas ketua ...
Can Rakyat Believe In Reformasi Now

Can Rakyat Believe In Reformasi Now

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 201 hits
Pasir Gudang MP Hassan Abdul Karim has expressed disappointment with Umno president Ahmad Zahid Hamidi being granted a discharge not amounting to an acquittal In a morose Malay poem the PKR lawmaker questioned how this would impact the peop...
Mana Suara Reformis Bila Zahid Dilepas Soal Zaid

Mana Suara Reformis Bila Zahid Dilepas Soal Zaid

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 196 hits
freemalaysiatoday com 05 Sep 2023Bekas menteri undang undang mendakwa demonstrasi besar besaran akan berlaku jika Zahid Hamidi dilepas jika di bawah pentadbiran BN Zaid Ibrahim berkata hujah mulia yang dibangkit pada bicara Najib Razak berk...
Zahid Lepas Tapi Pencuri Rm22 Berdepan Penjara 10 Tahun

Zahid Lepas Tapi Pencuri Rm22 Berdepan Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 176 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 8 2023 Biro undang undang Bersatu mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim pilih kasih Timbalan ketuanya Sasha Lyna Abdul Latif berkata demikian ketika membandingkan kes Zahid Hamidi dengan kes curi tabung masjid s...
View Zahid As A Normal Rakyat Not As Dpm Or Umno President

View Zahid As A Normal Rakyat Not As Dpm Or Umno President

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 191 hits
The original charges were 87 cases but 40 cases were dropped during the time of Tan Sri Muhyiddin Yassin leaving 47 cases which have now been dropped We need to adhere to the principle that if we want to reject that interference we need to ...
Imej Umno Kekal Tercalar Walau Ahmad Zahid Lepas

Imej Umno Kekal Tercalar Walau Ahmad Zahid Lepas

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 159 hits
ismaweb net Tidak mudah orang ramai lihat Presiden UMNO sebagai tak bersalahOleh Zuhayati YazidBANGI 21 Safar 1445H Khamis Sudah tiba masanya UMNO digantikan dengan pemimpin baharu yang lebih muda dan bertenaga bagi memulihkan kepercayaan o...
Zahid Lepas Seolah Olah Ada Plot Terancang Yang Perlu Dikenalpasti

Zahid Lepas Seolah Olah Ada Plot Terancang Yang Perlu Dikenalpasti

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 113 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 7 2023 1 56 PMPemuda PKR mempersoalkan tentang kemungkinan ada komplot terancang di sebalik keputusan Jabatan Peguam Negara yang menarik balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahi...
Dulu Pas Pun Pertahan Kes Zahid Sekarang Sebar Naratif Lain

Dulu Pas Pun Pertahan Kes Zahid Sekarang Sebar Naratif Lain

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 208 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Bekas pemimpin Pas Mohd Khairuddin Aman Razali menempelak parti itu yang cuba mencipta naratif berbeza terhadap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak seperti ketika mereka berkawan dahulu Beliau b...
Lepas Zahid Dibebas Rosmah Pula Mohon Dibebaskan

Lepas Zahid Dibebas Rosmah Pula Mohon Dibebaskan

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor memohon dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 1 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Menerusi afidavit ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan