Zahid Lepas Seolah Olah Ada Plot Terancang Yang Perlu Dikenalpasti


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 7, 2023 1:56 PM
Pemuda PKR (AMK) mempersoalkan tentang kemungkinan ada "komplot terancang" di sebalik keputusan Jabatan Peguam Negara yang menarik balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi

Naib Ketua AMK, Tyra Hanim Razali berkata sepanjang tempoh sebelum keputusan melepas tanpa membebaskan presiden Umno itu dibuat juga berlaku perubahaan melibatkan beberapa pegawai penting dalam kes berkenaan.

“AMK juga mempersoalkan tindak - tanduk peguam negara lantikan Muhyiddin Yasin sejak 2020 di bawah pemerintahannya, iaitu Idrus Harun yang juga dilaporkan bercuti sementara menunggu persaraannya.

“Manakala tugasannya diambil oleh Peguam Cara Negara, Ahmad Terriruddin Mohd Salleh (kini peguam negara baru) di mana keputusan drastik untuk memohon pelepasan tanpa pembebasan kes oleh (timbalan pendakwa raya) Mohd Dusuki Mokhtar dibuat dalam tempoh tersebut.

“Sebelumnya, Raja Rozela Raja Toran, yang merupakan pendakwa raya yang telah berjaya membuktikan kes prima facie kes ini juga dilaporkan telah memohon persaraan awal sebelum bercuti pada hujung Ogos lalu sebelum memulakan persaraannya pada November akan datang,” katanya.
Raja Rozela Raja ToranJusteru, Tyra Hanim berkata, “pihak yang tidak bertanggungjawab” di sebalik plot itu “perlu dikenalpasti.”

DNAA yang diberikan kepada Zahid - membuka kemungkinan bahawa presiden Umno didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin mengkaji semula perkara tersebut - telah mencetuskan rasa tidak puas hati besar-besaran terhadap kerajaan, dengan beberapa pemimpin tertinggi pada mulanya bertindak balas dengan menjawap bahawa ini adalah "keputusan mahkamah".

DAP dan Amanah pula mendesak Idrus - yang hari terakhir perkhidmatannnya pada Selasa (5 September) - untuk menjelaskan keputusan di sebalik DNAA itu.
Ahmad Terriruddin Mohd SallehAGC kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang hanya mengatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah jelas, logik dan menyakinkan (cogent)."

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa lalu pula tampil dengan berkata, ia proses yang wajar di mahkamah - sama seperti bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada pertuduhan salah guna kuasa pada 15 Ogos lalu.

Saifuddin mengulangi pendiriannya bahawa Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada peguam negara untuk mendakwa atau menarik balik sebarang pertuduhan.
Ahmad Zahid HamidiPada hari yang sama, Anwar menegaskan dia tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan Zahid. Katanya, ia adalah keputusan AGC, dan perkara itu diputuskan oleh Idrus.

Sementara itu, Tyra Hanim turut mempersoalkan kredibiliti AGC yang didakwanya mempunyai motif politik untuk kes itu.

“Penjelasan mereka yang bertarikh 5 September lalu tentang keputusan memohon juga tidak tuntas dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya di kalangan masyarakat umum,” katanya.

Sambil mengambil maklum kenyataan perdana menteri, dan percaya bahawa Anwar tidak campur tangan terhadap kuasa pendakwaan peguam negara, Tyra Hanim menggesa kerajaan mengadakan sesi perlimen tergempar untuk membahaskan isu DNAA yang diberikan kepada Zahid.
“Satu tempoh masa (juga) harus diberikan untuk siasatan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara untuk pencarian bukti yang baharu dan pendakwaan semula perlulah dilakukan dalam kadar serta merta jika sekalian pimpinan kerajaan perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti yang kelak akan menyukarkan lagi pentadbiran Malaysia Madani.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa kejadian ini sekaligus melemahkan imej kerajaan perpaduan sebagai penongkah arus perubahan dan reformasi, serta mengurangkan keyaki nan rakyat terhadap Malaysia Madani utama di tengah ribut pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/zahid-lepas-seolah-olah-ada-plot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Lepas Mahkamah Tiada Pilihan Henti Bodohkan Rakyat Latheefa

Zahid Lepas Mahkamah Tiada Pilihan Henti Bodohkan Rakyat Latheefa

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 5 2023 2 37 PMPeguam Latheefa Koya menggesa pihak kerajaan berhenti mengatakan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sebagai keputusan mahkamah Bekas ketua ...
Lepas Zahid Dibebas Rosmah Pula Mohon Dibebaskan

Lepas Zahid Dibebas Rosmah Pula Mohon Dibebaskan

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor memohon dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 1 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Menerusi afidavit ...
Imej Umno Kekal Tercalar Walau Ahmad Zahid Lepas

Imej Umno Kekal Tercalar Walau Ahmad Zahid Lepas

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 168 hits
ismaweb net Tidak mudah orang ramai lihat Presiden UMNO sebagai tak bersalahOleh Zuhayati YazidBANGI 21 Safar 1445H Khamis Sudah tiba masanya UMNO digantikan dengan pemimpin baharu yang lebih muda dan bertenaga bagi memulihkan kepercayaan o...
Pendakwaan Mohon Zahid Lepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan

Pendakwaan Mohon Zahid Lepas Tanpa Bebas 47 Tuduhan

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 340 hits
freemalaysiatoday com 04 Sep 2023Bagaimanapun peguam Zahid meminta mahkamah untuk membebaskan presiden Umno itu Zahid Hamidi berdepan 12 pertuduhan pecah amanah lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta r...
Zahid Lepas Bolehkah Rakyat Percaya Reformasi Sekarang Soal Hassan

Zahid Lepas Bolehkah Rakyat Percaya Reformasi Sekarang Soal Hassan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 388 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 4 2023 8 30 PMAhli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim melahirkan rasa kecewa apabila presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan Ahli parlimen PKR itu melalui sajaknya menyoal bagaimana ...
Zahid Lepas Tapi Pencuri Rm22 Berdepan Penjara 10 Tahun

Zahid Lepas Tapi Pencuri Rm22 Berdepan Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 182 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 8 2023 Biro undang undang Bersatu mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim pilih kasih Timbalan ketuanya Sasha Lyna Abdul Latif berkata demikian ketika membandingkan kes Zahid Hamidi dengan kes curi tabung masjid s...
A Big Loss If You Don T Elect Nazri Zahid Tells Simpang Jeram Voters

A Big Loss If You Don T Elect Nazri Zahid Tells Simpang Jeram Voters

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 238 hits
Pakatan Harapan candidate Nazri Abdul Rahman busy on the campaign trail meeting young voters in Simpang Jeram MUAR Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi told voters in Simpang Jeram they would suffer a loss if they did not select Pakatan...
Days Of Govt Knows Best Are Over Says Zahid

Days Of Govt Knows Best Are Over Says Zahid

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 218 hits
Ahmad Zahid Hamidi who is rural and regional development minister visiting a food stall in Simpang Jeram Johor today PETALING JAYA An era where the government assumes it knows best and knows it all is over deputy prime minister Zahid Hamidi...
Protect Umno Supporters From Opposition Propaganda Zahid

Protect Umno Supporters From Opposition Propaganda Zahid

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 186 hits
JOHOR BY ELECTIONS Johor BN chairperson Mohamed Khaled Nordin s cautionary message urging the party s machinery to avoid overconfidence is a rallying cry for them to redouble their efforts in securing victory for their candidates BN chairpe...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa