Zahid Hamidi Semakin Tempang




Meskipun Zahid Hamidi berjaya mengelakkan dirinya daripada tekanan agar bercuti sementara sebagai Presiden UMNO dalam mesyuarat MT pada Jumaat lalu, realitinya kedudukan beliau dari segi penerimaan ahli parti tidaklah menjadi semakin baik.


Tidak lama selepas berasa lega kerana cadangan Pemuda UMNO agar beliau bercuti sementara untuk menyelesaikan 45 kes mahkamahnya ditolak oleh MT, Zahid Hamidi sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega dan dapat meneruskan tugasnya dengan selesa.


Tetapi, kunjungannnya ke Johor semalam memberi tekanan baru kepadanya apabila sebahagian Ketua-Ketua UMNO bahagian negeri itu terus mendesaknya agar mengambil cuti sehingga kesnya selesai.


Mereka secara terbuka (meskipun hanya enam Ketua Bahagian dibenarkan bercakap kerana kesuntukan masa) mahukan beliau bercuti dan memberikan pelbagai hujah secara berterus-terang untuk menyokong saranan bercuti itu.


Walaupun Zahid Hamidi menolak desakan mereka itu, gambarannya ialah wujud sebilangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Johor yang tidak setuju dengan keputusan MT UMNO pada sehari sebelumnya yang mahukan beliau terus kekal menjadi Presiden UMNO.


Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana biasanya Ketua-Ketua Bahagian akan akur kepada apa juga keputusan MT UMNO, tambahan lagi jika melibatkan seorang Presidennya sendiri.


Bagaimana dengan Ketua-Ketua Bahagian di negeri-negeri yang lain?


Adakah mereka ketika ini masih menyokong Zahid Hamidi 100 peratus atau jika diadakan dialog terbuka, mereka juga akan meluahkan perasaan yang sama seperti Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Johor itu?


Selain itu, Zahid Hamidi juga bagaikan tertampar dengan tindakan bekas Bendahari UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Abdul Azim Zabidi yang mengumumkan keluar parti kerana tidak setuju dengan keengganan mengambil cuti berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Apakah langkah Abdul Azim ini akan dituruti oleh ramai lagi individu berpengaruh lain dalam UMNO?


Dalam hal ini, Zahid Hamidi tidak harus memandang ringan satu demi satu babak penolakan yang ditujukan kepadanya. Ia adalah gambaran penolakan yang jelas kepadanya.


Jika berterusan ia tentu saja memberi kesan kepada usaha memulihkan parti dan kemampuan untuk berdepan cabaran dalam pilihanraya akan datang.


Dalam keadaan masih banyak kerja dan usaha perlu dilakukan untuk meyakinkan rakyat agar menerima kembali UMNO, kedudukan Zahid Hamidi yang semakin tempang dan ditolak di sana sini tentu saja menambahkan lagi kesukaran yang sedia ada itu.


Lebih buruk jika berlaku perbicaraan dan banyak perkara berkaitan 45 pertuduhan yang dihadapinya terdedah di mahkamah serta butirannya nanti dapat diketahui oleh rakyat melalui pelbagai saluran media.


Keputusan MT mengekalkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan menolak cadangan agar beliau bercuti sebenarnya adalah suatu keputusan yang langsung tidak memberi kebaikan kepada masa depan UMNO.


Ia hanyalah memberi ruang kepada Zahid Hamidi untuk berlindung dan bergayut atas nama UMNO di sebalik pertuduhan yang sedang dihadapinya,  tetapi di akhirnya nanti, terutama apabila hukuman sudah dijatuhkan,  nama UMNO itu sendiri yang akan tercemar dan busuk kerana kelakuan seorang Presidennya. (ShahbudinHusin 11/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/zahid-hamidi-semakin-tempang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi

Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 483 hits
Agak mengejutkan sebenarnya apabila Utusan sebuah akhbar milik UMNO tiba tiba membalun Najib Razak dengan menggelarnya sebagai pembohong berkaitan dana RM2 6 bilionMelalui ruangan pojok Awang Selamat akhbar itu menggunakan interbiu bekas Pe...
Jika Umno Diharamkan Bukan Ros Salah Kita Juga Zahid Hamidi

Jika Umno Diharamkan Bukan Ros Salah Kita Juga Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 510 hits
JANDA BAIK Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan Umno bakal diharamkan di negara ini Namun katanya perkara itu bukan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan semata mata sebaliknya disebabkan juga oleh ahli U...
Umno Tidak Akan Dibubarkan Zahid Hamidi Politik Berita Harian

Umno Tidak Akan Dibubarkan Zahid Hamidi Politik Berita Harian

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 305 hits
UMNO tidak akan dibubarkan Zahid Hamidi Politik Berita Harian UMNO tidak akan dibubarkan Zahid HamidiJOHOR BAHRU UMNO sebagai sebuah institusi sosial Melayu yang turut membela nasib kaum lain tidak akan dibubarkan Presidennya Datuk Seri Dr ...
Mesti Baca Beberapa Keraguan Dan Pendedahan Dalam 45 Tuduhan Sprm Terhadap Zahid Hamidi

Mesti Baca Beberapa Keraguan Dan Pendedahan Dalam 45 Tuduhan Sprm Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 537 hits
SnapShot Persoalan2 Dari Dakwaan2 Terhadap Zahid Persoalan2 Dari Dakwaan2 Terhadap Zahid Mungkin kes rasuah Zahid Hamidi ini adalah kes MEMBALAS DENDAM KERANA MEMBATALKAN KONTRAK SYARIKAT KRONI MAHATHIR IRIS CORPORATION Malaysia mula gunaka...
Ahmad Zahid Yakin Tidak Akan Didakwa Jika Rela Lompat Parti

Ahmad Zahid Yakin Tidak Akan Didakwa Jika Rela Lompat Parti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR tuduhan jenayah tegas Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana Pakatan Harapan masih belum selesai dalam urusan pemburuan mereka Justeru kata beliau pemi...
Destar Identiti Melayu Semakin Jadi Tumpuan

Destar Identiti Melayu Semakin Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 478 hits
Destar makin jadi tumpuan apabila ramai peragakan indentiti Melayu itu di majlis keramaian sinarharian destar tanjak sejarah raja orangistana pesilat melayu
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Doa Malam 5 Okt 2025

Konspirasi Cilok Kampung Gelam

Musim Bunga Kertas Kenali Id Bunga Kertas Di Halaman Anda

Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Flavorful Healthy Chicken Yakisoba Recipe

Proton E Mas 5 Harga Pilihan Warna Varian Spesifikasi

Hasil Kejadian Kerepek Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

Kenapa Kita Tak Boleh Berhenti Bercakap Tentang P Suara Kecil Yang Tak Patut Senyap

Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London

1 Hingga 2 Satelit Starlink Didakwa Jatuh Ke Bumi Setiap Hari

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina

Sukarelawan M Sia Dipukul Diberi Makanan Haiwan Oleh Tentera Israel Peguam