Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi




Agak mengejutkan sebenarnya apabila Utusan, sebuah akhbar milik UMNO, tiba-tiba membalun Najib Razak dengan menggelarnya sebagai pembohong berkaitan dana RM2.6 bilion


Melalui ruangan pojok Awang Selamat, akhbar itu menggunakan  interbiu bekas Perdana Menteri bersama Al-Jazeera baru-baru ini sebagai asas serangannya di mana beliau mendedahkan tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu.


Kata Awang Selamat, pengakuan Najib itu membuatkan rakyat dan ahli UMNO tertipu kerana selama ini mereka diberikan penjelasan bahawa ia adalah derma daripada Arab Saudi.


Tambah tulisan akhbar itu lagi, adalah tidak masuk akal Najib tidak mengetahui sumber sebenar wang dalam jumlah yang besar itu, lebih-lebih lagi setelah pendedahan demi pendedahan yang menjuruskan wang itu sebetulnyandatang daripada Tanore Finance Corporation.


Tanore Finance adalah sebuah firma milik Jho Low bersam Eric Tan Kim Loong.


Sehubungan itu, Awang Selamat menggesa Najib agar memohon maaf kepada semua ahli UMNO kerana pembohongan itulah yang telah menghilangkan keyakinan rakyat sehingga akhirnya BN kalah dalam PRU14 yang lalu.


Walaupun Utusan dikira terlewat menyedari Najib telah berbohong, sedangkan media sosial dan media alternatif telah lama menyedarinya, bahkan mendedahkannya secara berterusan sehingga BN kecundang ditolak rakyat, sekurang-kurangnya kini semakin ramai sedar siapa Najib yang sebenarnya.


Cuma, sebagai akhbar milik UMNO, serangan serta balunan Utusan terhadap Najib ini adalah sesuatu yang mengejut serta memeranjatkan.


Tambahan lagi, meskipun tidak lagi mengetuai UMNO dan kerajaan, tetapi Najib masih lagi setia bersama parti itu, malah hubungan beliau dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga dikira masih baik.


Realitinya Utusan adalah milik UMNO, cuma penerajunya saja yang berubah setelah Najib kalah. Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Utusan ialah Fatmi Che Salleh, bekas Setiausaha Politik Najib sendiri, manakala Ketua Pengaragnya ialah Aziz Ishak.


Sebaik Zahid Hamidi mengambil alih teraju UMNO, beliau telah menukar peneraju Utusan dengan meletakkan rakan karibnya, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Aziz Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi Eksekutif, sementara jawatan Ketua Pengarang yang ditinggalkan oleh Aziz masih lagi belum diisi.


Dengan serangan Utusan terhadap Najib semalam dan mungkin bertambah lagi di masa-masa akan datang, ramai yang kini tertanya-tanya kenapa akhbar itu tiba-tiba bertindak seperti telah melupakan segala jasa bekas Perdana Menteri itu?


Adakah ia isyarat bahawa Utusan akan mula menjauhi Najib yang nampaknya semakin aktif membela diri sendiri dan menyerang Pakatan Harapan kebelakangan ini?


Apakah pendirian Utusan ini merupakan arahan daripada Zahid Hamidi yang tidak mahu Najib terus menonjol dan membayangi penampilannya sebagai peneraju UMNO dan Ketua Pembangkang?


Adakah ini juga bermakna bahawa Utusan selepas ini hanya akan memberi ruang dan sokongan kepada Zahid Hamidi saja untuk mengetuai serangan terhadap Pakatan Harapan, manakala Najib akan ditenggelamkan dengan pelbagai serangan dan balunan yang berterusan? (ShahbudinHusin 05/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/kenapa-utusan-balun-najib-adakah-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Zahid Arah Utusan Bantai Najib

Adakah Zahid Arah Utusan Bantai Najib

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 367 hits
Isu akhbar Utusan yang merupakan lidah Umno menghentam Najib Razak berkenaan derma Arab Saudi dikaitkan pula dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Foto Free Malaysia Today oleh Shahbudin Husin Agak mengejutkan sebenarnya apabila Utusan se...
Utusan Meloya Balun Najib Kaw Kaw

Utusan Meloya Balun Najib Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 395 hits
Haiit domo arigato gozaimasu Story kat dan Utusan bantai Najib apa cerita Utusan Malaysia menerusi tulisan Awang Selamat yang selama ini kuat mengkritik Pakatan Harapan dan mengangkat dakyah serta propaganda UMNO nampaknya sudah menukar hal...
Desak Zahid Hamidi Berehat Adakah Tangan Ghaib Dibelakang Pergerakan Pemuda Najibrazak Tunfaisal

Desak Zahid Hamidi Berehat Adakah Tangan Ghaib Dibelakang Pergerakan Pemuda Najibrazak Tunfaisal

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 601 hits
Petang tadi berlangsung satu mesyuarat yang kononnya adalah mesyuarat bulanan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Ashraf Wajdi di PWTC Apa yang menggemparkan ialah beberapa...
Tuan Guru Al Syeikh Zahid Hamidi Dah Dapat Wahyu Di Palu

Tuan Guru Al Syeikh Zahid Hamidi Dah Dapat Wahyu Di Palu

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 497 hits
Meskipun kalah pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap hendak berdabik dada seolah olah masih lagi menduduki kuasa dalam kerajaan Apatah lagi pemimpin yang kini mengepalai parti Melayu Umno itu kini berhad...
Najib Zahid Attack Harapans Budget But Not A Sound On Latest 1mdb Arrests Mr Mrs Mo1

Najib Zahid Attack Harapans Budget But Not A Sound On Latest 1mdb Arrests Mr Mrs Mo1

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 336 hits
FORMER prime minister Najib Razak slammed Finance Minister Lim Guan Eng over his statement today blaming 1Malaysia Development Bhd s massive loans for the wider fiscal deficit of 3 7 of the gross domestic product Najib who is the former fin...
Pakatan Debates Zahid Hamidi S Sodom And Gomorah Statement

Pakatan Debates Zahid Hamidi S Sodom And Gomorah Statement

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 347 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has drawn scorn for attributing the recent earthquake and tsunami in Palu Indonesia to God s wrath over LGBT activities there Asean Parliamentarians for Human Rights chairman Charles Santiago said Zahid was...
Zahid Hamidi S Misspent Youth

Zahid Hamidi S Misspent Youth

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 316 hits
So Umno Youth thinks the best thing for the party president now who s facing 45 charges of corruption abuse of power criminal breach of trust and of course money laundering is to take leave and rest until the court reaches a verdict If he s...
Selamat Datang Zahid Hamidi

Selamat Datang Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 276 hits
Kami ahli umno orang Melayu memang punya banyak masa untuk politik sudah tak ada kerja lain dengan ini secara suci hati sedia menunggu untuk mendengar kata kata hikmat mensucikan diri Dah terlanjur nak buat roadshow bawa sekali najib dan lo...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan