Uec Dikitar Semula Pada Hal Semua Parti Menggunakan Isu Sama Demi Mendaoat Sokongan






 JIKA UEC DIIKTIRAF, PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI


11 December 2025


Pada 9 Disember lalu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming berkata, kepimpinan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk meminta agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi kerajaan.


Beliau mengulangi pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.


Semalam, 10 Disember pula, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberi kata dua kepada Anwar agar melaksanakan reformasi yang bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang.


Katanya, jika perkara itu gagal dilaksanakan, DAP akan memikirkan semula kedudukan parti itu dalam kerajaan madani.


Bagaimanapun, kata Menteri Pengangkutan itu, ia tidak bermakna DAP akan menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan.


Walaupun tidak menyatakan secara khusus, penilaian semula itu dilihat  termasuk  keluar dari kabinet dan DAP hanya menjadi penyokong kerajaan sahaja.


Jika ada yang tertanya-tanya apakah reformasi bermakna yang mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang, ia tidak lain ialah mengiktiraf UEC.


Ini bermakna, kata dua DAP itu adalah suatu bentuk tekanan kepada Anwar.


Selepas keputusan PRN Sabah yang menyaksikan DAP beroleh “telur ayam”, adalah dirasakan parti itu melihat hanya dengan kerajaan memberi pengiktirafan kepada UEC saja yang mampu memulihkan sokongan pengundi Cina kepada mereka.


Jangkaan itu dikira munasabah kerana masyarakat Cina amat mementingkan bidang pendidikan.


Ertinya, meskipun ekonomi mengalami kemuraman berikutan perluasan skop SST dan pengenalan e-invois sehingga perniagaan mengalami kesukaran, hati pengundi Cina barangkali dapat dilembutkan dan akan terus menyokong DAP pada PRU16 akan datang jika usaha mereka memastikan UEC diberi pengiktirafan beroleh kejayaan.


Dalam hal ini, meskipun barangkali dengan mengiktiraf UEC itu akan memulihkan sokongan pengundi Cina kepada DAP selepas mereka menunjukkan penolakan pada PRN Sabah, tetapi keputusan itu, jika dilakukan, akan menyebabkan PKR pula semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu.


Anwar dan PKR pasti akan berdepan penolakan yang sangat ketara daripada pengundi Melayu kerana beliau dirasakan telah tunduk kepada tuntutan DAP serta sanggup mengabaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.


Lagi pula, sejak tahun 1975, Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Menteri Pelajaran telah pun membenarkan UEC dilaksanakan di sekolah swasta di negara ini.


Pada 2012 pula, ketika Najib Razak menjadi Menteri Pendidikan, UEC telah mendapat pengiktirafan separa/bersyarat bagi tujuan pengambilan guru pelatih ke institut pendidikan guru (IPG) bagi bidang bahasa Cina.


Cukupkah setakat itu kelonggaran diberi kepada UEC dan agak keterlaluan jika ia diberi pengiktirafan yang setara dengan Sijil SPM.


Untuk itu, jika Anwar tidak mahu PKR tumbang dan semua calon Melayunya berpotensi kalah pada PRU16 akan datang, beliau harus bertegas dan tidak melayan sama sekali tuntutan DAP berkaitan UEC itu.


Jika dengan tindakan itu, DAP mahu keluar daripada kabinet – biarkan saja.


Bahkan, kalau DAP mahu keluar daripada kerajaan sekali pun – biarkan juga dan jangan dihalang daripada berlaku.


Yang penting, jangan dengan memberi laluan kepada DAP untuk beroleh kemenangan melalui pengikrirafan UEC, ia dalam masa yang sama akan menjadikan PKR sengaja menempah tiket untuk tumbang. – ShahbudinHusin 11Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/jika-uec-diiktiraf-pkr-berpotensi-ditolak-pengundi/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/uec-dikitar-semula-pada-hal-semua-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 219 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta agar jangan politikkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata demikian kerana setiap rakyat mempunyai pilihan pendidikan masing masing dan orang l...
Isu Pengiktirafan Uec Keputusan Mesti Berpaksikan Perlembagaan Bukan Tekanan Politik Zambry

Isu Pengiktirafan Uec Keputusan Mesti Berpaksikan Perlembagaan Bukan Tekanan Politik Zambry

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 167 hits
Isu Pengiktirafan UEC Keputusan Mesti Berpaksikan Perlembagaan Bukan Tekanan Politik Zambry PUTRAJAYA 12 Dis Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa sebarang cadangan atau keputusan berkaitan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bers...
Isu Pengiktirafan Sijil Uec Keadilan Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan Utamakan Bahasa Melayu

Isu Pengiktirafan Sijil Uec Keadilan Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan Utamakan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate tidak wajar dijadikan tuntutan utama untuk diiktiraf dalam negara majmuk seperti Malaysia Sehubungan itu Biro Pendidikan dan Latihan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang menz...
Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Temerloh membantah tuntutan dikemukakan Penasihat DAP Lim Guan Eng kepada kerajaan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Ketua Penerangannya Abdullah Hakim Ahmad berkata tuntutan tersebut bukan sa...
Zahid Hamidi Jangan Bimbang Parti Yang Keluar Bn Sukar Untuk Masuk Semula

Zahid Hamidi Jangan Bimbang Parti Yang Keluar Bn Sukar Untuk Masuk Semula

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 125 hits
15 December 2025Semacam memberi amaran kepada MIC serta MCA Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata mana mana parti yang keluar daripada gabungan itu tidak akan diterima semula jika mereka ingin kembali suatu hari nanti Sehubungan itu beli...
Uec Dimainkan Semula Baru Menarik

Uec Dimainkan Semula Baru Menarik

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 126 hits
Che Ibrahim Isu UEC mula mainkan semula Kita tunggu bila pula isu hudud Dan Ruu 355 mula berkumandang Politik ni kena panas sokmo baru politik jadi hidup
Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 257 hits
Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi yang baharu susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini Pelantikan itu menyaksika...
Harga Tiket Piala Dunia 2026 Melonjak Hingga Tujuh Kali Ganda Isu Panas Menanti Pemain Dan Penyokong

Harga Tiket Piala Dunia 2026 Melonjak Hingga Tujuh Kali Ganda Isu Panas Menanti Pemain Dan Penyokong

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 209 hits
Harga tiket Piala Dunia 2026 telah mencetuskan perdebatan hangat apabila kadar harganya meningkat sehingga tujuh kali ganda berbanding harga di Qatar dengan tiket final mencapai ribuan pound Bagi FIFA ini mungkin mencerminkan pricing ikut p...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Countdown Hotspots In Klang Valley

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Balik Kampung Cuti Sekolah

What Could Be The Best New Year Message Ever


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Syubhat Syubhat Seputar Keengganan Berhijab Dan Bantahannya

Mitos Minyak Hitam Motorsikal Yang Masih Dipercayai

2026 Moga Versi Diri Yang Lebih Kuat

Azam 2026

Selamat Tahun Baru 2026 Dari Blog Mekyuhhh

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats