Zahid Hamidi Dibodohkan Menteri2 Umno


 
Sehari sebelum sidang khas Parlimen semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media yang memberi arahan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinannya.
Seterunya dalam kenyataan bertarikh 25 Julai itu beliau menegaskan, “Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas 1 Ogos 2021, maka “Ahli-Ahli Parlimen akan menarik sokongan dan Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC daripada UMNO akan meletakkan jawatan”.
Intipatinya bermaksud pendirian UMNO ialah menolak darurat dan akan meninggalkan kerajaan jika darurat disambung lagi selepas 1 Ogos.
Ketika kenyataan media itu dikeluarkan, ramai yang memuji ketegasan Zahid Hamidi berkaitan isu darurat yang secara umumnya memang menimbulkan rasa tidak senang majoriti rakyat kerana ia ternyata telah diselewengkan untuk maksud politik dan bukan bagi memerangi Covid19.
Beliau dilihat benar-benar menepati ketetapan yang telah lama diputuskan oleh UMNO sendiri.
Bagaimanapun di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa proklamasi darurat telah pun dibatalkan pada 21 Julai lalu.
Ini bermakna ketika Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media tentang arahan menolak darurat dan ordinan-ordinannya serta mengancam bahawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan meletak jawatan daripada kerajaan, proklamasi itu sendiri telah pun dibatalkan lima hari sebelum itu.
Ia dibatalkan pada 21 Julai iaitu hari Rabu di mana biasanya pada hari tersebut berlangsungnya mesyuarat mingguan kabinet.
Sudah tentu dalam hal proklamasi darurat yang dibatalkan pada hari Rabu itu, ia adalah merupakan keputusan kabinet.
Soalnya, dalam hal ini, mengapa menteri-menteri UMNO, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak memaklumkan pembatalan darurat itu kepada Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO?
Mengapa disembunyikan sehingga Zahid Hamidi ternampak “macam bodoh” kerana bercakap tentang sesuatu perkara yang sudah pun dibatalkan?
Jika diberitahu awal, baik Zahid Hamidi dan malah sesiapa pun, sudah pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan media berbentuk arahan dan ancaman seperti itu?
Malangnya, kenapa ia diperlakukan kepada Zahid Hamidi?
Apakah menteri-menteri UMNO memang mahu “memperbodohkan” Zahid Hamidi dan menjadikannya kelihatan seperti “ketua parti yang bodoh”?
Apa tujuannya?
Adakah untuk membela dan mempertahankan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin atau ini permulaan suatu gerakan untuk menyingkirkan Zahid Hamidi daripada terus menerajui UMNO?
Siapa dalam UMNO mahu merampas kuasa ini?


 (ShahbudinHusin 27/07/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/zahid-hamidi-dibodohkan-menteri2-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Sacks Tajuddin As Umno Election Director

Zahid Sacks Tajuddin As Umno Election Director

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 283 hits
Umno today appointed its deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan as the party s election director replacing the controversial Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the reorganisation is to stre...
Zahid S Promise Umno Will Never Lie To The People

Zahid S Promise Umno Will Never Lie To The People

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 464 hits
Umno will never lie to the people when it comes to practising politics said party president Ahmad Zahid Hamidi Zahid said this in response to a Facebook post that asked him why Umno relied on facts advice and proposals to help improve the g...
Nik Abduh Nafi Zahid Hamidi Enggan Komen Positif Covid 19

Nik Abduh Nafi Zahid Hamidi Enggan Komen Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 437 hits
hmetro comKuala Lumpur Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dia antara Ahli Parlimen yang didapati positif Covid 19 Beliau berkata keputusan swab test terhadapnya sudah diperoleh dan ia didapati negatif Covid 19 P...
Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 463 hits
July 25 2021 8 08 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Umno mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan ordinannya PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti i...
Banyak Lagi Pembersihan Harus Zahid Hamidi Lakukan Annuar Musa Yang Terawal Kongsi Audio Rakaman Semestinya Disiasat

Banyak Lagi Pembersihan Harus Zahid Hamidi Lakukan Annuar Musa Yang Terawal Kongsi Audio Rakaman Semestinya Disiasat

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 289 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini memecat Ahli Parlimen Pasar Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO Jawatan tersebut kini dipegang oleh Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO yang juga Penge...
Shahidan Ingatkan Zahid Umno Menang Besar Jika Kerjasama Dengan Pn

Shahidan Ingatkan Zahid Umno Menang Besar Jika Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 358 hits
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional Shahidan Kassim menggesa Umno membuka pintu rundingan bersama gabungan Perikatan Nasional jika parti itu mahu menang pilihan raya umum akan datang kata laporan Shahidan yang juga ahli parlim...
Zahid Hamidi Jangan Ulangi Kesilapan Najib

Zahid Hamidi Jangan Ulangi Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 397 hits
UMNO tidak akan kalah PRU14 lalu jika Najib Razak mengadakan pilihanraya lebih awal misalnya pada penghujung 2016 atau bila bila masa di tahun 2017 Tetapi disebabkan Najib melewatkan PRU14 sehingga Mei 2018 iaitu betul betul genap lima tahu...
Kalau Saya Sampah Awak Najis Anak Zahid Hamidi

Kalau Saya Sampah Awak Najis Anak Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 398 hits
KALAU SAYA SAMPAH AWAK NAJIS ANAK ZAHID HAMIDIAnak kepada Timbalan Perdana Menteri Dato Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mencetuskan reaksi kurang senang buat seluruh rakyat Malaysia Terbaru dirinya yang bergelar ikon belia itu ...
Demokrasi Mati Di Bawah Kepimpinan Zahid Hamidi

Demokrasi Mati Di Bawah Kepimpinan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 380 hits
perakinsights com Setelah viral klip rakaman suara Tajuddin mengenai pendirian beliau yang tidak bersetuju ataupun tunduk kepada kemahuan Zahid Hamidi yang menginginkan agar PM digulingkan ketika negara sedang berdepan dengan krisis covid 1...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked