Banyak Lagi Pembersihan Harus Zahid Hamidi Lakukan Annuar Musa Yang Terawal Kongsi Audio Rakaman Semestinya Disiasat


 
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memecat Ahli Parlimen Pasar Salak, Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO.
Jawatan tersebut kini dipegang oleh Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi War Room UMNO serta BN.
Walaupun ramai yang melihat pemecatan Tajuddin itu berikutan kritikannya terhadap pucuk pimpinan UMNO setelah tersebarnya audio rakamannya dalam mesyuarat MT pada 7 Julai lalu, hakikat yang perlu disedari, tindakan diambil terhadap bekas Pengerusi Prasarana yang dipecat sebelumnya oleh Menteri Kewangan itu adalah kerana faktor kesetiaan.
Lantaran kecondongannya yang begitu ketara kebelakangan ini kepada Mahiaddin Md Yasin, tidak munasabah lagi jawatan Pengarah Pilihanraya UMNO disandang olehnya.
Jawatan Pengarah Pilihanraya UMNO semestinya dipegang oleh pemimpin yang setia kepada parti dan pucuk pimpinan, bukan setia untuk memastikan Mahiaddin terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Maka, tindakan Zahid Hamidi memecatnya bukan saja tepat, malah suatu tindakan terpuji untuk membersihkan parti.
Sebelum ini, Zahid Hamidi juga telah memecat Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN dan Shahidan Kassim daripada jawatan Pengerusi UMNO Perlis.
Pemecatan kedua-dua mereka juga ada kaitan dengan faktor kesetiaan serta sebahagian usaha membersihkan partiZ
Untuk memastikan UMNO kembali dominan, lebih-lebih lagi setelah memutuskan menarik sokongan terhadap Mahiaddin, membersihkan parti daripada unsur-unsur ketidaksetiaan adalah sangat penting.
Ketidaksetiaan tidak boleh dibiarkan wujud dalam UMNO, bahkan dalam mana-mana parti kerana ia akan menghalang usaha untuk mencapai kejayaan.
Dalam hal ini, Zahid Hamidi tidak harus berhenti daripada terus melakukan pembersihan kerana kalau dilihat perkembangan terkini di mana audio rakaman mesyuarat MT pun boleh dibocorkan, banyak lagi tindakan harus dilakukannya.
Selepas Tajuddin, jika ada lagi yang perlu dipecat atau diambil tindakan, jangan takut melakukannya.
Elemen tiada kesetiaan, curang terhadap perjuangan dan lebih condong kepada lawan di kalangan ahli MT sendiri harus dibendung sehabis-habisnya.
Audio rakaman mesyuarat MT yang baru-baru ini dibocorkan dan seterusnya didedahkan di media sosial, sudah pasti ia dilakukan oleh kalangan ahli MT sendiri.
Kalau bukan ahli MT UMNO sendiri yang merakamnya, siapa lagi?
Tambahan lagi, dengan mesyuarat dilakukan melalui aplikasi zoom, bukan saja mana-mana ahli MT bebas melakukan rakaman, malah kalau mahu, sesiapa saja boleh juga mengajak orang lain berada di sebelahnya untuk turut sama meneliti perjalanan mesyuarat.
Dan melihat bagaimana ia dibocor dan didedahkan satu demi satu di media sosial, tidak mustahil sebenarnya rakaman penuh mesyuarat MT itu turut dihantar satu salinan kepada pengetahuan Mahiaddin.
Lebih buruk daripada segala itu, Annuar Musa, bekas Setiausaha Agung UMNO, bekas Ketua Penerangan UMNO dan bekas ahli MT UMNO adalah antara yang paling awal meviralkan audio rakaman tersebut di media sosial.
Apakah dalam hal ini, dengan segala jawatan penting yang pernah dipegangnya, beliau tidak tahu bahawa adalah salah dari segi disiplin dan etika mendedahkan butiran mesyuarat MT kepada umum?
Meski beliau mendakwa memperolehinya daripada ‘bilik sebelah’ dan melalui kiriman orang lain kepadanya, perkara itu harus disiasat dengan teliti dan hingga ke akar umbi.
Zahid Hamidi harus mengarahkan siasatan lanjut dilakukan terhadap Annuar tentang bagaimana beliau yang bukan ahli MT UMNO boleh menjadi antara yang paling awal memperolehi audio rakaman itu, seterusnya mendedahkannya dalam media sosial.
Apakah mendedahkan dalam media sosial bukan suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan?
Kepada Zahid Hamidi, jangan berhenti setakat memecat beberapa pemimpin, dengan terbaru Tajuddin, dalam usaha untuk membersihkan parti.
Selepas UMNO memutuskan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan tentunya banyak lagi asakan harus dilakukan untuk memastikan Mahiaddin dapat diundurkan, bermakna lebih banyak lagi pembersihan harus dilakukannya kerana mereka yang ingin mempertahankan jawatan dan kedudukan peribadi, bukan memikir kelangsungan masa depan parti, tidak akan berhenti dengan cara-cara kotornya. 
(ShahbudinHusin 13/07/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/banyak-lagi-pembersihan-harus-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Zahid Bercanggah Dengan Perbincangan Mkt Kata Annuar Musa

Kenyataan Zahid Bercanggah Dengan Perbincangan Mkt Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 206 hits
Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini berkata kenyataan Ahmad Zahid Hamidi bercanggah dengan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi secara maya semalam Presiden umno wajib menjelaskan kedudukan sebenar Seger...
Peringatan Kepada Zahid Jangan Langgar Usul Pau Annuar Musa

Peringatan Kepada Zahid Jangan Langgar Usul Pau Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 308 hits
agendadaily comTan Sri Annuar Musa Bekas setiausaha agong Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa memberi peringatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak melanggar usul dan ketetapan yang sudah diluluskan semasa Perh...
Annuar Musa Mahu Zahid Perjelas Perkara Sebenar

Annuar Musa Mahu Zahid Perjelas Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 217 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan kedudukan sebenar keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata ia ekoran Ketua UMNO Bahagian yang juga a...
After Public Uproar Annuar Musa Deletes Tweet Of Visiting Pak Lah For Lunch During Lockdown

After Public Uproar Annuar Musa Deletes Tweet Of Visiting Pak Lah For Lunch During Lockdown

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 293 hits
Federal Territories Minister Tan Sri Annuar Musa speaking during a visit to the Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz in Kuala Lumpur April 29 2021 Bernama picKUALA LUMPUR July 10 After uproar from social media users Federal Territories ...
Boleh Pula Annuar Musa Ziarah Pak Lah Dan Makan Tengah Hari Bersama Masa Lockdown

Boleh Pula Annuar Musa Ziarah Pak Lah Dan Makan Tengah Hari Bersama Masa Lockdown

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 307 hits
Boleh tak kami nak ziarah ibu bapa Soal netizen lepas Annuar ke rumah Pak LahMalaysiakini Netizen bertanya sekiranya mereka boleh berbuat perkara sama selepas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengunjungi bekas perdana menteri Abdulla...
Langgar Sop Kali Ke Berapa Annuar Musa

Langgar Sop Kali Ke Berapa Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 269 hits
MOHD MUKHLISSemalam Menteri Wilayah boleh syok menziarah mantan PM di rumah siap berjamu jamuan lagi Sedangkan rakyat biasa nak balik ziarah ibu bapa pun tak boleh dia ini memang tiada rasa empati dalam hati Ini bukan kali pertama dia langg...
Annuar Musa Issued Rm2 000 Compound Notice For Violating Sop

Annuar Musa Issued Rm2 000 Compound Notice For Violating Sop

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa has been issued with a RM2 000 compound notice for violating Covid 19 standard operating procedure Dang Wangi OCPD Asst Comm Mohamad Zainal Abdullah said the Federal Territories Minister had committed the vi...
It S Game Over For Anwar Ibrahim And Zahid Hamidi

It S Game Over For Anwar Ibrahim And Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 261 hits
It is now more or less game over for Anwar Ibrahim and Zahid Hamidi The plan for Umno to collaborate with Pakatan Harapan to oust Muhyiddin Yassin and the Perikatan Nasional government so that a new Umno Pakatan government with Anwar as the...
Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 217 hits
Rakan rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sebaliknya mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Peri...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation