Ypm Galak Golongan Cilik Dekati Al Quran


Antara peserta Program Celik Al-Quran di Masjid Kampung Limbawang, Beaufort.


DUNIA kini berubah dengan terlalu pantas seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini dan keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan ketara kepada pembangunan sahsiah serta rohani anak-anak terutamanya dalam menghayati dan mendekatkan diri dengan al-Quran.
 

Menyedari hakikat itu, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) mengambil inisiatif menganjurkan program Celik Al-Quran dalam usaha mendekatkan golongan muda dengan al-Quran.

 

Pengurus Seksyen Anak Angkat YPM, Mat Zailani Mat Nawawi berkata, program yang dimulakan pada 2019 itu menjadi keutamaan YPM untuk tingkatkan kemahiran dan kelancaran bacaan serta membina budaya membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak.
 

“Pada peringkat permulaan program ini memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran dan kelancaran bacaan termasuk hukum tajwid dalam bacaan,” katanya.

 

Beliau berkata, YPM turut mengambil inisiatif mendekati anak-anak yang mungkin tidak berkesempatan atau berpeluang mengikuti selain Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Iqra yang sedia ada melalui program Celik Al-Quran.

 

Percuma untuk B40


Mat Zailani berkata, sebagai permulaan, program Celik Al-Quran menyasarkan seramai 20 peserta sekolah rendah dan menengah yang tidak lancar membaca al-Quran di setiap lokasi yang terpilih.

 

“Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya masjid dan surau di lokasi tersebut. YPM turut berhasrat mendapatkan khidmat nasihat daripada tokoh atau individu yang terlibat dengan pembelajaran dan pengajian al-Quran sebagai mentor,” katanya.

 

Beliau berkata, mentor berperanan sebagai penasihat dalam pelaksanaan Celik Al-Quran supaya memberikan impak yang lebih berkesan kepada setiap peserta dan secara tidak langsung akan menjadikan program ini lebih berdaya maju dalam usaha memupuk cinta kepada al-Quran dalam kalangan generasi muda.

 

“Budaya membaca al-Quran haruslah dipupuk secara konsisten semenjak usia kanak-kanak, remaja hinggalah ke alam dewasa. Amalan sentiasa meningkatkan keupayaan mendalami al-Quran juga memberikan banyak fadilat dan kelebihan dalam kehidupan setiap dari kita,” katanya.
 

Azizah dan Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin serta Mat Zailani bersama peserta progam Celik Al-Quran di Masjid Kampung Limbawang, Beaufort, Sabah baru-baru ini.





Azizah dan Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin serta Mat Zailani bersama peserta progam Celik Al-Quran di Masjid Kampung Limbawang, Beaufort, Sabah baru-baru ini.




Program Celik Al-Quran diadakan secara percuma untuk pelajar-pelajar miskin bandar dan luar bandar (golongan B40).

 

Mat Zailani berkata, program itu juga merupakan salah satu inisiatif YPM bagi melengkapkan program-program pengajaran dan pembelajaran yang disediakan serta dilaksanakan oleh kerajaan.

 

Katanya, selain dari dianjurkan secara percuma, Celik Al-Quran dilaksanakan di pusat-pusat yang berhampiran dengan kediaman peserta untuk memudahkan mereka mengikuti setiap sesi yang dijalankan.

 

Menurutnya, sebagai faedah tambahan, peserta juga diasuh untuk sentiasa mendekati surau atau masjid yang bertindak sebagai pusat Celik Al-Quran dan matlamat serampang dua mata sebegitu diharapkan dapat membentuk jiwa yang sentiasa bersyukur serta tawaduk dengan nikmat yang diperoleh.

 

Dalam pada itu katanya, pada tahun 2019, program Celik Al-Quran dilaksanakan sebagai projek rintis di Surau Assa’adah, Bayan Lepas, Pulau Pinang; Masjid Abdul Salam Al Mas’ud, Teluk Intan di Perak; Surau Al-Qamar, Bukit Beruang di Melaka; Taman Al-Quran Rembau, Negeri Sembilan dan Surau Al-Hidayah, Keramat, Selangor dengan melibatkan 100 orang pelajar.

 

“Pelaksanaan program rintis ini mendapat sambutan peserta yang hadir dan penglibatan yang baik daripada jawatankuasa masjid dan surau terlibat.

 

“Ada juga masjid-masjid dan surau-surau kariah yang tidak terlibat turut menyertai program ini kerana objektif pelaksanaannya menarik minat peserta kariah lain,” katanya.

 

Mat Zailani berkata, pada tahun ini Celik Al-Quran mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama-sama YPM dalam menggembleng usaha menggapai objektif program itu.

 

Katanya, Maybank Islamic Berhad merupakan syarikat korporat pertama yang bersetuju untuk bersama-sama YPM dengan menaja sebanyak 28 pusat Celik Al-Quran di seluruh negara yang melibatkan seramai 500 orang peserta dengan nilai penajaan berjumlah RM140,000.

 

Beliau berkata, kesemua peserta berkenaan akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Maybank Islamic Berhad sepanjang kelas Celik Al-Quran berlangsung.

 

Sementara itu katanya, bermula bulan ini, Beaufort menjadi daerah pertama di Sabah yang dipilih oleh YPM untuk melaksanakan Celik Al-Quran pada tahun ini dan dua buah masjid telah dikenal pasti sebagai pusat untuk pelaksanaannya dengan melibatkan 91 orang peserta.

 

“Masjid berkenaan adalah Masjid Kampung Limbawang, Beaufort dengan jumlah peserta 51 orang dan Masjid Nur Ehsan, Kuala Penyu, Menumbok pula seramai 40 orang peserta.

 

“Pelaksanaan program ini di negeri Sabah turut mendapat sambutan yang baik daripada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun,” katanya.

 

Teruja


Menurutnya, Azizah telah merasmikan program itu pada 6 September lalu di Masjid Kampung Limbawang, Beaufort, Sabah dan beliau amat teruja dan berpuas hati dengan pendekatan YPM dalam usaha membantu anak-anak Melayu di kawasan pedalaman Sabah untuk mendekatkan diri dengan pembelajaran al-Quran.

 

Katanya, Azizah juga berharap pelaksanaan program itu bukan hanya di daerah-daerah negeri Sabah tetapi akan dikembangkan ke seluruh negara dan berharap syarikat-syarikat korporat serta GLC dapat bersama-sama dengan YPM dalam usaha untuk membantu anak-anak terutamanya dalam kalangan B40 miskin luar bandar dan bandar.

 

Justeru katanya, berdasarkan sambutan pelaksanaan Celik Al-Quran pada tahun 2019 dan 2020, YPM mahu menambah bilangan pusat dan sasaran peserta pada tahun hadapan iaitu sebanyak 50 buah pusat dengan penglibatan 1,000 orang peserta.

 

“Bagi mencapai objektif ini, YPM mengalu-alukan penglibatan syarikat-korporat dan GLC untuk bersama YPM melaksanakan program CSR ini,” katanya

 

-SINARHARIAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/ypm-galak-golongan-cilik-dekati-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Hafiz Cilik Yatim Ini Dijuluki Google Al Quran Hafal Quran Hingga Sampai Nomor Baris

Dua Hafiz Cilik Yatim Ini Dijuluki Google Al Quran Hafal Quran Hingga Sampai Nomor Baris

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 318 hits
Muhammad Ghozali Akbar atau yang akrab disapa Ahmad dan juga Kamil Ramadhan adalah dua bocah yang berhasil mencuri perhatian warga dunia Dua anak yatim ini adalah penghafal Al Quran yang memenangkan lomba Hafiz Indonesia pada 2017 Mereka ju...
Sweden Far Right Activists Burn Copy Of Quran Plan More Stunts

Sweden Far Right Activists Burn Copy Of Quran Plan More Stunts

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 345 hits
Members of a Danish far right group burned a copy of the Quran in Sweden only days after a similar incident in the southern city of Malmo A video posted by the leader of the Stram Kurs group showed a man burning the Muslim holy book in the ...
Hiburan Rita Rudaini Seru Orang Ramai Jangan Malu Baca Al Quran

Hiburan Rita Rudaini Seru Orang Ramai Jangan Malu Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 389 hits
Memberi galakan kepada mereka yang mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan pelakon Rita Rudaini seru orang ramai supaya tidak malu untuk membaca Al Quran walaupun mempunyai kekurangan Kata ibu tunggal itu rasa malu tidak sepatutnya ditanam d...
Doa Dari Al Quran

Doa Dari Al Quran

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 255 hits
DOA DARI AL QURAN 1 Wahai Tuhan kami kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami pasti kami termasuk orang orang yang rugi 2 Wahai Tuhanku sesungguhnya aku berlindung denganMu ...
Usianya Baru 4 Tahun Noor Makki Sudah Hafal Quran Beserta Nomor Dan Posisi Ayatnya

Usianya Baru 4 Tahun Noor Makki Sudah Hafal Quran Beserta Nomor Dan Posisi Ayatnya

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 268 hits
Seorang anak perempuan berusia 4 tahun hafal Alquran bahkan lengkap dengan nomor surat dan ayatnya Gadis kecil bernama Noor Makki itu tampil di stasiun televisi swasta Mesir yakni Al Hayat TV beberapa waktu lalu Dia mampu menjawab berbagai ...
4 Janji Allah Swt Di Dalam Al Quran

4 Janji Allah Swt Di Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 308 hits
4 janji Allah SWT di dalam Al Quran 1 Surah Ghafir Ayat 60Dan Tuhan kamu berfirman Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya orang orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu akan ...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco