Doa Dari Al Quran


DOA DARI AL-QURAN رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ1. Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti kami termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Al-A’raf: 23)

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ2. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu untuk memohon kepadaMu sesuatu yang aku tidak memiliki ilmu tentangnya. Dan sekiranya Engkau tidak mengampuniku dan menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Hud: 47)
  رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ3. Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. (Surah Nuh: 28)

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ4. Wahai Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Baqarah: 127-128)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء5. Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Surah Ibrahim: 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ6. Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari terjadinya hisab (hari kiamat). (Surah Ibrahim: 41)

رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ. وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ. وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ. وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ.7. Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (Surah Al-Syu’ara: 83-85 dan 87)

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ8. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. (Surah Al-Saffat: 100)

رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ9. Wahai Tuhan kami hanya kepadaMu kami bertawakkal dan hanya kepadaMu kami bertaubat dan hanya kepadaMu kami kembali.(Surah Al-Mumtahanah: 4)

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ10. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami,  wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Mumtahanah: 5)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ11. Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh. (Surah An-Naml: 19)

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء12. Tuhanku, berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Mendengar doa. (Surah Ali ‘Imran: 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ13. Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Terbaik. (Surah Al-Anbiya’: 89)
لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ14. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim. (Surah Al-Anbiya’: 87)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي15. Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku. (Surah Thaha: 25-28)

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي16. Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku. (Surah Al-Qasas: 16)

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ17. Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, maka catatkanlah kami bersama golongan orang-orang yang memberi kesaksian. (Surah Ali ‘Imran: 53)

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ. وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.18. Tuhan kami. janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari orang-orang yang kafir. (Surah Yunus: 85-86)

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ19. Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah Ali ‘Imran: 147)

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً20. “Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk dalam urusan kami.” (Surah Al-Kahfi: 10)

رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً21. Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu. (Surah Thaha: 114)

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ. وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ.22. Tuhanku, aku berlindung denganMu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung denganMu ya Tuhanku, dari kedatangan mereka. (Surah Al-Mukminun: 97-98)

رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ23. Wahai Tuhanku ampunilah dan rahmatilah, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun: 118)

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ24. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah kami dari Api Neraka. (Surah Al-Baqarah: 201)

سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ25. Kami dengar dan kami ta’at “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepadaMulah tempat kembali. (Surah Al-Baqarah: 285)

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِوَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ26. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. ampunilah kami. dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah: 286)

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ27. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (Ali ‘Imran: 8)

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ.رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ.رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ.28. Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab Api Neraka. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh Engkau telah hinakan dia dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbakti. Wahai Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-RasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. (Surah Ali ‘Imran: 191-194) 

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ29. Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun: 109) 

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً. إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً.30. Wahai Tuhan kami, jauhkanlah dari kami azab jahannam, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya ia seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. (Surah Al-Furqan: 65-66) 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً31. Wahai Tuhan kami, berilah kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Furqan: 74)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ32. Wahai Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku yang mengalir pada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (Surah Al-Ahqaf: 15)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ33. Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Wahai Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Hasyr: 10)

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ34. Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (Surah At-Tahrim: 8)

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ35. Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka. (Surah Ali ‘Imran: 16)

رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ36. Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi. (Surah Al-Mai’dah: 83)

رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ37. Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. (Surah Ibrahim: 35)

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ38. Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. (Surah Al-Qasas: 24)

رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ39. Ya Tuhanku, tolonglah aku atas kaum yang berbuat kerosakan itu. (Surah Al-‘Ankabut: 30)

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ40. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang zalim itu. (Surah Al-A’raf: 47)

حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ41. Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung. (Surah Al-Taubah: 129)

عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ42. Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar. (Surah Al-Qasas: 22)

رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ43. Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. (Surah Al-Qasas: 21)

رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ44. Wahai Tuhanku, binakanlah untukku di sisiMu sebuah rumah di Syurga. (Surah Al-Tahrim: 11)
Sumber : USTAZ IDRIS SULAIMAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2020/08/doa-dari-al-quran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Dari Al Quran Untuk Keturunan Yang Baik

Doa Dari Al Quran Untuk Keturunan Yang Baik

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 716 hits
Setiap kita ingin memiliki anak zuriat dan keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia Dan sudah tentu ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya Berikut adalah beberapa M...
Doa Untuk Elakkan Serta Menghilangkan Sifat Malas

Doa Untuk Elakkan Serta Menghilangkan Sifat Malas

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 604 hits
Doa untuk elakkan serta hilangkan sifat malas Kadang kala sifat malas boleh menyinggah dalam diri kita Manusia tiada yang sempurna Tetapi jika dibiarkan ia berlarutan kita berada dalam kerugian di dunia dan juga akhirat Sifat malas ini ada ...
Doa Daripada Orang Hidup

Doa Daripada Orang Hidup

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 288 hits
Doa daripada orang hidup Doa daripada orang hidup adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Doa daripada ora...
Doa Hut Ri Aa Gym Bicara Soal Merdeka Hingga Soroti Sosok Ini

Doa Hut Ri Aa Gym Bicara Soal Merdeka Hingga Soroti Sosok Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 309 hits
Kiai Haji Abdullah Gymnastiar alias Aa Gym menyoroti sosok yang menuhankan nafsu dan duniawi dalam ucapannya saat HUT Kemerdekaan RI Menurut Aa Gym kemerdekaan adalah amanah yakni bagaimana masyarakat mengisinya Aa Gym mengatakan kemerdekaa...
Mui Kecam Menag Usai Pernyataan Radikalisme Lewat Anak Hafiz Al Quran

Mui Kecam Menag Usai Pernyataan Radikalisme Lewat Anak Hafiz Al Quran

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 323 hits
Pernyataan Menteri Agama Fachrul Razi mengenai radikalisme dan kaitannya dengan anak good looking membuat Majelis Ulama Indonesia angkat bicara MUI meminta agar Menag menarik semua tuduhannya Wakil Ketua MUI Muhyiddin Junaidi mengatakan per...
Bayi Lucu Ini Lebih Pilih Al Quran Dibanding Hp Netizen Malu Sendiri

Bayi Lucu Ini Lebih Pilih Al Quran Dibanding Hp Netizen Malu Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 386 hits
Semua orang tua pasti ingin bisa memiliki anak yang saleh salehah dan taat beribadah Salah satunya adalah membaca kitab suci Al Quran Untuk bisa mendapatkan anak yang yang mencintai Al Quran sejak kecil tentu saja membutuhkan tantangan send...
Koleksi Peringatan Dari Al Quran Sebagai Renungan

Koleksi Peringatan Dari Al Quran Sebagai Renungan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 496 hits
Koleksi Peringatan Dari Al Quran Sebagai Renungan Kandungan al Quran terlalu banyak tak terkira akan kebaikan hikmah penawar pengajaran kisah silam peringatan dan sebagainya untuk kita jadikan landasan dan panduan dalam kehidupan di dalam a...
Daripada Curigai Hafidz Quran Menag Mending Ajak Masyarakat Berdoa Agar Terbebas Dari Covid 19

Daripada Curigai Hafidz Quran Menag Mending Ajak Masyarakat Berdoa Agar Terbebas Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 214 hits
Mantan Menteri Komunikasi dan Informatika RI Tifatul Sembiring tanggapi pernyataan Menteri Agama Fachrul Razi yang menyebut radikalisme masuk masjid lewat anak good looking Tifatul menilai Menag terlalu curiga terhadap masyarakat Ketimbang ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang