Hiburan Rita Rudaini Seru Orang Ramai Jangan Malu Baca Al Quran
Memberi galakan kepada mereka yang mahu memperbaiki diri ke arah kebaikan, pelakon Rita Rudaini seru orang ramai supaya tidak malu untuk membaca Al-Quran walaupun mempunyai kekurangan.
Kata ibu tunggal itu, rasa malu tidak sepatutnya ditanam dalam diri kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama.
Rita mendedahkan kenyataan itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
View this post on InstagramAl kahfi surah ni ada 110 ayat…ya panjang…bila ada masa lebih baca lah 1 surah…tp ALLAH mmg bg kita mudah…DIA ckp baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pon DIA dah bg hadiah…tu pon kita kata xboleh buat ke? Xsampai 5mnt kan..klau DIA bg masa kt kita utk hidup,xkan kita xle luangkan masa 5mnt baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al kahfi? …punya DIA syg kt kita,DIA permudahkan lg…tu pon kita liat nak baca apatah lg nak buka AL-QURAN… Amalkan setiap jumaat dan lps solat fardhu sblm kita bgn jlnkan tugas kita kt dunia…xpa,blum cukup baik,blum cukup alim,blum cukup mulia,blum cukup itu ini,kerana itu manusia yg judge …yg adil judge kita adalah DIA…nk berubah,nk bc Quran,malu takut kena perleceh dgn kwn2? Xpaaa..bukan depa yg tolong kita kt sana nnti…biaq lah kita mcm mana keji,jahat,byk dosa ka..yg penting bila kita dah mula solat,dah mula pegang n bc quran,bermakna DIA sedang tarik tgn kita ke arah DIA…xrasa terharu ka? Xrasa bangga ka DIA masih syg kt kita walaupon kita ni sekeji2 sehina2 makhluk yg byk dosa dgn DIA? Syukur..di beri peluang utk berubah…Syukur,di tegur cara lembut oleh DIA
…buatlah,walau pon kdg2 xcukup lama2 akan lengkap..insyaallah ‘itulah’ yg merawat hati kita yg rosak utk pelan2 berjln ke arah DIA… “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi) Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” SALAM JUMAAT
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on Sep 10, 2020 at 6:17pm PDT
“Tak apa… Bukan depa yang tolong kita dekat sana nanti. Biaq lah kita macam mana keji, jahat, banyak dosa ka yang penting bila kita dah mula solat, dah mula pegang dan baca Quran bermakna DIA sedang tarik tangan kita ke arah DIA.”
Dalam pada itu, Rita juga tidak ketinggalan memberi galakan supaya mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat selepas solat fardhu.
“DIA cakap baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pun DIA dah bagi hadiah, itu pun kita kata tak boleh buat ke? Tak sampai 5 minit kan. Kalau DIA bagi masa kat kita untuk hidup, tak akan kita tak boleh luangkan masa 5 minit baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al-Kahfi?”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pemgikut Rita turut bersetuju dengan ayang yang diperkatakan pelakon tersebut. Malah ada juga yang turut mendoakan agar kehidupan Rita dan anak-anaknya sentiasa terpelihara daripada sebarang bentuk negatif.
Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Namun ikatan suami isteri yang terjalin antara mereka difahamkan telah terlerai selepas kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/09/hiburan-rita-rudaini-seru-orang-ramai.html