Yang Pelik Pelik Pada Parti Ehem


Hanipa Maidin Diterbitkan Hari ini 3:18 petang

KATA MP | Ada pemimpin tertinggi parti ehem yang baru menang tanpa bertanding dalam muktmar partinya dilaporkan berasa pelik apabila mendakwa pemimpin parti PKR kepanasan dalam isu pelantikan seorang mantan pemimpin wanita parti itu mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagi saya, jika orang PKR bercakap tentang mantan pemimpin mereka, ianya amat wajar. Tiada yang pelik.

Ia menunjukkan anggota dan pemimpin PKR amat peka apa yang berlaku pada parti mereka. Mereka mahukan parti itu bergerak ke hadapan dalam mempamerkan amalan yang terbaik (the best practices) dalam politik.

Lagipun, PKR bukan berbudaya macam parti ehem yang mungkin dilihat janggal jika pemimpin mereka ditegur secara terbuka.

Apa pun, jika orang PKR bising pada PKR, bagi saya ia amat logik. Apa yang tidak logik ialah apabila satu waktu dulu, orang parti ehem yang sibuk 'kepanasan' dan kacau kerusi menteri besar Selangor yang disepakati oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk direzabkan kepada PKR.

Saya hadir dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti ehem itu ketika pemimpinnya mencadangkan timbalan perdana menteri sekarang (Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon nombor satu untuk jawatan menteri besar Selangor.

Semua orang setuju dengan cadangan tersebut. Ia merupakan mesyuarat paling pendek dalam sejarah parti ehem, setakat yang saya tahu.

Patut rasa pelik juga

Selepas beliau cadangkan dan dipersetujui, beliau juga yang kemudiannya tidak bersetuju dan tuduh macam-macam ke atas timbalan perdana menteri sekarang.

Apabila presiden Amanah sekarang bawa keputusan sebulat suara parti tersebut ke mesyuarat Pakatan, beliau pula yang dilabel menjadi "ayam daging". Tak pelik ke?

Tidak cukup dengan itu, kerusi menteri besar Selangor yang direzab untuk PKR pun parti ehem berusaha untuk merampasnya dengan menyerahkan nama dari parti mereka kepada sultan.
Selepas itu, berlakulah apa yang berlaku. Bermulalah siri melabel dengan ganas kami semua dengan pelbagai nama seperti jebon, barua, pengkhianat, melawan atau antiulama, anjing DAP-lah, peguam nerakalah, Anwarinaslah dan pelbagai gelaran lagi.

Jika pemimpin tertinggi parti ehem rasa pelik apabila anggota dan pemimpin PKR bising kepada parti mereka, tidakkah beliau juga patut rasa lebih pelik kerana parti beliau kini boleh bermesra dengan parti Umno.

Dengar khabar ada pemimpin parti ehem yang dah boleh rasmikan mesyuarat agung MIC.

Tidakkah pelik lagi apabila parti yang dulu amat kuat menentang kemungkaran BN, kini macam tidak rasa apa-apa dalam isu kleptokrasi 1MDB.
Tidakkah lebih pelik apabila kemuka saman sampai ke London, kemudian kutip sakan derma daripada anggota bawah, lepas itu tarik balik saman.

Yang lagi pelik: mula-mula dakwa sudah menang kemudian tarik balik saman, dan pihak yang "dah menang" itu pula membayar kos kepada pihak yang disaman.

Selepas tu, yang "dah menang" pula kena siasat oleh SPRM.

Ini bukan lagi pelik, tapi berbelit-belit!

PKR ada dalam keluarga besar PH. Kami mengamalkan roh demokrasi - bukan autokrasi - atas nama apa sekali pun.

Apa pun, baguslah parti ehem sokong pelantikan mantan pemimpin PKR sebagai orang nombor satu SPRM. Mana tahu kegembiraan itu berlanjutan apabila kes siasatan isu RM90 juta berakhir dengan pendakwaan di era orang nombor satu SPRM sekarang.

HANIPA MAIDIN ialah anggota parlimen Sepang merangkap timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tulisan ini asalnya dimuat naik di media sosial beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/yang-pelik-pelik-pada-parti-ehem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komedi Parti Anwar Ibrahim Pkr

Komedi Parti Anwar Ibrahim Pkr

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 333 hits
PKR sudah jadi Parti Komedi Rakyat Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak mendapat tentangan dari Umno DAP Bersatu atau pun Amanah Puak puak dalam Umno memang tak akan menentang kerana ramai pemimpin Umno masih tidur...
Umno Johor Bidas Laporan Dakwa Parti Itu Dapat Layanan Istimewa Daripada Sultan Ibrahim

Umno Johor Bidas Laporan Dakwa Parti Itu Dapat Layanan Istimewa Daripada Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 305 hits
June 9 2019 7 45 AMPemimpin Umno Johor berkata kunjungan bersempena sambutan Aidilfitri ke Istana Johor semalam adalah kerana mereka tidak dapat hadir bersama sama pemimpin kerajaan negeri dan parti politik lain sebelum itu PETALING JAYA Pe...
Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah Pm

Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah Pm

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 207 hits
MELAKA Penjawat awam di negara ini perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah dan menjalankan tugas mereka dengan berkecuali kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun beliau berkata penjawat awam perlu memahami bah...
Biarpun Dah Jadi Pembangkang Umno Teruskan Perjuangan Akar Umbi Teguh Pertahan Parti

Biarpun Dah Jadi Pembangkang Umno Teruskan Perjuangan Akar Umbi Teguh Pertahan Parti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 275 hits
ALOR SETAR 11 Jun Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kedah Datuk Ariffin Man berkata walaupun Kedah antara negeri milik Barisan Nasional yang tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu namun sokongan akar umbi tetap teguh malah tidak
Selesai Masalah Parti Dulu Sebelum Ph Serang Pas

Selesai Masalah Parti Dulu Sebelum Ph Serang Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 267 hits
Pakatan Harapan anggap PAS ancaman untuk kekal memerintahBANGI Pimpinan Pakatan Harapan diingatkan supaya menumpukan usaha menyelesaikan masalah dalaman parti sebelum mengeluarkan kenyataan menyerang PAS kata Naib Presidennya Datuk Iskandar...
Seorang Lagi Pemimpin Tidak Bermoral Dalam Parti Anwar Ibrahim

Seorang Lagi Pemimpin Tidak Bermoral Dalam Parti Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 873 hits
SELEPAS Anwar Ibrahim kini Timbalan beliau Azmin Ali dikaitkan dengan skandal hubungan seks sejenis ada yang memberi nama skandal semburit ada kata seks Gay dan ada kata seks LBGT Cara terbaik menangani kes ini ialah melalui siasatan terper...
Badan Peguam Keluar Parti Tak Ubah Persepsi Sokongan Politik Latheefa

Badan Peguam Keluar Parti Tak Ubah Persepsi Sokongan Politik Latheefa

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 347 hits
MALAYSIAKINI Badan Peguam Malaysia menyatakan kebimbangan tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru yang disifatkan menimbulkan persepsi bahawa ia dibuat berdasarkan sokongan politik Presidennya Abdul Fareed ...
Latheefa Koya Sudah Bukan Orang Parti Politik

Latheefa Koya Sudah Bukan Orang Parti Politik

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 711 hits
JANGAN TAKUT LE LATHEEFA ORANG BAIK SPRM ikrar sokong KP baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikrar akan menyokong ketua pesuruhjaya baru Latheefa Koya yang lantikannya berkuat kuasa pada 1 Jun ini Presiden MCA Saya risaukan Anwar...
Othman Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut Ocpd Selesai

Othman Siasatan Pengerusi Bahagian Parti Ugut Ocpd Selesai

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 290 hits
KUANTAN Polis telah menyelesaikan siasatan kes seorang pengerusi bahagian sebuah parti politik negeri ini yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni