Badan Peguam Keluar Parti Tak Ubah Persepsi Sokongan Politik Latheefa


MALAYSIAKINI

   
Badan Peguam Malaysia menyatakan kebimbangan tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru yang disifatkan menimbulkan persepsi bahawa ia dibuat berdasarkan sokongan politik.

Presidennya, Abdul Fareed Abdul Ghafoor berkata peletakan jawatan Latheefa dalam PKR selepas mengetahui pelantikan berkenaan tidak mengubah persepsi berkenaan.

"Peletakan jawatan Latheefa sebagai ahli PKR tiga hari lalu selepas dimaklumkan tentang pelantikannya tidak mengubah persepsi awam yang melihat pelantikannya jelas atas dasar sokongan politik memandangkan PKR merupakan komponen utama dalam kerajaan persekutuan, dan mempunyai perwakilan dalam beberapa kerajaan negeri.

"Era pelantikan politik seharusnya berakhir pada hari rakyat Malaysia mengundi untuk perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Latheefa sebelum ini pernah memegang jawatan dalam jawatankuasa kepimpinan pusat PKR dan merupakan ketua biro perundangan parti itu.

Sebelum dilantik ke jawatan barunya, Latheefa merupakan pengasas dan pengarah NGO Lawyers for Liberty.

Abdul Fareed juga mempersoalkan kenapa pelantikan Latheefa tidak melibatkan Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen bagi Pelantikan Jawatan Awam Utama.

"Meskipun jawatankuasa pemilihan parlimen tidak mempunyai kuasa undang-undang, penubuhannya penting untuk memastikan pelantikan jawatan utama dalam kerajaan dibuat secara telus, dan untuk berkhidmat sebagai semak dan imbang kepada eksekutif, selari dengan janji yang dibuat (PH) dalam manifesto pilihan raya.

"Maka tiada alasan jawatankuasa itu tidak dimaklumkan untuk mengkaji pemilihan ketua pesuruhjaya baru SPRM.

"Situasi ini tidak memberi gambaran baik terhadap usaha kerajaan mengamalkan ketelusan, akauntabiliti, integriti dan pentadbiran yang baik, yang merupakan sebab PH dipilih rakyat menjadi kerajaan," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau sendiri melantik Latheefa tanpa berbincang dengan kabinet.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa pelantikan Latheefa dibuat dengan mengambil kira perwatakan tegas peguam itu.

Pengerusi PH itu juga menyifatkan janji dalam manifesto PH untuk tidak membuat pelantikan politik sebagai tidak adil kepada penyokong PH yang bekerja keras memastikan kemenangan gabungan itu sebelum ini.

Abdul Fareed turut berkata Latheefa tidak mempunyai pengalaman dalam penguatkuasaan undang-undang.

"Ramai yang maklum Latheefa merupakan peguam selama 18 tahun, tanpa pengalaman sama sekali dalam agensi penguatkuasaan.

"Tanpa mengabaikan kelayakan Latheefa sebagai peguam hak asasi dan aktivis, tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM memerlukan pengetahuan dalam penyiasatan penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Fareed menggesa kerajaan menjelaskan sebab pelantikan itu dan terus memegang janji manifestonya.

"Badan Peguam Malaysia menggesa pihak yang berkaitan untuk menjelaskan perkara penting ini, bagi menjamin keyakinan orang awam dalam kebebasan institusi dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah.

"Kerajaan tidak boleh terus berkata bahawa manifesto berkenaan tidak mengikat (binding), kerana ikrar dalam manifesto itu dibuat bagi meyakinkan rakyat untuk mengundi PH," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/badan-peguam-keluar-parti-tak-ubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latheefa Koya Sudah Bukan Orang Parti Politik

Latheefa Koya Sudah Bukan Orang Parti Politik

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 801 hits
JANGAN TAKUT LE LATHEEFA ORANG BAIK SPRM ikrar sokong KP baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikrar akan menyokong ketua pesuruhjaya baru Latheefa Koya yang lantikannya berkuat kuasa pada 1 Jun ini Presiden MCA Saya risaukan Anwar...
Latheefa Koya Ketuai Sprm Satu Lantikan Politik Tidak Tepati Janji Ph Anwar

Latheefa Koya Ketuai Sprm Satu Lantikan Politik Tidak Tepati Janji Ph Anwar

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 758 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memberi penjelasan sewajarnya berhubung keputusan kerajaan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu Menurut The Star Onlin...
Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun 8211 Perlantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019 menja...
Lantikan Latheefa Ikut Undang Undang Tapi Salah Dari Segi Politik

Lantikan Latheefa Ikut Undang Undang Tapi Salah Dari Segi Politik

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 377 hits
Lantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut dikritik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang Sementara pelantikan yang dibuat Dr Mahathir Mohamad itu tidak menyalahi undang undang Lim berkata ia ...
Latheefa Tinggalkan Pkr Persepsi Tetap Negatif William

Latheefa Tinggalkan Pkr Persepsi Tetap Negatif William

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 369 hits
Latheefa tinggalkan PKR persepsi tetap negatif WilliamPosted By on June 05 2019Tindakan Latheefa Koya melepaskan keahliannya sebagai anggota PKR bagi memenuhi pelantikan sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM tidak akan mengubah tanggapan oran...
Rasa Nyawa Di Penghujung Dalam Pantang Darah Tak Henti Keluar Badan Lemah Nafas Tercungap

Rasa Nyawa Di Penghujung Dalam Pantang Darah Tak Henti Keluar Badan Lemah Nafas Tercungap

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 399 hits
Ibu dalam pantang kena betul betul rehat kerana dalam tempoh ini tubuh dalam proses pemulihan dan badan masih lagi lemah Jika tiba tiba situasi yang tak diingini berlaku memang cukup merisaukan seperti kes tumpah darah atau berlaku jangkita...
Latheefa Koya Dilantik Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Baharu Keluar Dari Pkr Serta Merta

Latheefa Koya Dilantik Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Baharu Keluar Dari Pkr Serta Merta

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 567 hits
Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baharu berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu untuk tempoh dua tahun Dalam Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata pelantikan itu selaras dengan subseks...
Majlis Agama Gesa Sebuah Parti Politik Henti Kutip Infaq Wajib Ramadan

Majlis Agama Gesa Sebuah Parti Politik Henti Kutip Infaq Wajib Ramadan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 461 hits
Bernama GEORGE TOWN Majlis Agama Islam Pulau Pinang menggesa sebuah parti politik yang didakwa mengutip infaq wajib Ramadan sebanyak RM7 supaya segera memberhentikan tindakan itu Yang Dipertua Abdul Malik Abul Kassim berkata pihaknya meneri...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar