Yang Menggelegakan Hati Pakatan Harapan


MELAYU ISLAM DAH BANGUN TIDOR Menanti naratif baru politik Melayu di bawah Umno, PASHaspaizi Zain  |  Diterbitkan Hari ini 8:30 malam |  Dikemaskini Hari ini 8:30 malam
    ULASAN | Orang Melayu dan umat Islam pastinya tertumpu kepada detik sejarah yang akan menyaksikan penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept nanti.
Umno dan PAS kini sedang menghitung detik bagi menantikan "hari bahagia" untuk dua parti meraikan "persandingan" selepas secara rasmi memeterai piagam kerjasama politik.
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pastinya merakam sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya juga lagu rasmi PAS akan berkumandang di dewan keramat Umno itu, selain bendera parti Islam itu juga pasti turut menghiasi setiap sudut di PWTC.
Pastinya, 14 Sept akan menjadi detik sejarah bukan saja kepada Umno dan PAS yang menamatkan sengketa politik mereka sejak puluhan tahun, malah akan mencorak hala tuju baru politik orang Melayu di negara ini.Secara teorinya, penyatuan Umno dan PAS adalah kebaikan kepada orang Melayu dan umat Islam, itu tidak dapat disangkal meskipun "Melayu Bersatu, Melayu Amanah, Melayu PKR dan Melayu DAP" cuba menafikannya.
Malah, Islam turut menyeru umatnya supaya bersatu padu, mengelak daripada perpecahan kerana perpaduan adalah kekuatan kepada orang Islam dan dalam konteks Malaysia, pastinya orang Melayu.
Mengapa saya kata kerjasama Umno, PAS adalah baik untuk orang Melayu dan umat Islam, jawapannya mudah saja, kerana sejak sekian lamanya orang Melayu ataupun umat Islam di negara ini berpecah kerana "mazhab politik" dua parti dominan ini.

Amanat Haji Hadi misalnya, telah membuatkan orang Melayu Umno dan Melayu PAS bersengketa sehingga menyebabkan haiwan sembelihan orang Umno misalnya, haram bagi orang PAS makan. 
Begitu juga pernikahan dengan orang Melayu Umno dianggap haram dan tidak sah, masjid dua imam, kafir mengkafir sesama Islam dan banyak lagi perpecahan tercetus akibat perbezaan politik Umno dan PAS sejak puluhan tahun lamanya.
Namun, pada masa itu, meskipun perpecahan orang Melayu berlaku, tetapi tidak dirasai kerana Umno masih lagi kuasa dominan dalam BN dan kerajaan kerana masih mendapat sokongan padu daripada kaum India serta Cina melalui MCA dan MIC.
Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, orang Melayu khususnya Umno dan PAS mulai sedar betapa pertelingkahan antara mereka sebelum ini amat merugikan Melayu.
Perpecahan Melayu semakin parah apabila parti Melayu seperti Bersatu dan Amanah ditubuhkan bagi menarik sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, dua parti ini secara faktanya masih gagal menarik sokongan Melayu yang kekal dengan Umno dan PAS.
Namun, sejauh mana "taawun siyasi" antara Umno dan PAS ini akan berupaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia, pastinya akan terjawab pada 14 Sept ini apabila piagam kerjasama muafakat nasional dimeterai.
Piagam kerjasama Umno, PAS akan menjadi penanda aras baru kepada politik orang Melayu di negara ini.
Jika piagam yang ditawarkan mampu meyakinkan orang Melayu dan umat Islam, ia pastinya akan menjadi kekuatan baru kepada politik orang Melayu dan sekaligus akan memperkukuhkan sokongan kepada Umno dan PAS.
Piagam kerjasama Umno, PAS akan mencorakkan perjalanan politik dua parti dominan itu menuju PRU ke-15. Yang pasti dalam keadaan Umno yang sudah kehilangan kuasa, piagam Umno dan PAS perlu berpijak di bumi nyata dan bukan bersifat retorik.
Kerjasama ini juga akan menentukan sama ada Umno akan terus kekal sebagai parti keramat orang Melayu dan terus relevan untuk membawa agenda Melayu.
Oleh itu, Umno dan PAS perlu mencorakkan piagam yang mampu menyakinkan orang Melayu yang berupa satu tawaran sekiranya Umno dan PAS berjaya merampas kuasa pada PRU-15 nanti.
Begitu juga, dengan termeterainya kerjasama Umno dan PAS, corak politik Umno juga pasti perlu berubah, apakah Umno sedia dengan perubahan ini?
Apakah Umno sedia mengedarkan tabung derma pada setiap ceramahnya? Sebab masih ada pemimpin Umno yang agak "segan" untuk kutip derma ketika ceramah dan masih lagi bersifat elitis.
Begitu juga apabila termeterainya kerjasama Umno, PAS, pastinya rakyat Malaysia mahu melihat sejauh mana relevennya penyatuan ummah dan mampukah ia menjadi satu agenda inklusif untuk semua kaum dan tidak hanya eksklusif kepada Melayu Islam.
Juga, bagaimana penerimaan rakan komponen Umno dalam BN iaitu MCA dan MIC terhadap agenda perjuangan mereka selepas PAS secara rasmi menjadi rakan sekutu baru.
Himpunan Penyatuan Ummah Sabtu ini juga bakal menjadi medan yang akan menguji kepimpinan Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam mengemudi bahtera parti selepas laluan baru dirintis secara bersama.
PH pula jangan pandang enteng terhadap agenda penyatuan ummah Umno, PAS. Jika kerjasama yang dibentuk ini dapat "dilayari" secara berhemah dan berhikmah sehingga PRU ke-15, tidak mustahil PH akan kehilangan banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu.
Malah, tidak keterlaluan juga untuk diperkatakan bahawa kedudukan kerajaan PH di Perak dan Kedah juga turut goyang selepas Umno dan PAS membentuk "taawun siyasi".

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/09/yang-menggelegakan-hati-pakatan-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019

Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 429 hits
Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Pakatan Harapan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan komited membantu rakyat berpendapatan rendah khususnya golongan B40 Menerusi PH kini telah mengumumkan beberapa bantuan dan insentif yang efisyen bagi membantu m...
Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah

Sebab Utama Pemimpin Pakatan Harapan Mahu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 849 hits
Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam bersyukur kerana setelah menunggu hampir 40 dekad akhirnya ibarat mimpi jadi nyata penyatuan ummah bagi masyarakat Melayu Islam menjadi kenyataan setelah termeterai Piagam Penyatuan Ummah ...
Wanagyl Pakatan Harapan Gila Tidak Tahu Urus Ekonomi

Wanagyl Pakatan Harapan Gila Tidak Tahu Urus Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 351 hits
KEGILAAN PAKATAN HARAPAN YANG SEMEMANGNYA TIDAK TAHU MENGURUSKAN EKONOMI NEGARA DAN MENGHARAPKAN TUN MAHATHIR YANG SUDAH TUA DIMAMAH USIA 1 Kita semua tahu salah satu penyebab kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 adalah atas faktor Tun Mah...
Pakatan Harapan Lancar Kempen Boikot Perniagaan Cina

Pakatan Harapan Lancar Kempen Boikot Perniagaan Cina

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 354 hits
Ringkas cerita kempen yang pada mulanya tidak wujud bertukar menjadi satu kempen yang berjaya oleh kerana Mahathir Kit Siang Guan Eng Anwar dan Saifuddin Merekalah yang telah mengumumkan kempen itu dan ini telah menyebabkan ianya menjadi po...
Kegilaan Pakatan Harapan

Kegilaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 463 hits
Hari ini apa telah terjadi Kit Siang Anwar dan semua pemimpin pemimpin Pakatan Harapan jilat balik ludah mereka sendiri Yang dipanggil lanun penyamum dan perompak diangkat menjadi Perdana Menteri ke 7 Yang dipanggil Al Juburi disokong untuk...
Pakatan Harapan Are You Listening

Pakatan Harapan Are You Listening

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 293 hits
Zainah Anwar The Star Pakatan Harapan are you listening What kind of Malaysia Baharu do we want to live in How can we work together to bring into existence the Malaysia that we want and we deserve that we actually voted for on May 9 How do ...
Pakatan Harapan Still Popular Says Dr M

Pakatan Harapan Still Popular Says Dr M

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 363 hits
Dr Mahathir Mohamad speaks to Anwar Ibrahim at a press conference after Pakatan Harapan s Presidential Council meeting in Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad is confident that Pakatan Harapan remains popular despite several statem...
Pakatan Harapan To Sell Rm100 Billion Houses In China

Pakatan Harapan To Sell Rm100 Billion Houses In China

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 324 hits
Putrajaya may organise another Home Ownership Campaign only this time for buyers in China and Hong Kong said Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin But she said only high end homes will be sold to them I was thinking of th...
Melihat Kebijaksanaan Pemimpin Pakatan Harapan

Melihat Kebijaksanaan Pemimpin Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 437 hits
Adakah kita sedang mengadakan jualan murah hartanah PULAU PINANG Persatuan Pengguna Pulau Pinang mempersoalkan sama ada wujud aktiviti jualan murah dalam sektor hartanah negara selepas pemaju secara langsung menarik pelabur khususnya dari H...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025