Pakatan Harapan Lancar Kempen Boikot Perniagaan Cina



Ringkas cerita, kempen yang pada mulanya tidak wujud bertukar menjadi satu kempen yang berjaya oleh kerana Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Saifuddin. Merekalah yang telah mengumumkan kempen itu dan ini telah menyebabkan ianya menjadi popular. THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Yang sebenarnya, tidak ada pun kempen boikot barangan/perniagaan orang kafir atau orang Cina. Kempen itu tidak pernah wujud. Kempen itu adalah rekaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, apa yang pasti adalah Mahathir yang telah melancarkan apa yang dipanggil ‘Buy Muslim First Campaign’.
Pada 30 Ogos, Mahathir telah mengumumkan bahawa wujudnya satu kempen memboikot produk orang Cina. Keesokkan harinya, di dalam ucapan Merdeka beliau, Lim Kit Siang juga telah menyebut tentang kempen boikot produk orang Cina.
Selepas itu, isu kempen memboikot ini menjadi kecoh.

Mahathir yang lancar kempen boikot perniagaan Cina Sebenarnya, tidak ada seorang pun yang tahu berkaitan kempen ini. Tetapi, selepas pengumuman Mahathir dan Kit Siang, isu ini telah menjadi besar dan juga hangat dan telah bertukar menjadi satu isu nasional.
Lim Guan Eng pula menyambung kenyataan Mahathir dan Kit Siang dan meminta Umno dan PAS menghentikan kempen ini. Gambaran yang cuba diberi oleh Guan Eng adalah Umno dan PAS yang di belakang kempen boikot barangan/perniagaan orang kafir atau orang Cina ini.
Selepas tiga hari, rakyat Malaysia pecaya bahawa kempen boikot barangan/perniagaan orang kafir atau orang Cina sah wujud. Dan dalang di belakang  kempen ini adalah Umno dan juga PAS.

Anwar mengutuk kempen boikot perniagaan Cina Disebabkan ‘promosi’ yang telah dibuat oleh Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng — dan kemudiannya disambung oleh Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution dari PKR yang ‘mengutuk’ sekerasnya kempen yang tidak wujud ini — secara tidak langsung kempen yang pada mulanya tidak wujud ini telah mencapai kejayaan. Orang Melayu yang pada mulanya tidak sedar tentang kempen itu sudah mula sedar. Dan disebabkan kontroversi kempen itu, orang Melayu telah menyokong dan menyertai kempen boikot barangan/perniagaan orang orang Cina.
Di dalam Bahasa Inggeris ini dipanggil sebagai ‘self-fulfilling prophecy’.
Ringkas cerita, kempen yang pada mulanya tidak wujud bertukar menjadi satu kempen yang berjaya oleh kerana Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Saifuddin. Merekalah yang telah mengumumkan kempen itu dan ini telah menyebabkan ianya menjadi popular.
Apa tujuan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan ini untuk melancarkan dan menjayakan kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina?

Ini yang dipanggil ‘false flag operation’ atau ‘operasi bendera palsu’. Ini bermaksud kita reka sesuatu dan kita gembar-gemburkan perkara itu supaya gambaran yang diberi ialah perkara atau peristiwa itu memang wujud. Ini akan berjaya menarik perhatian seluruh rakyat dan mereka akan tertumpu kepada perkara yang sebenarnya tidak wujud.
Inilah kebijaksanaan Mahathir. Mahathir memang pakar di dalam ‘false flag operation’ dan telah menggunanya banyak kali di dalam kareer politik beliau. Dan apabila Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Saifuddin juga mengesahkan kewujudan kempen tersebut, maka yang tidak wujud bertukar menjadi wujud.
Hari ini, kempen yang pada asalnya tidak wujud sudah wujud. Dan ramai orang Melayu sudah sokong dan meyertai kempen tersebut. Jadi, inilah isu terbaru dan isu yang hangat.

Kit Siang menuduh Umno dan PAS di belakang kempen boikot perniagaan Cina Mahathir tahu sekiranya beliau mengumumkan kewujudan kempen ini, isu ini akan meletup. Dan ianya sudah pun meletup. Dan oleh kerana isu kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina sudah meletup, orang tidak lagi bercerita tentang isu Semburit atau pun isu Anwar sebagai perdana menteri kelapan.
Mahathir melenyapkan semua isu-isu negatif berkait dengan Pakatan Harapan dengan menimbulkan isu baru, iaitu isu kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina. Rakyat Malaysia semestinya akan lupa dengan semua isu-isu yang menyakitkan Pakatan Harapan oleh kerana isu terbaru ini.
Isu bangsa dan agama memang biasanya perkara hangat. Jadi, kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina boleh menutup semua isu yang lain dan yang tidak menguntungkan Pakatan Harapan. Pandai tak Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng?

Guan Eng suruh Umno dan PAS hentikan kempen boikot perniagaan Cina Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng memainkan isu perkauman. Tetapi mereka tuduh Umno dan PAS yang memainkan isu perkauman apabila yang sebenarnya Umno dan PAS tidak tahu langsung tentang kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina.
Sekarang, kempen itu sudah bernyawa sendiri dan menjadi hangat. Adakah rancangan Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng ini sudah ‘backfire’? Nampaknya Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng telah membakar api dan api ini sudah ‘out of control’.
Padan muka. Main api lagi. Sekarang Pakatan Harapan yang terbakar dan Cina sangat marah dengan Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng sebab mereka tahu dalang yang sebenar ialah Pakatan Harapan dan bukan Umno dan PAS.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/03/pakatan-harapan-lancar-kempen-boikot-perniagaan-cina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Beli Produk Muslim Mahukan Kesucian Atau Boikot Produk Cina

Kempen Beli Produk Muslim Mahukan Kesucian Atau Boikot Produk Cina

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1674 hits
Kecoh baru baru ni apabila Pakatan Harapan marah segelintir umat islam mewar warkan agar semua penganut agama Islam membeli produk buatan Islam atau Muslim sahaja Kisah ni sebenarnya dah lama cuma ia meletup apabila ada campur aduk politik ...
Kerajaan Pakatan Harapan Khianati Amanah Rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan Khianati Amanah Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 338 hits
LIM HONG SIANG Amanah diukur berdasarkan sejauh manakah seseorang berpegang kepada janjinya Antara faktor yang menjurus kepada lelahnya rakyat terhadap politik adalah retorik yang melampau Sememangnya sesetengah retorik amat terharu buat pe...
Pm Lancar Logo Kempen Melawat Malaysia 2020 Datang Tengok Kepelikan Orang Melayu

Pm Lancar Logo Kempen Melawat Malaysia 2020 Datang Tengok Kepelikan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 794 hits
Antara satu kepelikan yang akan jadi tarikan adalah 1 Orang Melayu jadi kuli Rohingya pusat pengmpulan surat khabar lama SEPANG 22 Julai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyempurnakan pelancaran logo kempen Melawat Malaysia...
Tun Mahathir Kerajaan Pakatan Harapan Tak Berpecah Belah

Tun Mahathir Kerajaan Pakatan Harapan Tak Berpecah Belah

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak berpecah belah mahupun hilang sokongan seperti didakwa oleh sesetengah pihak Beliau berkata ahli Kabinet duduk bersama sama dan mampu membu...
Can Pakatan Harapan Win The 15th General Election In 2023

Can Pakatan Harapan Win The 15th General Election In 2023

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 302 hits
MP SPEAKS The question of can Pakatan Harapan win the 15th General Election in 2023 will elicit different answers from different groups To those who will pioneer the world s first alliance of klepto theocracy in a fortnight s time with each...
Pakatan Harapan Bulan Madu Sudah Berakhir

Pakatan Harapan Bulan Madu Sudah Berakhir

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 236 hits
Salleh SDPopulariti Pakatan Harapan semakin hari semakin menurun tunggu masa untuk menjunam ke tanah Sebelum PRU14 populariti Pakatan Harapan ini teramatlah tinggi Mereka dari Pakatan Harapan ini berbagai bagai cara meraih populariti Dari j...
Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 318 hits
Rakyat diseru menolak kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam atau Bumiputera dan mengutamakan pembelian barangan Malaysia Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kempen itu yang kononnya dijalankan pihak tertentu adalah tida...
Cina Sudah Lama Kempen Beli Barangan Keluaran Mereka

Cina Sudah Lama Kempen Beli Barangan Keluaran Mereka

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 331 hits
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz KUALA LUMPUR Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mempersoalkan mengapa galakan membeli barangan keluaran Muslim tiba tiba didakwa oleh Pakatan Harapan dan DAP sebagai boikot barangan bukan Islam Bagaimanapun Ahli Jaw...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik