Garisan Jalan Jadi Bengkok Terus Pihak Berkuasa Tempatan Datang Spot Check Dan Dapat Surat Cinta
KLUANG – Seorang cikgu bersara bukan sahaja membina tempat meletak kenderaan tanpa kebenaran, tetapi turut “memakan” jalan di hadapan rumah.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perumahan di Taman Intan di Kluang, Johor itu menyebabkan kerja mengecat garisan jalan tidak dapat dilakukan dengan baik, malahan mewujudkan garisan yang bengkok.
Penduduk tempatan memberitahu China Press, pembinaan haram itu telah berlaku beberapa tahun tetapi tiada orang yang membuat aduan.
Kejadian itu hanya mendapat perhatian apabila kontraktor berdepan masalah ketika mahu mengecat garisan jalan.
Difahamkan pemilik rumah yang merupakan seorang guru bersara telah membina tempat meletak kenderaan secara haram sehingga “memakan” jalan raya di hadapan rumah.
Berikutan daripadanya, pihak majlis perbandaran telah mengeluarkan notis mengarahkan pemilik rumah merobohkan struktur binaan haram yang menghalang jalan dalam tempoh 72 hari.
Kegagalan pemilik rumah berbuat demikian akan mengundang tindakan meroboh oleh pihak berkuasa tempatan.
Walau bagaimanapun, seorang jurutera dari majlis perbandaran memberitahu, pemilik rumah seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama.
China Press melaporkan seorang penduduk di Kluang, Johor melakukan pembinaan haram sehingga menganggu kerja mengecat garisan jalan raya.
Jurutera itu juga kecewa kerana pemilik rumah mempunyai tabiat menyimpan barang dan terdapat banyak tempat takungan air di kawasan simpanan itu sehingga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk
MENGAMBIL TANAH ORANG LAIN TANPA KEBENARAN MENJADI SUATU KEZALIMAN DAN GAMBARAN DI DALAM NERAKA
Allah tidak menjadikan sifat zalim sebagai sifatnya malahan mengh4ramkannya dan mengharamkan kepada umat manusia kerana sifat z4lim ini adalah suatu sikap yang terkutuk.
Dari itu Allah memerintahkan agar keadilan ditegakkan di muka bumi ini untuk keharmonian, kesejahteraan dan keamanan. Islam telah mengatur antara syarat-syarat untuk menjadi pemerintah, ketua, hakim, kadhi dan sebagainya sebagai orang yang berkuasa supaya mereka mestilah bersikap adil.
Adil kepada diri sendiri, rakyat, masyarakat, sesama manusia, kawan-kawan, alam persekitaran, haiwan dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan pemerintah yang mengamalkan pemerintahan kuku besi, diktat0r dan zalim sering dijatuhkan dan dihi-na. Pemerintahan yang z4lim kebiasaannya tidak kekal lama, malahan di akhir4t kelak Allah mengh-umbankan mereka ke dalam ner4ka.
Sifat MAZMUMAH (bur-uk) merupakan inti sifat zalim. Oleh itu Rasulullah SAW melarang dengan sekeras-kerasnya sifat itu. Kezaliman boleh berlaku antara sesama manusia – pemerintah terhadap rakyat, pintar terhadap kurang akal dan sebagainya. Rasulullah SAW telah memberikan am4ran, walaupun sejengkal tanah dirampas daripada orang yang empunya milik hak atau harta, Allah SWT akan memberikan balasan kezaliman itu dengan menggantungkan lehernya di tujuh petala bumi sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Daripada Syaidatina A’isyah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa merampas hak orang lain walaupun sekadar sejengkal tanah, Allah akan menggantungkan nanti di lehernya tujuh petala bumi” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Kredit: TrendingSangat.pw
The post Garisan Jalan Jadi Bengkok, Terus Pihak Berkuasa Tempatan Datang Spot-Check Dan Dapat Surat Cinta.. appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/12/26/garisan-jalan-jadi-bengkok-terus-pihak-berkuasa-tempatan-datang-spot-check-dan-dapat-surat-cinta/