Yadim Lantikan Politik Ph Persis Janji Orang Munafik


tyrazalhe 31/01/2019
Oleh Athirah Huda Zalhe
Bolot jawatan GLC, agensi kerajaan bukti kerakusan puak Islam PH kutip hasil rampasan perang pasca kemenangan PRU14: Pemuda Isma


BANGI, 25 Jamadilawal 1440H, Khamis – Tidak sampai setahun memerintah, janji manifesto Pakatan Harapan yang kononnya tiada lantikan politik untuk jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan telah disampahkan, persis janji orang munafik, kata Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussin.

Beliau berkata, polemik pelantikan ahli-ahli politik sebagai anggota lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bukti kerakusan puak Islamis PH mengutip ghanimah (harta rampasan perang) pasca kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, satu persatu jawatan di GLC dan agensi kerajaan ‘dihadiahkan’ kepada pejuang parti-parti komponen, walaupun ramai lagi individu lain yang lebih layak dalam kalangan teknokrat, ahli akademik atau golongan agamawan.

“Dahulunya mereka inilah yang bersungguh-sungguh membongkar skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terdahulu dan kononnya merekalah yang paling suci dan berintegriti, ironinya sekarang puak ini juga yang rakus merebut segala posisi dan kedudukan yang ada, mengalahkan pahlawan yang mengumpulkan harta ghanimah selepas perang.

“Malah, lebih tamak jika dibanding dengan kerajaan terdahulu sehingga mahu membolot hampir kesemua jawatan yang ada tanpa mengira kesan buruk kepada institusi-institusi berkenaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sejak kelmarin, isu pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim kecoh di media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sheikh Omar Ali untuk mengisi salah satu jawatan berkenaan.

Bukan sahaja pelantikan wakil rakyat Paloh itu dipertikaikan, bahkan kesemua lantikan dalam agensi di bawah kerajaan itu dipersoalkan oleh ramai pihak kerana didominasi individu yang mempunyai kaitan politik.

Enam individu dari Parti Amanah Negara (PAN) iaitu Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz; timbalannya, Zolkharnain Abidin; Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron; Shamsul Ma’arif Ismail dan Maznah Daud.

Dua lagi membabitkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dan seorang wakil DAP, Adun Paloh, Johor Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Turut dilantik sebagai ALPA Yadim ialah wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim dan seorang ahli akademik, Dr Muhammad Razak Idris.

Mengulas perkara itu, Muhammad Farid berkata, lantikan ALPA seolah-olah kerajaan sudah ketandusan pakar, tokoh agama mahu pun ahli akademik lain yang lebih layak.

“Yang lebih memalukan, suatu badan yang sepatutnya mempertahankan dan mengembangkan dakwah Islam di tanah air, tanpa segan silu melantik wakil daripada parti rasis dan cauvinis DAP sebagai salah satu ahli pemegang amanah.

” Alang-alang, kenapa tak lantik terus al-fadhil Lim Guan Eng, ‘umar abd aziz era malaysia baru’? Barulah padan dengan dakyah rahmatan lil kafirin versi PH,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/yadim-lantikan-politik-ph-persis-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertikaian Baru Yadim Banyak Lantikan Orang Politik Kata Ezam

Pertikaian Baru Yadim Banyak Lantikan Orang Politik Kata Ezam

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 450 hits
Tindakan kerajaan melantik majoriti ahli politik sebagai Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengundang kecaman banyak pihak Pengerusi NGO Hisbah Centre for Reform Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan itu tida...
Tengok Bijaknya Dap Dan Pakatan Semua Lantikan Glc Adalah Lantikan Politik Tak Macam Umno Bn Kedekut Dan Penakut

Tengok Bijaknya Dap Dan Pakatan Semua Lantikan Glc Adalah Lantikan Politik Tak Macam Umno Bn Kedekut Dan Penakut

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 597 hits
Antara kebodohan utama UMNO BN masa berkuasa sebelum ini ialah kegagalan melantik ahli dan kepimpinan menguasai GLC sekaligus menjadikan UMNO BN tertolak dan tidak mesra ahlinya sendiri Sepanjang UMNO BN berkuasa tidak sampai 20 ahli dan pe...
Pemuda Umno Pertikai Lantikan Adun Dap Dalam Yadim

Pemuda Umno Pertikai Lantikan Adun Dap Dalam Yadim

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 656 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Dr Mujahid Yusof Rawa yang didakwa melantik Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kesal denga...
Janji Prasarana Modal Murahan Politik Mengikut Cara Pentadbiran Lama

Janji Prasarana Modal Murahan Politik Mengikut Cara Pentadbiran Lama

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 496 hits
Kenapa perlu bergantun harap pada ahli politik untuk pembangunan Sedangkan selepas ahli politik itu menang mereka akan menghadap penjawat awam untuk mendapatkan input idea pembangunan yang mungkin boleh dibangunkan Cumanya ahli politik bole...
Pengguna Jalanraya Telupid Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan

Pengguna Jalanraya Telupid Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 826 hits
Datuk Peter AnthonyPengguna jalan raya yang menghubungkan laluan daerah Telupid ke Sandakan di sini hari ini mengecam Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony kerana dikatakan tidak mengotakan janji untuk memperbaiki jala...
Pemilik Hausboom Mohon Maaf Atas Kekasaran Bahasa Tapi Tegaskan Isu Utama Sekarang Adalah Janji Dan Harapan

Pemilik Hausboom Mohon Maaf Atas Kekasaran Bahasa Tapi Tegaskan Isu Utama Sekarang Adalah Janji Dan Harapan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 885 hits
KUALA LUMPUR Pemilik jenama Hausboom Azri Zahier Azmi memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kekasaran bahasanya dalam satu kenyataan mengenai janji menteri berkenaan Menerusi posting terbaru di Faceb...
Pemilik Hausboom Koyak Mental Tuduh Syed Saddiq Mungkir Janji Ini Jawapan Balas Dari Yb Menteri Belia Dan Sukan Kita

Pemilik Hausboom Koyak Mental Tuduh Syed Saddiq Mungkir Janji Ini Jawapan Balas Dari Yb Menteri Belia Dan Sukan Kita

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1026 hits
Nampaknya ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq yang mempromosikan produk anak muda kepada rakan rakan kabinet beliau menerusi satu hantaran Facebook berbentuk video pada Isnin lalu Pengasas Haus...
Fairuz Misran Digelar Kembar P Ramlee Gara Gara Memiliki Suara Dan Rupa Paras Persis Seniman Agung Itu

Fairuz Misran Digelar Kembar P Ramlee Gara Gara Memiliki Suara Dan Rupa Paras Persis Seniman Agung Itu

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 1176 hits
Siapa tidak mengenali seniman agung P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh Allahyarham Tan Sri P Ramlee mendapat gelaran seniman agung disebabkan oleh bakat serta kebolehan beliau yang pelbagai Selain menceburi bid...
Dap Bila Mahu Tunai Janji Bina Sekolah Menengah Tamil Pulau Pinang

Dap Bila Mahu Tunai Janji Bina Sekolah Menengah Tamil Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 441 hits
DAP diminta supaya berhenti bermain tarik tali sebaliknya komited dalam menunaikan segala macam janji yang Pilihan Raya Umum ke 14 Malah kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP untuk penggal ketiga sepatutnya sudah boleh mereal...
Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


I Buy Houses Near Me For Quick Cash Offers

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Irresistible Dinner Recipes For Family Of 10

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Walaupun Tak Dapat Grand Prize Rezeki Tetap Ada

Kerabat Diraja Dan Kerajaan Arab Saudi Semakin Keliru Dengan Sistem Kehakiman Negara Kita