Pemilik Hausboom Mohon Maaf Atas Kekasaran Bahasa Tapi Tegaskan Isu Utama Sekarang Adalah Janji Dan Harapan




KUALA LUMPUR: Pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kekasaran bahasanya dalam satu kenyataan mengenai janji menteri berkenaan.

Menerusi posting terbaru di Facebooknya, Azri Zahier menjelaskan kenapa beliau menggunakan bahasa kasar dalam posting sebelumnya yang bertajuk “Sempena Tahun Babi, Ini Cerita Pasal Ke-Babi-an”.

Menurut Azri Zahier, beliau kecewa dengan janji dan harapan yang diberikan oleh pihak menteri tentang promosi yang akan diberikan selepas menaja minuman percuma.

“Ia juga bukan isu ‘menteri tak tolong’ kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.

“Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.


Petikan dari posting tersebut...



PERMOHONAN MAAF SEMPENA TAHUN BABI

Aku bukan ahli politik. Bahasa aku, apa yang aku cakap adalah benda yang betul. Isi hati. Realiti. Rakyat marhaen. Aku bukan nak please sesiapa. Just me and my team.

Hanya usahawan sebenar paham kekecewaan aku dan team aku rasa. Kami usaha bertahun-tahun balik lewat, tinggal anak bini, ikat perut, pinjam duit orang, bergolok bergadai demi membangunkan bisnes.

Wallahi. Bukan sebab nilai sponsor tu. Demi Allah. Siapa yang pergi event-event aku tahu yang kami suka bagi free je. Setahun bajet kami ratusan ribu botol utk diberi percuma.

Ia juga bukan isu “menteri tak tolong” kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.

Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.

4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran MENGINGATKAN janji tidak tertunai itu.

Sebab itu, Syed Saddiq TAK SENTUH LANGSUNG bab ini.

Termasuklah aku hantar surat rasmi beserta invoice. Pada aku, kalau tak boleh kotakan janji pun takpe la. Bayar sahaja kos sponsor tu. Bukan banyak mana pun kepada sebuah kementerian; RM192 sahaja. Tapi besar NILAINYA kepada usahawan muda macam kami.

Pun tidak dilayan juga. Pada 16 January, pegawai KBS hantar gambar YB dengan produk aku. Itu sahaja. Tidak seperti yang dijanjikan. Pegawai sendiri beritahu, gambar itu BARU DITANGKAP SETELAH DIPUSH oleh beberapa pegawai lain sebab PEMILIK-PEMILIK PRODUK YANG LAIN SUDAH BISING.

Tapi aku sendiri dah tak kisah dah. Sumpah.

Cuma yang triggered aku balik bila semalam Syed Saddiq promote satu produk ni. Kata beliau, ini atas inisiatif yang sama. Setiap minggu dia buat macam ni. Eh??? After 4 months, u claimed u have been doing this every week?? Aku baca komen, RAMAI yang nak hantar produk untuk tujuan sama.

Jadi, aku berasa bertanggungjawab untuk berkata benar walaupun pahit.

Ramai je usahawan mengucapkan terima kasih sebab jadi wakil meluahkan isi hati semua.

Tapi takpe la. Nasi dah jadi bubur.

Aku mengaku salah aku menggunakan bahasa yang kasar. Bak kata Chef Wan; dirasuk syaitan.

BUT I MANAGED TO SEND HIM AND HIS POLITICAL TEAM A VERY, VERY, VERY CLEAR MESSAGE:

1. Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi.

2. Media sosial ADALAH SALURAN YANG TEPAT untuk mendapatkan respon ahli politik.

YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab “u are the minister”. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan social media campaign kami tahu jawapan sebenarnya.

Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; BUKAN KERANA NAMA (atau undi).

Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf ATAS KEKASARAN BAHASA saya.

Assalamualaikum.

Yang benar,
AZRI ZAHIER AZMI
Do or Die

P/S: kepada parti politik yang lain, jangan la berjimba mcm ini juga kejayaan korang ye. Korang pun dua kali lima juga dulu.

SAYA JUGA MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

JELAS, SAYA BUKANLAH USAHAWAN YANG LAYAK JADI ROLE MODEL ANDA SEMUA.



“4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran mengingatkan janji tidak tertunai itu,” katanya mengingatkan tentang janji yang diberikan sebelum ini.

Azri Zahier mengakui beliau menggunakan bahasa yang kasar dalam postingnya sebelum ini, namun katanya, pesanan yang jelas dapat diberikan kepada Syed Saddiq dan pasukannya.

“Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi. Media sosial adalah saluran yang tepat untuk mendapatkan respon ahli politik.

“YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab you are the minister. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan social media campaign kami tahu jawapan sebenarnya.

“Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; bukan kerana nama (atau undi).

“Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf atas kekasaran bahasa saya,” katanya lagi.

Akibat posting beliau sebelum ini, Syed Saddiq melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan bahawa kementeriannya telah menipu usahawan.

Sumber: Astro Awani © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/pemilik-hausboom-mohon-maaf-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Syed Saddiq Kecewa Dibabikan Seorang Usahawan Pemilik Jenama Hausboom Tampil Mohon Maaf Padam Tulisan Facebook

Selepas Syed Saddiq Kecewa Dibabikan Seorang Usahawan Pemilik Jenama Hausboom Tampil Mohon Maaf Padam Tulisan Facebook

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 840 hits
TERBARU pemilik jenama minuman tempatan Hausboom dilihat telah memadam kenyataan di Facebook yang menggunakan bahasa kesat kepada menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Kenyataan menerusi Facebook yang ditulis malam tadi Azri...
Pemilik Hausboom Koyak Mental Tuduh Syed Saddiq Mungkir Janji Ini Jawapan Balas Dari Yb Menteri Belia Dan Sukan Kita

Pemilik Hausboom Koyak Mental Tuduh Syed Saddiq Mungkir Janji Ini Jawapan Balas Dari Yb Menteri Belia Dan Sukan Kita

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 919 hits
Nampaknya ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq yang mempromosikan produk anak muda kepada rakan rakan kabinet beliau menerusi satu hantaran Facebook berbentuk video pada Isnin lalu Pengasas Haus...
Jika Rasa2 Tak Mampu Tunaikan Janji Baiklah Minta Maaf Dan Letak Jawatan Dengan Segera

Jika Rasa2 Tak Mampu Tunaikan Janji Baiklah Minta Maaf Dan Letak Jawatan Dengan Segera

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 340 hits
Di mana mana ketika ini semakin ramai yang bersuara menuntut agar kerajaan PH segera menunaikan janji janji utama yang dibentangkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu Bukan saja mereka yang merupakan penyokong BN dan rakyat biasa yang mula me...
32 Imbauan Senarai Pemenang Utama Anugerah Juara Lagu 1986 Sekarang

32 Imbauan Senarai Pemenang Utama Anugerah Juara Lagu 1986 Sekarang

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 1475 hits
Anugerah Juara Lagu merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 Ketika mula dianjurkan pada 1986 AJL mempertandingkan kategori terbuka untuk semua genre lagu ...
Pemilik Absolut Chocolat Nafi Dakwaan Hausboom Sebagai Kroni Syed Saddiq

Pemilik Absolut Chocolat Nafi Dakwaan Hausboom Sebagai Kroni Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 919 hits
Pemilik Absolut Chocolat Nafi Dakwaan Hausboom Sebagai Kroni Syed Saddiq Tidak berdiam diri apabila namanya dipetik dalam kenyataan pengasas Hausboom Azri Zahier Azmi Ben Ali tampil memberikan penjelasan mengenai isu kroni seperti yang dida...
Dikritik Walhi Tkn Jokowi Janji Lebih Perhatikan Isu Lingkungan

Dikritik Walhi Tkn Jokowi Janji Lebih Perhatikan Isu Lingkungan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 206 hits
Sekretaris Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Hasto Kristiyanto mengakui bahwa akselerasi pembangunan membuat kurangnya perhatian kepada lingkungan Itu menjadi perhatian timses jelang debat kedua
Ini Komen Neelofa Isu Buka Tudung Hijab Telah Membawa Saya Menjadi Diri Saya Sekarang Dan Kejayaan Yang Diraih Hari Ini

Ini Komen Neelofa Isu Buka Tudung Hijab Telah Membawa Saya Menjadi Diri Saya Sekarang Dan Kejayaan Yang Diraih Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 949 hits
Tidak kisah di kec4m pelakon dan pengacara televisyen Neelofa menegaskan dia tidak akan sesekali membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabangsa atau menerima krit1kan mengenai gaya pemakaian tudungnya Katanya hijab telah ...
Pemilik Bella Ammara Tampil Dedah Pengalaman Buruk Ketika Bekerjasama Bersama Pemilik Hausboom

Pemilik Bella Ammara Tampil Dedah Pengalaman Buruk Ketika Bekerjasama Bersama Pemilik Hausboom

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1284 hits
Pada raya dua tahun lepas butik beliau dikunjungi berkotak kotak besar air minuman jus dalam bungkusan botol kaca yang menarik Disebabkan tertarik dengan bungkusan produk yang beliau yakin dari Malaysia Carl membuat satu hantaran di media s...
Apabila Pm Sekarang Bukan Korup Pecacai Angkat Dan Besarkan Isu Longkang

Apabila Pm Sekarang Bukan Korup Pecacai Angkat Dan Besarkan Isu Longkang

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 314 hits
Itulah padahnya apabila PM tidak KORUP segelintir macai Tak PUAS hati cacing kepanasan lalu dicari ISU LONGKANG ISU sampah diangkat Dan dibesarkan Mereka ini tentunya bangga sukses happy Dan bergumbira jika PM sekarang ada koleksi KORUP yan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids