Yabbedabbedoo Warga Putrajaya Bertuah Bakal Nikmati Harga Ayam Murah Bermula 1 Ogos





Warga Putrajaya akan dapat membeli ayam standard pada harga RM8.50 sekilogram, lebih rendah daripada harga siling RM9.40 sekarang, bermula 1 Ogos ini melalui program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah di semua pasar awam di Putrajaya.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bagi menjayakan inisiatif tersebut, sebuah pusat penyembelihan ayam diwujudkan di Presint 20 bagi membolehkan ayam disembelih di Putrajaya.


"Kami guna gudang sedia ada di kawasan itu (Presint 20) sebagai pusat penyembelihan," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022 di sini hari ini.


Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah itu telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Labuan pada 14 Julai lepas, dengan menawarkan barangan keperluan asas dan makanan kering secara terus daripada pembekal ke kawasan perumahan, manakala di Labuan, program itu dilaksana melalui peruncit yang dikenal pasti Perbadanan Labuan.


Mengenai Festival Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022, Shahidan berkata pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung berbanding 150,000 pada 2019 untuk menghadiri festival edisi ke-12 itu, bermula 29 Ogos hingga 4 Sept di Anjung Floria, Presint 4 di sini.


Bertemakan 'Floria Hebat' beliau berkata kira-kira 400,000 bunga dan tumbuhan pelbagai spesies dari dalam dan luar negara akan dipamerkan sepanjang penganjuran festival itu.


Katanya penganjuran festival itu bertepatan dengan matlamat perancangan dan pembangunan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai bandar raya pintar dalam taman yang menggabungkan elemen moden serta alam semula jadi dihiasi kepelbagaian flora yang berwarna-warni.


"Setelah dua tahun tidak diadakan kerana pandemik COVID-19, penganjuran kali ini jelas mengembalikan keceriaan kerana festival ini ada peminatnya tersendiri," katanya.


Festival tahunan itu merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya ke-25 tahun dan sambutan Hari Kebangsaan ke-65.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2022/07/yabbedabbedoo-warga-putrajaya-bertuah.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/07/yabbedabbedoo-warga-putrajaya-bertuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Bakal Warta Harga Maksimum Minyak Masak Botol

Putrajaya Bakal Warta Harga Maksimum Minyak Masak Botol

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 185 hits
KERAJAAN akan mewartakan harga maksimum minyak masak tulen dalam botol bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata langkah itu diambil setelah ru...
Love Dive Masih Popular Ive Umum Bakal Comeback Ogos Ini

Love Dive Masih Popular Ive Umum Bakal Comeback Ogos Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 259 hits
Belum habis lagi demam lagu Eleven dan LOVE DIVE IVE disahkan bakal buat comeback tak lama lagi Menurut laporan media mereka akan menemui peminat pada Ogos ini untuk comeback musim panas Respon agensi Starship Entertainment IVE sedang beker...
Negara Lain Memajukan Industri Dan Meyakin Kan Pelaburan Fdi Negara Malaysia Harga Ayam Pun Masih Tak Selesai

Negara Lain Memajukan Industri Dan Meyakin Kan Pelaburan Fdi Negara Malaysia Harga Ayam Pun Masih Tak Selesai

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 218 hits
SAIFUL NIZAM ZAKARIAkenapa Ayam melambakkkk pulak di Pasaran sekarang Sehinga kan ayam tak berharga da ni Update pada Ahad 24 07 2022 Sendiri mau pikirlah Bro and Sis Ini Malaysia sampai berpuluh puluh tahun ke hadapan lagi pun masalah2 cam...
Warga Beralih Ke Gas Melon Imbas Kenaikan Harga Lpg Nonsubsidi

Warga Beralih Ke Gas Melon Imbas Kenaikan Harga Lpg Nonsubsidi

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 199 hits
Warga Beralih ke Gas Melon Imbas Kenaikan Harga LPG Nonsubsidi Imbas kenaikan harga jual LPG non subsidi Rp2 000 per kg banyak warga mulai beralih ke gas LPG 3 kg subsidi atau gas melon
Ayam Mahal Arnab Sebagai Gantian Daging Putih Yang Lebih Sihat Dan Murah

Ayam Mahal Arnab Sebagai Gantian Daging Putih Yang Lebih Sihat Dan Murah

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 330 hits
Sudah Tiba Masa Kita Beralih Kepada Sumber Daging Putih Yang Lebih Sihat dan Bebas Kartel Ayam adalah sumber daging putih yang paling popular di dunia kini Bukan sahaja diguna meluas di isi rumah daging ayam juga menjadi menu utama francais...
Pelajar Puas Hati Menu Lengkap Serendah Rm3 50 Seru Sokong Peniaga Rela Tawar Harga Murah

Pelajar Puas Hati Menu Lengkap Serendah Rm3 50 Seru Sokong Peniaga Rela Tawar Harga Murah

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 347 hits
Pengusaha gerai mengambil inisiatif menyediakan pelbagai pilihan makanan pada harga serendah RM3 50 PETALING JAYA Pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam mengucapkan terima kasih kepada pengusaha gerai di kampus yang mengambil ini...
Erick Thohir Sebut Produk Umkm Harus Dijual Harga Mahal Kenapa

Erick Thohir Sebut Produk Umkm Harus Dijual Harga Mahal Kenapa

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 186 hits
Erick juga tak ingin lagi ada persepsi yang membedakan produk UMKM secara standar tidak baik Dia ingin membuktikan bahwa produk UMKM juga laik dibanderol tinggi
Jika Kita Menang Harga Minyak Pasti Turun

Jika Kita Menang Harga Minyak Pasti Turun

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 220 hits
Propaganda cybertrooper BN dan PN sering memperolok olokkan pidato Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan janji menurunkan harga minyakSedangkan janji berkenaan tidak dibuat Pakatan Harapan pada manifesto Pilihan Raya Umum 201...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu