Ayam Mahal Arnab Sebagai Gantian Daging Putih Yang Lebih Sihat Dan Murah


Sudah Tiba Masa Kita Beralih Kepada Sumber Daging Putih Yang Lebih Sihat dan Bebas Kartel Ayam adalah sumber daging putih yang paling popular di dunia kini. Bukan sahaja diguna meluas di isi rumah, daging ayam juga menjadi menu utama francais makanan segera gergasi dunia seperti KFC, Texas Chicken dan McDonald’s. Ayam mendapat tempat di kalangan pemain industri kerana proses pembiakan yang mudah dan cepat hasil daripada penyelidikan bertahun lamanya.
Akan tetapi, sebelum populariti ayam mendominasi dunia, sebenarnya sebilangan besar manusia di dunia menikmati daging putih daripada sumber berlainan. Sumber ini adalah daging arnab. Arnab digunakan dan dibiak meluas di beberapa negara di dunia seperti Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol dan China. Pada zaman dahulu juga, arnab dibiak di negara-negara besar sebagai sumber makanan di Greek, Rom dan kepulauan Mediterranean.
Arnab di dalam kandang peribadi. Pada tahun 70an, arnab juga digunakan secara meluas di Amerika Syarikat sebagai sumber industri pelbagai. Selain daripada sumber daging, arnab telah digunakan sebagai sumber lemak, makanan haiwan, bulu, binatang makmal dan juga sumber kulit. Arnab dibiak secara meluas dan bersistem sebelum digantikan dengan penternakan haiwan lain seperti lembu dan ayam sebagai sumber gantian.
Kini, dengan peningkatan mendadak harga lembu dan ayam, arnab dilihat sebagai sumber alternatif bagi daging ayam. Di Malaysia juga, banyak usaha telah dimulakan oleh individu dan syarikat dalam memasarkan dan menindustrikan arnab sebagai alternatif daging. Pelbagai produk juga sudah boleh didapatkan secara meluas seperti daging burger, daging perap dan juga menu makanan segera. Pembiakan dan penjagaan arnab juga lebih mudah dan kurang pencemaran berbanding dengan penternakan ayam dan lembu yang sinonim dengan masalah penyakit, pencemaran sisa dan bau.
Penternakan arnab di Malaysia. Sumber gambar: Fikrah Pahang Tidak keterlaluan juga untuk saya katakan, harga daging arnab kini sudahpun hampir menyamai harga daging daging ayam. Jika perindustrian arnab dirancakkan lagi, tidak mustahil ia mampu jadi lebih murah daripada ayam. Daging arnab juga sesuai dikisar untuk dijadikan produk seperti patty, nugget dan daging burger. Baru-baru ini juga saya ke sebuah ekspo pertanian dan berpeluang mencuba menu arnab lada hitam yang dijual pada harga RM15 untuk separuh ekor arnab. Menu lengkap dengan hidangan sampingan berupa salad, coleslaw dan juga kentang putar. Separuh ekor arnab ini beratnya hampir 1kg dan boleh dimakan satu keluarga.
Daging arnab mentah. Arnab juga senang dijaga dan secara semulajadi memilih untuk tinggal di kawasan sempit. Menerusi beberapa siri kajian, arnab akan memilih untuk berada di ruangan yang lebih sempit berbanding dengan ruangan lain yang lebih luas walaupun ruangan sempit itu sudahpun padat dengan arnab lain. Di habitat asal juga, arnab akan tinggal di dalam lubang beramai-ramai walaupun sempit. Dalam penternakan moden, arnab akan dikurung dalam sangkar berasingan setiap ekor. Dengan ini, mereka akan lebih tenang dan kurang agresif dengan arnab lain.
Berbanding ayam yang tidak selesa dan banyak yang mati apabila dikurung beramai-ramai di dalam satu reban. Sistem sangkar berasingan juga memudahkan pembersihan tinja dan proses memberi makan. Arnab akan diberi makan dalam bekas makanan sendiri dan tidak perlu berebut dengan arnab lain. Berbeza dengan penternakan lembu dan ayam yang dikumpulkan dalam satu sangkar dan reban yang sama beramai-ramai, penternakan arnab dilihat lebih berperikemanusiaan dan teratur. Arnab juga tidak berkokok, mengembek mahupun melenguh. Oleh itu, pencemaran bunyi juga dapat dikurangkan dengan penternakan arnab. Ini membuka peluang bagi petani bandar yang dahulunya sukar untuk membuat penternakan di kawasan padat kerana bimbang dengan aduan bunyi.
Sistem penternakan arnab moden. Mungkin ramai yang tidak tahu, arnab hanya mengandung selama 30-32 hari sahaja. Arnab juga boleh mengawan semula sebaik sahaja ia melahirkan anak. Sekali melahirkan anak, ia berupaya melahirkan sehingga 8-12 ekor anak arnab. Dalam amalan industri, arnab akan jantan dan betina akan diletakkan berasingan dan hanya dibenarkan mengawan semula dalam kitaran subur seterusnya. Ini bagi membolehkan arnab betina berehat selama lebih kurang 14-18 hari sebelum mengawan semula bagi memastikan hasil yang lebih baik.
Seekor arnab betina berupaya menghasilkan sehingga 40-60 anak arnab dalam setahun dalam kitaran 8-12 kelahiran setahun. Arnab akan disembelih setelah cukup umur dalam lingkungan 9-13 minggu. Seekor arnab yang sihat boleh mencapai berat sehingga 2-2.8kg. Daging arnab juga lebih sihat berbanding daging ayam dengan kandungan lemak dalam daging yang lebih rendah. Ia juga mempunya kandungan protein yang lebih tinggi secara purata.
Menu burger arnab di Malaysia. Daging arnab juga diterima secara universal bagi setiap pelosok penduduk di dunia. Penganut agama yang memakan daging juga tidak melarang pemakanan daging arnab. Bagi penganut agama Islam, daging arnab adalah halal dan tidak dilarang pemakanannya. Ada pelbagai baka arnab di dunia dan antara yang popular adalah arnab putih New Zealand dan arnab daging California.
Saya juga secara peribadi sudah mula menukar menu saya kepada daging arnab memandangkan ia kini sudah mula senang diperolehi. Daging arnab juga boleh dijadikan sebagai ganti bagi menu ayam dengan mudah kerana sifatnya sebagai daging putih yang menyamai daging ayam. Rendang arnab dan daging arnab bakar antara kegemaran saya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ayam-mahal-arnab-sebagai-gantian-daging-putih-yang-lebih-sihat-dan-murah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Naik Kita Lebih Berjimat Dan Lebih Sihat

Harga Barang Naik Kita Lebih Berjimat Dan Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 425 hits
Mungkin ada yang sangka peningkatan harga makanan asas adalah solusi kepada masalah obesiti dan penyakit metabolik di Malaysia Sebenarnya kajian menunjukkan apabila harga bahan mentah dan keperluan asas seperti telur susu sayur sayuran dan ...
Peniaga Ni Jual Ayam Murah Ini Jawapan Dia Kenapa Tak Nak Jual Ikut Harga Semasa

Peniaga Ni Jual Ayam Murah Ini Jawapan Dia Kenapa Tak Nak Jual Ikut Harga Semasa

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 300 hits
Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah balik hari Zukila Deraman yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan berkata peniaga terbabit meletakkan ...
Resipi Bubur Ayam Chinese Style Dengan Minyak Bawang Putih Booster Untuk Anak Demam

Resipi Bubur Ayam Chinese Style Dengan Minyak Bawang Putih Booster Untuk Anak Demam

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 179 hits
Bubur nasi dengan sup mungkin sudah terbiasa untuk anak anak Namun bubur ringkas ala chinese style ini memang sedap dan ringkas Paling disarankan untuk anak anak ketika demam Bila demam tekak akan jadi sakit untuk menelan makanan yang keras...
Mcd Lagi Murah Pelanggan Beli 2 Burger Ayam Special Berharga Rm23 Mengvndang Reaksi Netizen

Mcd Lagi Murah Pelanggan Beli 2 Burger Ayam Special Berharga Rm23 Mengvndang Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 223 hits
BURGER sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia Apabila bercakap mengenai menu ini boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang ter...
Resepi Bakso Bebola Daging Dan Ayam

Resepi Bakso Bebola Daging Dan Ayam

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 283 hits
bakso bebola daging dan ayamBahan bahan Suhoon bihunBebola dagingBebola ayamBahan kuah 2 ulas bawang putih 1 2 inci halia 2 sudu lada putih Semua bhn bertanda di tumbuk hingga lumat guna lesung batu Rempah tumis1 sup bunjut1 pek rempah sup2...
Tak Perlu Jual Ayam Mahal Macam Nak Pergi Mekah Balik Hari Nasihat Jukee Ayam

Tak Perlu Jual Ayam Mahal Macam Nak Pergi Mekah Balik Hari Nasihat Jukee Ayam

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 230 hits
Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah balik hari Zukila Deraman yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan berkata peniaga terbabit melet
Jelang Idul Adha Harga Daging Ayam Berangsur Turun

Jelang Idul Adha Harga Daging Ayam Berangsur Turun

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 217 hits
Harga daging ayam di Pasar PSPT Tebet Jakarta Selatan berangsur angsur menurun menjelang perayaan Idul Adha 2022 Saat ini harga pangan tinggi protein tersebut dibanderol Rp37 ribu per kilogram dari Rp45 000 per kilogram
Ayam Minyak Mahal Pilih Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer Macam Ni Jimat

Ayam Minyak Mahal Pilih Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer Macam Ni Jimat

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 238 hits
Disaat kenaikan harga semua barang yang tidak terjangkau dek akal lebih lebih lagi pada harga minyak dan ayam ada baiknya kita memilih cara masakan yang lebih sihat menggunakan air fryer untuk anak anak dan keluarga Bukan hanya lagi jimat b...
Lapor Segera Jika Harga Ayam Mahal

Lapor Segera Jika Harga Ayam Mahal

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 187 hits
Gunakan kuasa kita sebagai pengguna Tonton video penuh di https bit ly 3ygRyCR Follow kami di TikTok sinarharianonline SinarHarian BuletinTikTok AyamMahal KPDNHEP
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game