Xiaomi Mi Band 5 Jam Kesihatan Holistik
Xiaomi Mi Band 5 Jam Kesihatan Holistik. Hai semua! Beberapa hari lepas, Ruby ada kemaskini media sosial tentang jam kesihatan dari Xiaomi iaitu Mi Band 5. Tidak sangka, ramai yang berminat nak tahu lebih lengkap tentang jam kesihatan ni. Selain dari faktor harga yang sangat berbaloi-baloi. Ia mudah digunakan. Jadi, pasti korang nak tahu kenapa Ruby terus sambar Mi Band 5 semasa Sale 7.7.2020 hari tu. Hehe.
Xiaomi Mi Band 5 Jam Kesihatan Holistik
Jenama Xiaomi tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dikenali dengan jam kesihatan. Berlumba-lumba kami ingin membeli ketika itu. Teruja nak memiliki jam kesihatan yang bagus tetapi murah. Malah, maklumbalas pembeli lain amat positif. Setelah beberapa tahun memiliki Mi Band, dah tiba masa untuk upgrade. hehehe.
Mi Band 1. Jam kesihatan pertama Ruby. Masih berfungsi dengan baik
Mi Band 1S. Masa ni teruja nak mengesan denyutan nadi.
Mi Band 2, jam ni dah hilang. Jadi, Ruby cari gambar di internet. Inilah rupa jam Ruby. Siap tukar tali coklat tu. Hehehe
Beli Mi Band 5 Sebab Nak Upgrade
Sejak menggunakan Mi Band, banyak yang Ruby perhatikan untuk upgrade. Paling utama adalah cara mengecas jam kesihatan ini. Ruby tak suka kena keluarkan peranti Mi Band dari tali jam. Material tali jam kesihatan ini dulu sangat keras dan menyakitkan jari. Walau tidak perlu cas setiap hari. Tapi ketika memakai Mi Band 1, 1S dan 2 amat menyiksakan. Tambahan pula Ruby tukar tali ke leather yang perlu buka menggunakan skru. Adududduudu. Stress.
Kemudian ternampak Mi Band 4. Cantiknya! Tengok cara cas dulu. Hampehhh. Masih kena keluarkan dari tali jam. Okay nevermind. Xiaomi pasti akan mendengar bisikan hati nurani ku. Tolonglah mudah kan Ruby untuk cas jam macam jenama lain tu. Kekurangan jenama lain adalah saiz jam kesihatan yang besar. Saiz Xiaomi ni memang buat Ruby jadi setia dengan dia. Haha.
Apabila Xiaomi Mi Band 5 diumumkan. Maka, ayuh tengok di online shop. Sebab pasaran di online store lagi mudah untuk cari. Hehehe. RM 135 dan dua tali jam. Oh yaaa material jam Xiaomi Mi Band 5 dari TPU yang lembut. Pakai berhari-hari pun selesa. Serius
Fungsi Menarik Di Mi Band 5
Melalui pengalaman Ruby yang telah menggunakan jam ini hampir 1 minggu. Ruby rasa sangat selesa dan boleh pakai seharian jam ni macam aksesori barang kemas wanita. Hahaha.
Paling Ruby suka adalah TPU Strap yang lembut, pengecasan magnetik dan fungsi yang mudah untuk digunakan. Korang boleh pilih di aplikasi untuk set cara aktiviti korang minat. Mudah sangat!
Spesifikasi Xiaomi Mi Band 5
✅ 1.1" AMOLED, 126x294✅ 125 mAh, 14 hari
✅ Bluetooth 5.0
✅ Android 5.0 / iOS 10.0
✅ 5ATM✅ 47.2 x 18.5 x 12.4mm
✅ 11.9g / 12.1g
✅ Saiz tali jam 155-219mm✅ Accelerometer enam paksi
✅ Sensor kadar jantung PPG
✅ Rekod kitaran kesuburan wanita✅ Pengecasan magnetik✅ Analisis tidur✅ Pemantauan kadar jantung ✅ 11 jenis mod aktiviti kesihatan
✅ Tema di Mi Band 5 sangat kiut. Ada 100 built-in themes; diantaranya adalah SpongeBob, Evangelion, Hatsune Miku, and Detective Conan
Ruby punya Mi Band 5 adalah versi dari China. Boleh tukar bahasa di aplikasi. Mesti korang tak sabar nak tunggu versi Global mula dijual. Ia dijangka akan diumumkan pada 15 Julai 2020. Nantikan Xiaomi Ecosystem Product Launch. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/07/xiaomi-mi-band-5-jam-kesihatan-holistik.html