Xiaomi Body Fat Scale 2 Pengalaman Guna 4 Bulan Aku Kisah Berat Badan



Empat bulan guna baru review jujur.Xiaomi Body Fat Scale 2 (Global edition)
Awal bulan April 2021, bermula titik perjalanan pertama juju dalam dunia realiti. Dari mana juju dapat hidayah nak counter berat badan? Aku tak ada jawapan spesifik, bukan soal nak kurus ya oh bukan, ianya demi sebuah kelangsungan kesihatan. 
Kenapa sekarang? 
Bukan dari dulu?
Jangan tanya soalan macam ini ya.
Aku pun manusia, seorang pendosa harian dan sukakan keselesaan tanpa memikirkan kesan apa nak jadi selepas itu.
Ujian... sebelum sebuah titik hidayah itu datang.Sebelum cecah umur 40 tahun, aku nak dapat berat badan ideal ! Woahh besar impian kau juju! Ya besar sampai aku dah duduk sangat tinggi, langsung tak turun-turun dah berat sejak 20 tahun lepas haha gelakkan diri sendiri.
Jadi aku ada baki 3 tahun untuk merubah semua kepada alam realiti. Penat dah bawa badan berat, nak cari baju siap pun susah, fitting pun asyik tak kena dengan badan, size besar ada kala buat aktiviti seharian juju terbatas.
Serius bila sebut penimbang berat badan, akulah paling tak suka sekali nak naik penimbang.
Doktor pun banyak kali dah pesan berpuluh tahun lah mereka pesan, jawapan aku, aku sengih, ketawa dan dalam in denial. (refusing to admit the truth or reality of something unpleasant a patient in denial about his health problems.)
Berat is ohsem?Ya dulu, sekarang aku dah mula tahu berat ohsem adalah berat yang mampu buat kau bergerak dengan baik tanpa sakit.
Itulah sebenarnya berat yang aku nak, bukan berat kerana lain, itulah berat sihat.
Disclaimer : Ke semua jalan cerita di sini adalah mengenai empunya tuan badan, tidak ada kena mengena sekali melibatkan orang lain. Jadi aku kongsikan sedikit pengalaman lepas aku pernah beli penimbang salah.
Terbeli penimbang berat badan salahAla penimbang berat biasa tanpa body fat scale digital yang banyak di jual di pasaran. Ada versi jarum biasa kan? 
Aku salah beli penimbang yang beratnya bawah 100kg. Sebaiknya beli penimbang 150kg ke bawah baru betul kalau berat sendiri lebih dari itu. Buatan dari negara China. Murah je dalam belasan ringgit. 
Tapi aku dah buang penimbang tu beberapa tahun lepas, stress. Sebab kecil sangat permukaan dia bila nak naik timbang. Bayangkanlah kau besar, nak naik kena rapatkan peha betul-betul baru nampak angka digital tu.
Seksa betul. Bila naik je sikit-sikit nak tertonggek, lepas tu bacaan tak sekata, sekejap angka tu, sekejap angka ni, tak stabil langsung. Itu sebab aku buang.  
Sehinggalah aku terjumpa dalam online jenama penimbang berat badan Xiaomi Body Fat scale 2 seperti dibawah.Aku pinang Xiomi Body Fat Scale 2 pertengahan bulan April 2021. Tak silap juju 15 April 2021 buat pertama kalinya aku naik penimbang Xiaomi. 
Aku jatuh cinta dengan jenama Xiaomi. Kotaknya pun putih, penimbangnya putih silver. Nipis dan besar permukaanya. Disertakan sekali bateri. 4 bulan guna kerap naik penimbang bacaan memang mantap! Accurate! 
Kira orang besar bila naik penimbang ini takkan rasa susah nak tengok angka. Tu berat anak juju Abg Qi. Contoh macam mana angka dia keluar. Tips, nak dapatkan bacaan sebenar jangan letak penimbang atas karpet. Haaa penimbang ni ada 4 kaki, bila kita letak di karpet bacaannya jadi ringan sikit dari bacaan asal. 
Aku rasa mana-mana penimbang berat badan pun macam ni. 
Jadi jangan sekali-kali timbang atas karpet. Nanti kau syok sendiri haha. Awas ya. Ini cara yang sebetulnya, letak di lantai simen terus. Kawasan kenalah rata dan buat ujian dengan tangan. 
Tekan sedikit penimbang untuk lihat ia berfungsi, keluar tak digit 0.00. Kalau keluar baru naik. 
Kalau bacaan tak 0.00, tu maknanya penimbang berada dalam kawasan tak rata. Mungkin lantai sedikit ada lekuk.
Xiaomi ada keluarkan 2 jenis penimbang berat badan. 
Satu jenis weighing scale (penimbang biasa)Satu lagi jenis body fat scale 2 (penimbang berat badan menyeluruh, kau naik je habis semua percent lemak, BMI, body type even muscle dan protein dalam badan pun dia boleh track!)
Ohsemnya juju punya. Ya sangat best sampai aku dah berkawan baik dengan Xiaomi Body Fat Scale 2 (version global). Version Chinese pun ada. Terpulang ikut mana yang korang suka. 
Akan tetapi, sebaiknya untuk pulangan lebih menyeluruh, wishlist scale body fat scale 2. Harganya tak adalah mahal mana macam 10 tahun lepas.
Ada jenama lain 400 ke atas tau yang boleh timbang dan rekod segala butiran fat dalam badan. 
Kini modal cuma 60 ke 80 lebih je dah boleh dapat sebuah. Beruntung kita semua. Harga bajet je tapi pulangan dia fuhhh boleh buat kau tambah motivasi. Siapa tak sayang badan bila dah tahu kisah sebenar.
Start kumpul duit, ada duit terus beli jangan tunggu last minit selalu sold out. Laku keras.
Juju beli masa tu harga dia tengah offer. Nanti korang semak klik SINI 
Bila dah beli, install apps di play store. Search Mi FitNanti baca la step by step dia.
Nak connect apps Mi Fit dengan Xiami Body Fat Scale 2 kena on Bluetooth, klik MIBFS.
Ini jumlah berat terkini yang berjaya di turunkan sejak 4 bulan lebih dalam journey. Ada banyak paparan sebenarnya. Nanti korang semak sendiri dan explore.
Boleh semak :❤ BMI❤ Body fat % (paling penting)❤ Water intake❤ Protein❤ Basal metabolism❤ Viseral fat❤ Muscle❤ Bone mass❤ Body age❤ Ideal weight❤ Body type❤ Recent weight changes❤ Recent body fat changes❤ Body score❤ Famili dan rakan ramai nak kongsi penimbang sama, boleh sangat. Siap boleh simpan rekod dalam satu apps yang sama. Tak payah catat dekat kertas ok. Nampak gambar diatas ada huruf Q, H & J. Juju, suami dan Abg Qi kongsi rekod dalam satu apps. Senang nak pantau, rekod tak hilang. 
Banyak sungguh kebaikan scale body fat. Puas hati. Satu pelaburan yang tak sia-sia bagi juju sekeluarga malah menyuntik motivasi sangat. 
Paling buat aku sebak, nak solat sekarang dah tak sakit kaki. Walaupun umur masih muda, oleh kerana berat badan berlebihan menyebabkan rutin wajib dilaksanakan agak tidak khusyuk dan terbatas. 
Inilah yang buat juju semangat, sekarang dah masuk phase 2 tau. 
Phase 1 boleh baca klik SINIAmazefit boleh join sama dengan apps Mi Fit tau, jangan tak tahu. Akan datang juju kongsikan jam best ni. Dia rekod blood oxygen, jumlah kalori yang dibakar masa bersenam dan banyak lagi. 
Jadi dapat satu kesimpulan rekod kesihatan terkini menyeluruh. Lagi bertambah puas hati juju. Akan datang juju kongsikan ya, baru guna genap 2 bulan lebih. 
Semoga entry ini memberi manafaat buat anda yang sedang tercari-cari info penimbang berat badan mana yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli. 
Akan datang juju kongsikan lagi ya.Jaga diri. 
--------------------------------------Beli (klik seller link biru)
Xiaomi Body Fat Scale 2
Link 1
Link 2Link 3
Amazefit Link 1Link 2Link 3 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.juliajohari.com/2021/08/xiaomi-body-fat-scale-2-pengalaman-guna.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kardio Atau Resistence Training Mana Satu Nak Cuba Dulu Bagi Beginner Aku Kisah Berat Badan

Kardio Atau Resistence Training Mana Satu Nak Cuba Dulu Bagi Beginner Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 327 hits
5 bulan juju jinakkan muscle buat senaman kardio Nak bagi badan selesa dan turun perlahan tanpa terkejut Jangan terburu buru nak buat resistance training terus untuk bakar cepat kalori tamak progress cepat yoyo sabar percaya progress itu ad...
Turun Berat Badan Atau Turun Lemak Mana Lagi Penting Aku Kisah Berat Badan

Turun Berat Badan Atau Turun Lemak Mana Lagi Penting Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 323 hits
Masa phase 1 awal bulan 4 aku reka teknik rekod Sampai bulan 8 dah masuk phase 2 inilah kerja juju Setiap hari atau 2 hari sekali juju wajibkan diri rekod Apa yang di rekod Energy inEnergy outYa dua tindakan inilah yang direkodkan dalam buk...
Mudah Marah Berat Badan Menurun Antara Simptom Anak Hadapi Malnutrisi

Mudah Marah Berat Badan Menurun Antara Simptom Anak Hadapi Malnutrisi

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 314 hits
Umum mengetahui bahawa malnutrisi pada kanak kanak merujuk kepada kekurangan nutrisi dalam badan Kekurangan nutrisi ini terjadi apabila kanak kanak tidak mengambil kalori dan protein yang mencukupi untuk membesar dengan baik Sebenarnya maln...
Ditantang Turunkan Berat Badan Ivan Gunawan Berniat Bangun Masjid Dari Hadiah Deddy Corbuzier

Ditantang Turunkan Berat Badan Ivan Gunawan Berniat Bangun Masjid Dari Hadiah Deddy Corbuzier

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 307 hits
Sempat disinggung mata duitan karena baru mau turunkan berat badan ketika diberi uang ternyata Igun punya niat mulia di baliknya
Guna 4 Bahan Je Resipi Mudah Teething Biscuit Untuk Anak 7 8 Bulan Cair Dalam Mulut

Guna 4 Bahan Je Resipi Mudah Teething Biscuit Untuk Anak 7 8 Bulan Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 380 hits
Bila anak dah masuk umur 7 bulan anak dah bersedia untuk makan makanan jejari ataupun finger food Tambah pula si manja nak tumbuh gigi jadi apa kata mama buatkan teething biscuit untuk anak Ikuti resipi mudah ini hanya guna 4 bahan sahaja D...
Kisah Pengalaman Bisnis Banyak Yang Tak Manis

Kisah Pengalaman Bisnis Banyak Yang Tak Manis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 263 hits
Semua manusia mempunyai kisah hidup mereka yang tersendiri dimana kisah hidup merupalan satu pembelajaran untuk kita pada masa akan datang Dari pengalaman tersebut kita berganjak maju setapak untuk lebih berjaya Always believe KEGAGALAN ITU...
Lima Petua Guna Limau Kasturi Untuk Kesihatan Badan

Lima Petua Guna Limau Kasturi Untuk Kesihatan Badan

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 327 hits
Astro RasaPerkongsian daripada Leha Yusuf ini sangat membantu dalam menjaga kesihatan Gambar hiasanSELAIN daripada penyedap makanan banyak petua orang dulu dulu menggunakan limau kasturi untuk kesihatan badan Perkongsian daripada Leha Yusuf...
Turunkan Berat Badan 7 Hari Dengan 7 Menu Diet

Turunkan Berat Badan 7 Hari Dengan 7 Menu Diet

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 291 hits
Susah ke nak turun berat badan Ya memang agak susah Kalau nak naikkan berat badan memang mudah Namun ramai jugak yang berjaya dalam usaha menurunkan berat badan mereka dalam masa 7 hari sahaja Wow Memang kagum dengan orang yang punya semang...
Susu Penambah Berat Badan Anak 1 Tahun Dengan Kandungan Terbaik

Susu Penambah Berat Badan Anak 1 Tahun Dengan Kandungan Terbaik

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 295 hits
Memiliki anak memang sesuatu yang membahagiakan sehingga kita perlu menjaga anak dengan baik dengan memberikan nutrisi yang terbaik pula Nutrisi terbaik ini sangat diperlukan khususnya untuk anak usia 1tahun yang sudah mulai mengkonsumsi ma...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal