Wujudkan Sistem Untuk Rekod Agihan Tugas Guru Pensyarah


Imej hiasan - Arkib Cikgu Share
Peranan guru semakin berkembang dengan kini tidak hanya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP), mentaksir perkembangan murid dan mengurus bilik darjah, mereka juga terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran seperti menyiapkan kertas kerja, memasukkan data serta menyediakan laporan

Malah, ramai memegang jawatan penting seperti menjadi guru kelas dan panitia, setiausaha peperiksaan serta kursus, penasihat badan beruniform, kelab dan persatuan. Beban melampau ini boleh menjejaskan tumpuan utama terhadap PdP

Bagi menyelesaikan isu ini, Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua guru besar dan pengetua menilai semula agihan tugas supaya tidak membebankan serta mengganggu tugas hakiki guru

Saranan daripada kajian dilakukan KPM mendapati, 25 peratus beban tugas guru boleh disusun semula supaya bersesuaian dengan realiti tanggungjawab pendidik menjadi lebih besar memandangkan sistem pendidikan kini menekankan penilaian menyeluruh, bukan lagi berorentasikan peperiksaan

Selain itu, KPM juga mewujudkan jawatan pembantu guru secara meluas di sekolah untuk membantu mereka menguruskan kerja di luar bilik darjah

Namun, masih ramai guru merungut agihan tugas dianggap tidak sama rata, lebih-lebih lagi apabila ada guru menolak tugas tanpa sebab jelas atau munasabah. Dalam hal ini, pentadbir ada kala tidak mempunyai pilihan kecuali membebankan sebahagian guru boleh diharap kerana tugas mesti diselesaikan segera. Tidak dinafikan, ada pentadbir sekolah tidak jelas dengan agihan tugas setiap guru

Justeru, satu sistem pemantauan beban tugas guru perlu dibangunkan yang dapat merekod dan mengukur agihan tugas guru sepanjang tahun. Setiap tugas direkodkan supaya pentadbir dapat mengelakkan agihan tugas tidak adil

Walaupun ada guru diberi banyak tugas dan berjaya menyelesaikan semuanya, ia tidak bermakna mereka patut sentiasa dibebankan terutama jika ada menerima beban kerja sedikit

Pengukuran beban tugas guru secara objektif ini dapat membantu pentadbir sekolah membuat keputusan dalam merancang pembahagian tugas lebih adil dan tidak tertumpu kepada sebahagian guru sahaja

Sistem ini juga boleh digunakan sebagai petunjuk tahap kompetensi guru untuk perancangan kursus dan latihan. Perancangan pembangunan infrastruktur dan prasarana juga boleh dibantu dengan sistem ini

Tugas mungkin sukar diselesaikan apabila guru tidak mempunyai kompetensi, infrastruktur dan prasarana bersesuaian. Tambahan pula, rekod agihan tugas ini dapat mengesahkan sumbangan guru untuk dipertimbangkan dalam prosedur kenaikan pangkat

Maklumat beban tugas daripada sistem ini secara amnya berpotensi mewujudkan suasana kerja lebih positif apabila ia diberi sama rata. Kesihatan mental guru juga dapat dipelihara apabila jadual tugas lebih teratur dan guru dapat mengurangkan kerja dibawa pulang kerja untuk disiapkan

Malah, sistem ini dapat menghapuskan stigma negatif bahawa pentadbir sekolah pilih kasih terhadap segelintir guru. Setiap guru pula dapat merancang kerjaya masing-masing, lebih penting lagi PdP berkualiti dapat diberikan kepada murid selaras keperluan masa depan semakin mencabar

Dr Nur Yuhainis Ab Wahab dan Dr Norlaile Salleh HudinPenulis adalah Penyelidik Kajian Pembangunan Sistem Pemantauan Beban Tugas Guru, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/wujudkan-sistem-untuk-rekod-agihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 246 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara one off bagi menyelesaikan isu kekurangan 20 000 guru di negara ini Cadangan itu adalah antara lima perkara yang digariskan Pensyarah Pusa...
Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid

Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 462 hits
Kebelakangan ini hampir saban hari kita mendengar dan membaca mengenai masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah juga pelajar institut pengajian tinggi Banyak sebab dikaitkan sebagai punca namun perkara sebegitu jika tidak dita...
Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru

Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 276 hits
Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru 6 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia telah mengungkapkan bahawa masalah kekurangan guru yang sebelumnya terkait dengan sekolah sekolah di pedalaman telah men...
Nutp Dakwa Sekolah Seluruh Negara Perlukan 20 Ribu Guru

Nutp Dakwa Sekolah Seluruh Negara Perlukan 20 Ribu Guru

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 320 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Isu kekurangan guru yang sebelum ini dikaitkan dengan sekolah di pedalaman sudah menular ke institusi pendidikan itu di kawasan bandar Mendedahkan perkara itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malay...
Syor Guna Ai Untuk Pengambilan Guru Belum Relevan Nutp

Syor Guna Ai Untuk Pengambilan Guru Belum Relevan Nutp

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 461 hits
Kuala Lumpur Syor supaya kerajaan memanfaatkan kemajuan Revolusi Industri 4 0 untuk mewujudkan pangkalan data berinovasi menghubungkan kementerian dengan institusi pendidikan dan universiti dilihat tidak realistik dalam keadaan sekarang Syo...
Wartakan Waktu Bekerja Guru Nutp

Wartakan Waktu Bekerja Guru Nutp

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 178 hits
Dalam perkembangan berkaitan Aminuddin berkata NUTP mahu pewartaan waktu bekerja harian bagi guru di negara ini melalui peruntukan undang undang Beliau berkata ketika ini tiada pewartaan waktu bekerja harian bagi guru sebaliknya yang ada O ...
Guru Tanggung Kerja Lebih Masa 6 Jam Seminggu

Guru Tanggung Kerja Lebih Masa 6 Jam Seminggu

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 303 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Seorang guru mengakui terpaksa menanggung bebanan kerja lebih masa sehingga tambahan enam jam seminggu akibat kekurangan guru di sekolahnya Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Mohd Azmi 51 berkata sekolah tem...
Penjelasan Kepsek Man 1 Pemekasan Usai Viral Pengakuan Guru Dimutasi Karena Protes Toilet Berbayar

Penjelasan Kepsek Man 1 Pemekasan Usai Viral Pengakuan Guru Dimutasi Karena Protes Toilet Berbayar

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 174 hits
Kepala Sekolah MAN 1 Pemekasan akhirnya buka suara terkait mutasi guru yang memprotes toilet berbayar
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Delicious Yoshida Beef Jerky Recipe

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

China Displays Five New Ucavs

Sedarkah Kita Syirikkan Allah

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Kalau Tak Kemas Mesti Tak Jumpa

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Telefilem Jersi 45

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Minda Segar Jiwa Yang Bertumbuh