Wujud Syor Beri Gigi Kepada Spr Gigit Parti Politik




PUTRAJAYA: Terdapat dua syor daripada Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang mencadangkan lebih kuasa diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menegur dan memantau parti-parti politik dalam pilihan raya.
Dua syor itu adalah pemindahan fungsi pendaftaran parti politik kepada SPR dan pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran dana awam kepada parti politik.
Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, syor-syor berkenaan memberi sedikit peranan kepada SPR untuk mengawal parti-parti politik dan menentukan hukuman jika terdapat parti politik melakukan kesalahan.
Katanya, syor itu seperti memberi ‘gigi’ kepada SPR untuk ‘menggigit’ mana-mana parti yang melanggar undang-undang pilihan raya.
“Dalam syor-syor ini, terdapat elemen hukuman atau denda dari SPR di dalamnya. Kita bukan hendak merendahkan fungsi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), ROS telah melaksanakan tugas mereka. Tetapi saya tidak fikir ROS boleh buat (menegur) parti politik sewaktu pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kajian ERC mengambil masa selama dua tahun dengan 49 syor dikemukakan.
Laporan syor-syor tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Menara Parlimen, pagi tadi.
Tambah Ab. Rashid, dalam syor berkenaan, SPR diberi kuasa untuk memantau transaksi kewangan dan juga penyaluran dana-dana awam ke mana-mana parti politik. 
“Saya rasa, ini masanya selepas 63 tahun kita merdeka, jika kita buat perkara ini, ia amat bagus. Satu fungsi baharu untuk SPR.
“SPR boleh memeriksa perbelanjaan tahunan dan mengenal pasti dari mana dana diperoleh dan tempat salurannya. Kita tidak mahu terdapat parti yang memperoleh dana sebegitu banyak dan menggunakannya untuk memenangi pilihan raya,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Ab. Rashid mencadangkan kerajaan membantu dari segi peruntukan dana kepada parti-parti politik.
Hal ini kerana terdapat 50 parti yang masih aktif berada dalam senarai SPR.
Beliau memberitahu, pihaknya mahu dana kerajaan dapat membantu menghidupkan demokrasi. 
“Mereka (50 parti politik) masih aktif. Tetapi, berfungsikah mereka dalam pilihan raya?. Jadi, kita hendak tentukan bahawa dana kerajaan bantu menghidupkan demokrasi dan merancakkan kehidupan demokrasi,” ujarnya.

#Sumber :   – UTUSAN  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/wujud-syor-beri-gigi-kepada-spr-gigit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Situasi Politik Cair Sejak Mac Spr Sedia Kemungkinan Pru15 Azmi Sharom

Situasi Politik Cair Sejak Mac Spr Sedia Kemungkinan Pru15 Azmi Sharom

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 213 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Dr Azmi Sharom berkata sejak pertukaran kerajaan pada Mac lalu situasi politik Malaysia cair maka SPR perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Jadi dari segi kemungkinan PRU rea...
Syed Saddiq Akan Tubuh Parti Politik Baharu

Syed Saddiq Akan Tubuh Parti Politik Baharu

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 520 hits
Media melaporkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menubuhkan parti politik baharu Di antara alasan Saddiq ialah sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang lama Tidak pasti sama ada kenyataan Saddiq itu ditujukan...
Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik

Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 488 hits
KUANTAN Isu pencerobohan tanah kerajaan untuk penanaman durian Musang King di Raub sepatutnya tidak dipolitikkan oleh mana mana pihak Demikian kenyataan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli mengulas perkembangan terbaharu kes ini Jika ...
Keputusan Terkini Untuk Kembali Aktif Dalam Parti Politik Berdasarkan Semangat Hijrah Nabi Muhammad Saw

Keputusan Terkini Untuk Kembali Aktif Dalam Parti Politik Berdasarkan Semangat Hijrah Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 370 hits
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam Pertama memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada t...
Masalahnya Perasuah Pelobi Penyangak Perompak Politik Masih Gila

Masalahnya Perasuah Pelobi Penyangak Perompak Politik Masih Gila

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 310 hits
Ini masa malaysia mengatur semula ekonomi ini masa malaysia melihat semula kebergantungan kepada pendatang asing ini masa malaysia menilai semula kebergantungan kepada barangan import ini masanya malaysia memupuk semangat kendiri rakyat mal...
Turki Tegas Tolak Bangkitkan Khilafah Islam Akp Propaganda Itu Sabotase Politik

Turki Tegas Tolak Bangkitkan Khilafah Islam Akp Propaganda Itu Sabotase Politik

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 276 hits
Film Jejak Khilafah di Nusantara yang ramai dibincangkan publik mengetengahkan khilafah dan mengaitkannya dengan Turki Utsmani Sementara di Turki diskursus khilafah sebagai propaganda adalah narasi yang minor Pada Juli lalu misalnya Partai ...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun