Wow Ini Rupanya Kelebihan Khasiat Taugeh


 Wow! Ini Rupanya Kelebihan & Khasiat Taugeh (Betul-Betul Mengejutkan) | Abang bukan seorang yang gemarkan sayur taugeh. Bila pesan makanan seperti mee goreng atau kuey teow goreng, selalunya memang wajib ada taugeh dalam menu ini dan abang antara orang yang kurang suka bila taugeh bersepah dalam pinggan. 

Abang akui Taugeh amat popular dalam masakan terutama kuetiau goreng dan seumpamanya kerana tanpa adanya taugeh rasanya kurang enak tapi apa nak buat, memang abang kurang gemar dengan taugeh ni. Mungkin disebabkan rupa bentuknya kot.... lagi satu abang rasa malas nak kunyah taugeh yang seakan bersepah di dalam mulut. Macam ganggu jer. 




Walaubagaimanapun, isteri abang seorang yang sangat sukakan taugeh. Isteri sering jadikan taugeh sebagai satu makanan yang perlu ada dalam diet beliau. Bila abang tanya kenapa suka sangat dengan sayur taugeh ni? Jawapannya kerana manfaat sayur taugeh sangat banyak dan penting untuk tubuh. Disebabkan rasa kurang yakin maka abang rajinkan diri untuk Google. Macam tak percaya je taugeh ni ada banyak khasiat! 

Lepas godek godek di internet, eh tak sangka rupanya memang betul taugeh ini ada pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu (termasuk diri abang sendiri). Tak sangka rupanya antara khasiat makan taugeh selalu boleh membantu kesuburan suami dan isteri. Jika selama ini, macam-macam usaha nak dapatkan zuriat tak berjaya maka bolehlah cuba amalkan makan taugeh selalu dalam diet seharian. Eh adakah kerana isteri suka makan taugeh maka anak abang boleh capai sampai 6 orang ni? Hahahaha... (tetiba jadi terfikir...)

Tauge ini juga bukan setakat baik untuk wanita sahaja. Tapi baik untuk semua (lelaki dan perempuan) dan elok untuk di makan oleh semua peringkat usia juga. Cuma apakan daya, bila sebut pasal taugeh/tauge ni mesti ada yang tak suka dengan makanan ni, terutamanya golongan kanak-kanak.





Inilah Khasiat Sebenar Sayur Taugeh Yang Ramai Orang Tidak Tahu


Tauge ini adalah tunas atau anak benih yang baru bercambah daripada kacang hijau. Tauge ini boleh dicambahkan dengan cara yang sangat mudah. Kerana itu ia boleh menjadi sejenis sayuran yang popular dan boleh dimakan mentah atau sesudah masak. Taugeh ini juga sangat popular di dalam menu makanan semua negara terutamanya untuk Korea. Sedar ataupn tidak tauge ini mempunyai banyak khasiat seperti :

1. Kaya protein 
Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

2. Kaya enzim 
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

3. Kaya serat 
Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu kita mengawal berat badan.

4. Kaya antioksidan 
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

5. Kaya asid lemak 
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika kita mengambil taugeh sebagai alternatif

6. Kaya vitamin 
Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan kita sendiri. Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh?

Ternyata walaupun sayur taugeh ini ramai yang kurang gemar tapi sebenarnya sayur ini sangat bagus untuk semua. Abang sendiri nampaknya akan mula buka hati untuk makan tauge walaupun sebelum ni rasa berbelah bagi. Lepas ni kalau nampak sayur tauge yang digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan seperti kuetiau goreng, mihun goreng dan mi goreng, kenalah makan dan tidak hanya tinggalkan di tepi pinggan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.abangrock.com/2019/08/taugeh-ada-banyak-kelebihan-khasiat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Inilah Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Orang Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 1761 hits
Khasiat Dan Kelebihan Sayur Sawi Yang Ramai Tidak Tahu Jenis sayur kat Malaysia ni memang banyak Kalau nak di sebut satu satu memang tak boleh nak sebut semuanya sekali Banyaknya sayur kat pasaran hinggakan ada yang abang sendiri tak kenal ...
Pajeri Terung Vs Pajeri Nenas Kedua Duanya Pun Ada Kelebihan Rasa

Pajeri Terung Vs Pajeri Nenas Kedua Duanya Pun Ada Kelebihan Rasa

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 298 hits
Lauk pajeri memang kesukaan sepanjang zaman Makan dengan nasi panas memang tak perasanlah dah makan berapa pinggan Kerisik dan rempah ratus adalah faktor penyebab hidangan ini cukup wow Selain dari aromanya yang wangi semerbak anda boleh me...
Kelebihan Di Laman Sendiri

Kelebihan Di Laman Sendiri

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 296 hits
Skuad negara mahu gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan menuai sebanyak mungkin emas dalam Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Para Malaysia 2019 Ia sebagai persiapan menghadapi Sukan Para Asean 2020 JOHORTIMES MY Please Subscribe t...
Ini Khasiat Kecantikan Yang Dikandung Buah Ceri

Ini Khasiat Kecantikan Yang Dikandung Buah Ceri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 480 hits
Nutrisi kecantikan yang dikandung buah ceri antara lain antioksidan vitamin dan cairan pelembap
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Puluh

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Puluh

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 251 hits
Picture source google imageKelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluhAllah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman Nya Wahai hambaku makanlah segala jenis buah buahan yang Engkau ingini u...
Ketum Mudarat Atau Khasiat Mhi

Ketum Mudarat Atau Khasiat Mhi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 223 hits
Malaysia Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik berkenaan hal ehwal semasa kesihatan serta isu isu viral untuk menjana pemikiran masyarakat MalaysiaHariIni MHI Tonton episod penuh di htt...
Khasiat Pokok Bunga Teratai

Khasiat Pokok Bunga Teratai

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1100 hits
Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan teratai juga memiliki khasiat sebagai ubat ubatan Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar daun hingga biji Tahukah anda yang akar ter...
Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia

Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1049 hits
Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan Hilang emak hilang saudara Kerana kasih hamba turutkan Haa siapa masih ingat lagi pantun melayu lama tu Tapi persoalannya di sini apakah itu buah bidara Bagaimana rupanya Bagaimana rasany...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas