Wkb 2030 Antara Inisiatif Paling Menonjol Ph


BERITA

BernamaDiterbitkan Hari ini 8:30 pagi

Tahun ini menyaksikan kerajaan PH memperkenalkan pelbagai inisiatif dan perancangan yang difokuskan kepada kesejahteraan serta sosioekonomi rakyat.

Paling menjadi tumpuan adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), yang dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 5 Okt lepas yang berperanan sebagai naratif baru pembangunan untuk menstruktur ekonomi agar semua rakyat menikmati taraf hidup yang wajar menjelang 2030.

Fokus WKB 2030 ialah untuk mewujudkan ekonomi yang boleh mencapai pertumbuhan seimbang dan mampan, selain pengagihan kekayaan yang adil serta sama rata dalam semua kumpulan pendapatan, etnik, wilayah geografi dan rantaian bekalan.

Ia menggariskan tujuh teras strategik iaitu penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan dan industri negara; mengenal pasti dan mempelopori sektor pertumbuhan baru serta bidang keberhasilan utama baru melalui pelaburan strategik; reformasi bakat dan sumber tenaga negara; memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja; memperkukuhkan kesejahteraan sosial; pembangunan wilayah yang inklusif; dan peningkatan modal sosial masyarakat.

Melalui tujuh keutamaan itu, WKB 2030 menjadi penggerak strategik kerajaan dalam merealisasikan matlamat membawa negara ini menjadi lebih kompetitif dan maju, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat dengan menyediakan taraf hidup lebih makmur bagi setiap lapisan masyarakat.

Selain itu, Putrajaya akan mengambil kira pandangan kerajaan negeri dalam usaha merapatkan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain WKB 2030, terdapat beberapa lagi inisiatif atau dasar baru diperkenalkan PH melalui pelbagai kementerian dengan menjadikan ia sebagai tunjang utama semasa merangka dasar.

Antaranya ialah Dasar Pengangkutan Negara, Dasar Kebersihan Negara, Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Dasar Komuniti Negara dan Dasar Keusahawanan Nasional.

Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 akan memastikan Malaysia kekal menjadi lokasi mesra perniagaan, memenuhi keperluan industri dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam industri pengangkutan.

Dasar Kebersihan Negara yang dilancarkan 3 Nov pula adalah sebagai garis panduan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bersih dalam usaha mencapai taraf negara maju dengan memberi tumpuan kepada kebersihan, kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar.

Dasar itu memfokuskan lima kluster, iaitu kesedaran mengenai kebersihan; kelestarian alam sekitar; ekonomi kitaran; tadbir urus dan penguatkuasaan serta modal insan yang berkualiti dan berkemahiran.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara yang dilancarkan pada 27 Feb lepas pula bertujuan melindungi hak asasi pekerja untuk mendapatkan persekitaran pekerjaan yang selamat, sihat dan kondusif.

Matlamat dasar berkenaan ialah untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi pengurusan risiko yang mampan di tempat kerja dalam melindungi majikan dan pekerja Malaysia di samping meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

Sementara itu, bagi mewujudkan komuniti yang mempunyai anggota masyarakat berdaya saing dan memiliki satu perasaan kebersamaan bagi membolehkan komuniti hidup dalam keadaan harmoni, sejahtera dan cemerlang, kerajaan turut memperkenalkan Dasar Komuniti Negara.

Ia adalah satu inisiatif untuk memastikan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan dengan cara holistik serta sebagai pelengkap kepada dasar-dasar pembangunan fizikal yang ada sebelum ini.

Dasar Keusahawanan Nasional pula bertujuan meletakkan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan tulen menjelang 2030.

Objektif Dasar Keusahawanan Nasional itu antara lain mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan.

Ia juga bertujuan meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan serta mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan serta industri kecil dan sederhana.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/wkb-2030-antara-inisiatif-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Paling B0doh Netizen K0men Vide0 Baling Telur Dan R0sakkan Kek Untuk Prank Anak Ketika Birthday

Ibu Bapa Paling B0doh Netizen K0men Vide0 Baling Telur Dan R0sakkan Kek Untuk Prank Anak Ketika Birthday

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 707 hits
Budak budak mana yang tak suka sambut birthday kan Bagi yang berkemampuan ibu bapa mereka mesti akan buat party khas dan jemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk raikan hari istimewa ni Ibu Bapa Paling B0doh Netizen K0men Vide0 Bal...
8 Lokasi Selam Skuba Paling Wow Di Malaysia

8 Lokasi Selam Skuba Paling Wow Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 388 hits
8 Lokasi Selam Skuba Paling Wow Di Malaysia Aktiviti selam skuba di Malaysia cukup terkenal di peta dunia memandangkan negara kita dikurniakan khazanah alam dan laut dalam yang indah terutama di kawasan timur Semenanjung serta di Sabah Mala...
Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 631 hits
Kanak kanak memang suka sambut birthday kan Bagi ibu bapa yang berkemampuan mereka pasti akan buat parti khas dan menjemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk sama sama meraikan hari istimewa ini Tetapi lain pula yang jadi dengan se...
Bife Charcoal Steakhouse Churassco Buffet Paling Murah Di Kuala Lumpur

Bife Charcoal Steakhouse Churassco Buffet Paling Murah Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 668 hits
Dah lama tidak makan daging bakar sotong bakar dan semua yang berkonsep bakar atas arang ni Baru baru ini Ruby telah ke restoran yang baru beroperasi
Counterpoint Research Iphone Xr Adalah Peranti Paling Popular Walaupun Sudah Hampir Ke Tahun 2020

Counterpoint Research Iphone Xr Adalah Peranti Paling Popular Walaupun Sudah Hampir Ke Tahun 2020

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 356 hits
https ift tt 39dRWV0 iPhone XR adalah peranti kelas pertengahan Apple Ini kerana ia dijual lebih murah dari iPhone iPhone lain dan adalah peranti iPhone yang boleh dikira murah sejak iPhone SE dilancarkan iPhone XR dilancarkan pada tahun le...
Sambut Anniversary Ke 80 Suami Isteri Ini Diiktiraf Pasangan Paling Tua Di Dunia

Sambut Anniversary Ke 80 Suami Isteri Ini Diiktiraf Pasangan Paling Tua Di Dunia

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 349 hits
Sepasang suami isteri yang berasal dari Texas Amerika Syarikat telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke 80 mereka pada seminggu yang lalu Suami bernama John Henderson 106 dan isterinya Charlotte berusia 105 tahun telah diangkat oleh Buku ...
Ceo Vietjet Rakyat Vietnam Tunggal Tersenarai 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia 2019 Oleh Forbes

Ceo Vietjet Rakyat Vietnam Tunggal Tersenarai 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia 2019 Oleh Forbes

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 464 hits
Presiden dan CEO Vietjet Ms Nguyen Thi Phuong Thao telah disenaraikan di antara 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia oleh Forbes susulan daripada senarai wanita paling berkuasa di Asia Ms Nguyen Thi Phuong Thao merupakan satu satunya wanita ...
Nurfatima Borak Santai Terakhir Untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2019 Persembahan Paling Diingati

Nurfatima Borak Santai Terakhir Untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2019 Persembahan Paling Diingati

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 332 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Lembut Ringan Dadih Makanan Paling Pantas Nak Sediakan Untuk Anak 3 Bahan Je

Lembut Ringan Dadih Makanan Paling Pantas Nak Sediakan Untuk Anak 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 421 hits
Salah satu resipi yang paling senang disediakan untuk anak anak kita adalah dadih Strukurnya yang ringan lembut dan manis ini buat anak suka Hendak membuatnya pun amatlah senang Ia memudahkan ibu yang mengejar masa Bukan senang saja paling ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Pemuda Amanah Gesa Banteras Idealogi Ekstrimis Hingga Ke Akar Umbi

Ada Beberapa Fakta Menarik Dlm Data Ini

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit

5 Pilihan Laptop Desain Grafis Dibawah 10 Juta Paling Worth It

Designing The New Model 3 Performance