8 Lokasi Selam Skuba Paling Wow Di Malaysia


8 Lokasi Selam Skuba Paling ‘Wow’ Di Malaysia! Aktiviti selam skuba di Malaysia cukup terkenal di peta dunia memandangkan negara kita dikurniakan khazanah alam dan laut dalam yang indah terutama di kawasan timur Semenanjung serta di Sabah.
BACA: ‘Rumput Karpet’ 1 Lagi Lokasi Wajib Untuk Kaki Gambar Viral!
Malah, tak dinafikan ada pelancong datang ke Malaysia hanya semata-mata untuk melakukan aktiviti selam skuba kerana bagi mereka lokasi menyelam di negara ini ibarat ‘syurga’ yang tiada di negara lain. Jadi, jom kita tengok senarai lokasi selam skuba yang paling ‘Wow’ dekat Malaysia.
1. Pulau Sipadan, Mabul & Kapalai (Sabah)
Tiga pulau serangkai ini digelar sebagai tapak selam skuba terbaik di Malaysia, malah Pulau Sipadan dinobat sebagai destinasi ke-5 terbaik dunia! Ketiga-tiganya disenaraikan sekali kerana ramai penyelam yang suka ‘sekali jalan’ ke pulau-pulau ini.
Pulau ini dihuni lebih 3,000 spesies ikan dan 100 terumbu karang, menjadi persinggahan penyu sisik dan belimbing untuk bertelur serta mempunyai santuari burung. Bagi memelihara khazanah alamnya, di Sipadan contohnya, hanya membenarkan 120 penyelam skuba sehari untuk meneroka keindahan pulau tersebut.
2. Pulau Layang-Layang (Sabah)
Pulau ini juga dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang kerana ia merupakan pulau buatan manusia yang dibina daripada konkrit di atas beting pasir besar. Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut.
Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagik) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam.
3. Pulau Lankayan (Sabah)
Pulau Lankayan terletak 15 kilometer dari Sandakan. Lankayan ibarat ‘syurga’ buat penyelam skuba kerana pulau ini kaya dengan hidupan marin mikro seperti nudibranches, prawn gobies dan coral shrimps. Namun, ramai yang mengunjungi pulau ini kerana tertarik dengan whale shark dan penyu hijau serta hawkbill yang mendiami dasar lautnya.
4. Pulau Redang, Perhentian & Tenggol (Terengganu)
Pulau-pulau di Terengganu sememangnya terkenal dengan keindahan pantai serta ekosistem dasar laut yang mengagumkan. Di Redang dan Perhentian juga mempunyai banyak tapak selaman sempurna untuk golongan yang ingin mengikuti kursus menyelam skuba. Malah, harganya antara yang termurah di Malaysia.
5. Pulau Tioman (Pahang)
Pulau Tioman adalah satu pulau yang kecil di negeri Pahang. Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkelling.
6. Pulau Payar (Kedah)
Pulau Payar antara 42 pulau di Malaysia yang diwartakan Taman Laut pada 1989 dan sering menerima kunjungan pelancong. Ia terletak kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari Kuala Kedah dan sejam perjalanan dari Pulau Langkawi.
Pulau ini sering menjadi pilihan untuk aktiviti menyelam dan snorkeling kerana dikelilingi terumbu karang berwarna-warni dengan airnya yang membiru. Malah, jangan terkejut kalau ada yang terserempak ikan yu sirip hitam bebas berenang tanpa sebarang ancaman. Selain kehadiran pelbagai jenis ikan menemani pelancong menyelam sambil menikmati keindahan terumbu karang.
7. Pantai Kemasin & Pantai Sabak (Kelantan)
Jika pulau lain digemari para penyelam skuba kerana kaya dengan khazanah dasar laut yang menakjubkan, lain pula ceritanya dengan 2 destinasi menyelam popular di Kelantan ini yang penuh dengan sejarah luar biasa.
Sebuah rangka kapal pengangkut tentera Jepun dalam Perang Dunia ke-2, ‘Awajisan Maru’ telah tenggelam di dasar laut perairan Pantai Sabak manakala banyak tukun tiruan yang melambangkan identiti budaya Kelantan seperti gong, rebana ubi, congkak, beca dan terumbu karang payung ada di Pantai Kemasin.
8. Blue Hole, Lahad Datu
‘Blue Hole’ atau Lubang Biru berkembar ini merupakan penemuan terbaru yang diumumkan bulan lepas dan dijangka menjadi tapak selam skuba ikonik dunia! Terletak di Terumbu Tingkayu yang hanya mengambil masa 30 minit menaiki bot dari Teluk Darvel, Lahad Datu — Blue Hole adalah satu kawasan seperti lagun dan memiliki paras kedalaman sekitar 15 meter atau 45 kaki.
Ia berada di tengah laut dan jauh dari persisir pantai serta kaya dengan terumbu karang yang cantik dan sihat. Menyelam skuba di sini bakal memberikan satu pengalaman mempesonakan seakan-akan seperti menyusuri permatang gunung di permukaan laut.
Sumber: The Kaki Cuti
The post 8 Lokasi Selam Skuba Paling ‘Wow’ Di Malaysia! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/8-lokasi-selam-skuba-paling-wow-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Paling Rare Di Tasik Kenyir Terengganu Permata Malaysia Yang Wajib Kita Jaga

Percutian Paling Rare Di Tasik Kenyir Terengganu Permata Malaysia Yang Wajib Kita Jaga

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 423 hits
Tak sangka Malaysia ada tempat secantik Tasik Kenyir Sejujurnya bila kami datang ke Tasik Kenyir dengan Kenyir Square Houseboat ianya adalah satu pengalaman yang jujurnya kami katakan TERBAIK Bayangkanlah keindahan alam ikan ikan yang fresh...
Netizen Tergilakan Corndog Cikitang Cheese Tarik Paling Panjang Di Malaysia

Netizen Tergilakan Corndog Cikitang Cheese Tarik Paling Panjang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1397 hits
Ohmedia tartanya jugak la apa yang best sangat dengan corndog dekat Cikitang ni sampai jadi trending gila Alang alang dekat Melaka haritu sempat la Ohmedia cuba corndog dekat situ sebab ramai kata cheese yang Cikitang pakai ni lain dari yan...
Google Malaysia Memperlihatkan Terma Carian Paling Popular Sepanjang 2019

Google Malaysia Memperlihatkan Terma Carian Paling Popular Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 408 hits
https ift tt eA8V8J Google Malaysia hari ini telah memperlihatkan terma terma carian paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2019 dimana salah satu kategorinya ialah terma carian Diantara kategori kategori lain yang ditunjukkan termasukl...
Iphone 11 Dan Huawei P30 Adalah Antara Gajet Paling Dicari Di Google Malaysia Sepanjang 2019

Iphone 11 Dan Huawei P30 Adalah Antara Gajet Paling Dicari Di Google Malaysia Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 483 hits
https ift tt eA8V8J Google Malaysia hari ini telah pun mengeluarkan senarai carian terhangat mereka untuk tahun 2019 ini Ia meliputi pelbagai kategori berbeza termasuk berkaitan dengan carian gajet paling popular sepanjang 2019 ini Melalui ...
Bursa Malaysia Paling Teruk Bawah Ph

Bursa Malaysia Paling Teruk Bawah Ph

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 397 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR TAJUK akhbar The StarBiz pagi ini menyebut Bursa ripe for rebound Kononnya pasaran saham Bursa Malaysia dijangka pulih dan lonjak kembali menjelang 2020 Saya yakin para pelabur sama ada yang kecil mahupun pelabur i...
Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini

Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 347 hits
Pernah tak anda teringin untuk melancong ke sebuah lokasi percutian yang unik dan lain daripada yang lain Mungkin ada yang belum pernah terdengar lagi tentang Lanzhou wilayah Gansu di China ini Untuk yang belum familiar dengan tempat ini ja...
Pink Lady Fragrance Mist Body Mist Paling Best Malaysia

Pink Lady Fragrance Mist Body Mist Paling Best Malaysia

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1529 hits
Salam dan Hi Pink Lady baru baru ni ada launch satu lagi product yang sangat best untuk yang nak tampil segar dan wangi iaitu Pink Lady Fragrance Mist Perfume atau Body Mist ni memang sangat sangat best sebab didatangkan dengan enam haruman...
The Butterfly Project Malaysia S Christmas Party Gets Prettier With Dolly Wink

The Butterfly Project Malaysia S Christmas Party Gets Prettier With Dolly Wink

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 383 hits
The Butterfly Project Malaysia s Christmas Party Gets Prettier with Dolly Wink When Mamasan Tammy Lim announced that there will be a Christmas Party coming our way and it s a collaboration with a huge name in Japan s Beauty scene I was alre...
Rakyat Malaysia Banyak Mengeluh Banyak Lemak

Rakyat Malaysia Banyak Mengeluh Banyak Lemak

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 473 hits
Rakyat Malaysia khusus Melayu mungkin boleh diiktiraf manja lembek dan lemak dengan korup Jangan sebut malas Melenting pula sebahagiannya Terlalu bergantung harap disuap kerajaan Kita masih di zon selesa belum ada tekanan atau sekatan antar...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas