Wisma Putra Dapatkan Penjelasan Duta Isu Sumbangan Masjid Al Aqsa


PUTRAJAYA, 20 FEB: Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berhubung isu sumbangan untuk Masjid Al-Aqsa, Palestin.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata satu pertemuan dengan Duta Besar Palestin itu telah diadakan hari ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.

Menurut Wisma Putra, Duta Besar Palestin itu berkata kenyataannya dibuat berdasarkan rekod daripada pihak pengurusan Masjid Al-Aqsa sejak 2018.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat membuktikan sama ada kutipan derma telah dibuat khusus untuk disalurkan kepada Jabatan Wakaf Masjid Al-Aqsa yang diuruskan oleh kerajaan Jordan,” kata Wisma Putra.

Walid pada 18 Februari dilaporkan berkata sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa tidak sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir oleh Kementerian Wakaf Jordan.

Susulan itu, sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam kerja kebajikan rakyat Palestin dilaporkan menuntut duta negara berkenaan memohon maaf berikutan kenyataannya itu. Malah, mereka juga mendesak Walid menarik balik kenyataan itu jika tidak dapat memberikan bukti.

Wisma Putra dalam pada itu berkata ia turut mengambil maklum kenyataan NGO yang antara lain menyatakan dana kutipan rakyat Malaysia dan bantuan kepada rakyat Palestin disalurkan terus melalui rakan-rakan NGO masing-masing di Palestin.

Sumbangan itu turut melibatkan bantuan kepada penduduk Palestin di sekitar Masjid Al-Aqsa terutama pada bulan Ramadan.

“Kementerian Luar (Wisma Putra) menyokong dan menghargai usaha-usaha murni yang telah dilaksanakan oleh badan-badan bukan kerajaan di Malaysia dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat Palestin yang meliputi bantuan kewangan, makanan, perubatan, pendidikan dan lain-lain,” katanya.

Wisma Putra berkata ia mempunyai hubungan baik dengan beberapa NGO dan sentiasa memudah cara serta membantu usaha mereka dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Kementerian Luar itu juga menggalakkan badan bukan kerajaan yang lain untuk turut mendapatkan kerjasama kementerian bagi melestarikan bantuan dari Malaysia untuk rakyat Palestin, katanya.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kebebasan dan mencapai kemerdekaan.

“Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang masih dijajah dan ditindas oleh rejim Israel di wilayah-wilayah Palestin di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis, dan juga Semenanjung Gaza,” katanya.

– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/02/wisma-putra-dapatkan-penjelasan-duta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Yuran Pibg Hanya Sumbangan Bukan Wajib Bayar Rupanya Pekeliling Pibg Dah Dikeluarkan Sejak 1989

Isu Yuran Pibg Hanya Sumbangan Bukan Wajib Bayar Rupanya Pekeliling Pibg Dah Dikeluarkan Sejak 1989

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 379 hits
Isu Yuran PIBG Hanya Sumbangan Bukan Wajib Bayar Rupanya Pekeliling PIBG Dah Dikeluarkan Sejak 1989Sebab itulah bila timbulnya isu yuran PIBG maka ramailah yang mula bersuara Apa yang kita perlu faham tentang yuran PIBG ini ialah ianya adal...
Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa

Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 413 hits
Tuduhan bahawa dana daripada NGO NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al Aqsa secara umum tanpa penjelasan terperinci adalah fitnah yang keji dan berniat jahat Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan m...
Sumbangan Al Aqsa Tak Sampai Siasat Angkara Siapa

Sumbangan Al Aqsa Tak Sampai Siasat Angkara Siapa

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 379 hits
PRESIDEN Muslim Care Malaysia Zulkifili Wahijan pada sidang media di Pejabat Muslim Care Malaysia hari ini Foto Asyraf HamzahSumbangan al Aqsa NGO Malaysia tuntut duta mohon maafGOMBAK Sepuluh badan bukan kerajaan yang terbabit dalam kerja ...
Wisma Putra Pejabat Kedutaan Malaysia Di China Terus Beroperasi

Wisma Putra Pejabat Kedutaan Malaysia Di China Terus Beroperasi

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA 7 FEB Pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia di China akan terus memberi bantuan khidmat konsular kepada rakyat Malaysia dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu susulan penularan koronavirus 2019 di republik te...
Isu Kerajaan Baru Selesai Isu Siapa Ganti Mahathir Selesai

Isu Kerajaan Baru Selesai Isu Siapa Ganti Mahathir Selesai

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 358 hits
Apakah lim guan eng masih cuba sabotaj ejonomi supaya Mahathir dipandang buruk dan dibenci Apakah prestasi pak menteri ditahap yang tinggi
Isu 6 Kotak Ezam Biar Saya Jelaskan Hamdan Taha

Isu 6 Kotak Ezam Biar Saya Jelaskan Hamdan Taha

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 354 hits
Isu kotak saudara Ezam Mohd Noor dan pemuda keadilan tahun 99 2001Saya tolong jawap lah ye walaupun sudah berkali kali di jawap perkara ini saya terpanggil tolong jawap kerana saya antara orang yang terlibat perkara ini Isu nya apa 6 kotak ...
Isu Peralihan Kuasa Bukan Bicara Soal Dewan Rakyat

Isu Peralihan Kuasa Bukan Bicara Soal Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 374 hits
Bayangkan sebaik sahaja kita menang di dalam PRU14 dahulu Wan Azizah pun berkata Kita akan tunai janji untuk Tun M menjadi PM tetapi terpulang kepada Agong Agak agak siapa PM sekarang Kita mahu ingatkan Tun soal peralihan kuasa adalah soal ...
Pemahaman Perlembagaan Umno Dan Kuasa Majlis Kerja Tertinggi Umno Dalam Isu Pemecatan Keahlian Umno

Pemahaman Perlembagaan Umno Dan Kuasa Majlis Kerja Tertinggi Umno Dalam Isu Pemecatan Keahlian Umno

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 354 hits
Tulisan Datuk atau Sang Kelembai Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggunakan kuasa tanpa ada Fasal dalam Perlembagaan UMNO kuasa memecat keahlian Ahli UMNO tanpa melalui proses Lembaga Disiplin Dimana kuasa memecat keahlian dalam bidang kuasa A...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust