Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa


Tuduhan bahawa dana daripada NGO-NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al-Aqsa, secara umum tanpa penjelasan terperinci, adalah fitnah yang keji dan berniat jahat. Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan modus operandi NGO-NGO di Malaysia.


Pertamanya, majoriti NGO-NGO ini tidak mensasarkan kutipan sumbangan ke Masjid Al-Aqsa atau Tebing Barat secara am, malah menumpukan kepada Gaza, dengan sebab-sebab yang akan saya terangkan di bawah.

Keduanya, tidak ada syarat yang diletakkan mana-mana pihak bahawa sumbangan yang hendak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau Palestin secara am perlu melalui Kementerian Wakaf yang dipertanggungjawabkan menjaga Al-Aqsa.

Justeru kenyataan yang lebih bijak dan diplomatik sepatutnya berbunyi, dana NGO Malaysia tidak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa atau dana NGO tidak disalurkan melalui Kementerian Wakaf, sebagai galakan berbuat demikian.

Misalnya, kalau berlaku banjir di Kelantan atau Terengganu, kerajaan-kerajaan negeri tersebut, tidak boleh menuduh bahawa berlaku penyelewengan bantuan am semata-mata kerana sumbangan tidak disampaikan kepada mangsa melalui agensi kerajaan yang mengurus bencana.

Malah, mana-mana pihak bebas menyampaikan bantuan samada melalui pihak ketiga atau terus kepada mangsa.

Isu Palestin adalah isu yang lama dan besar. Tetapi apabila isu tersebut signifikan hanya dengan krisis kemanusiaan dan perjuangan di Gaza, sehingga menyebabkan fokus media, solidariti dan bantuan kewangan hanya sampai ke Gaza, maka ada pihak yang perlu menjawab, kenapa penduduk Malaysia hanya mengenali Gaza?

Jawapan saya, ialah kerana pihak yang berada di Gaza, secara kolektif daripada penduduknya, kerajaannya (tanpa persoalan diiktiraf atau tidak), dan aktivisnya memainkan peranan yang sangat berkesan sehingga kemelut mereka dirasai dan dikongsi dengan masyarakat antarabangsa.

Tetapi, tidak ramai yang mengenali kesusahan penduduk yang berada di Tanah Jajahan 1948 dan di Tebing Barat.

Tidak ramai yang faham dengan proses normalisasi yang sedang giat berlaku sehinggakan sedikit demi sedikit negara luar mengiktiraf kewujudan negara haram tersebut tanpa disedari.

Tidak ramai yang menyedari bagaimana demografi Kota Al-Quds berubah dengan mendadak setelah puluhan ribu penduduk asal terpaksa berhijrah akibat tidak mampu membayar cukai yang bernilai puluhan ribu ringgit setahun yang dikenakan oleh kerajaan Zionis, dipaksa merobohkan rumah dengan tangan sendiri dan dilarang dibesarkan rumah sehingga puluhan anggota tinggal di dalam ruang kecil.

Malah, dukacitanya masih banyak pihak yang mendabik dada bangga bahawa ziarah mereka ke Al-Aqsa sebagai pelancong membantu ekonomi penduduk kerana menginap semalam dua di hotel penduduk tempatan dan membeli cenderahati dari mereka.

Kalau jahil, silakan bertanya, jangan tegakkan benang yang basah.

Waktu ini bukan masa yang sesuai untuk mencari lawan. Ia waktu untuk menyusun semula saf dan memperbetulkan barisan berdepan musuh yang tidak berpecah-belah.

Berbanding mencari salah dan menuding jari, lebih baik mencari jalan menyatukan paksi yang banyak di dalam barisan Palestin - yang menyebabkan pendokong kalian muak - dan bersatu tatkala ummah sedia bersatu untuk kalian.

Daripada sibuk mengorek lubang baru, wujudkan gelombang bagaimana memaksa kepimpinan menghentikan kerjasama sekuriti dengan penjajah dan menoktahkan saki-baki Perjanjian Oslo dalam berdepan neo-Oslo iaitu Deal of The Century.

Saya telah bertemu dengan pihak yang melontar tohmahan ketika berada di Malaysia dan menasihati supaya mereka mengadakan pertemuan mahabbah bersama-sama dengan NGO tempatan dan membentuk kerjasama.

Pandangan yang sama juga telah saya berikan kepada pihak di kerusi sama sebelumnya, tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

Yang ada hanyalah tuduhan dan persoalan mengapa NGO-NGO Malaysia gemar bekerjasama dengan pecahan Palestin yang tidak diiktiraf dan mengapa kerajaan Malaysia sendiri menjalinkan hubungan dengan pihak terbabit yang 'tidak diiktiraf dunia'.

Kalau pun kami terlalu kecil dan usaha kami terlalu kerdil untuk dibentuk kerjasama, paling-paling kumpulkanlah mereka yang berusaha membantu anak bangsa kalian untuk bersilatur-rahim sebagai penghargaan.

Malaysia mempunyai sejarah panjang membantu perjuangan rakyat Palestin, daripada kerajaan sehinggalah kepada NGO dan rakyat marhaen.

Kami di PALM Strategic sendiri pernah menyiapkan kertas kerja berkaitan tajuk tersebut, sebagai tanda bangga bahawa kami merupakan sebahagian perjuangan pembebasan tanah milik ummah ini.

Perjuangan ini, adalah perjuangan ummah, perjuangan milik bersama yang tidak ada tuan atau pemilik.

Justeru itu, puluhan NGO bekerjasama di bawah payung Wisma Malaysia di sini untuk membantu dari segenap aspek dan sudut.

Dan kami akan terus membantu penduduk Palestin di Gaza, di Masjid Al-Aqsa, atau di mana sahaja bumi yang dijajah, sama ada melalui Kementerian Wakaf, secara terus kepada penduduk atau melalui mana-mana badan yang kami yakini sebagai jalan dan jambatan menyampaikan amanah tersebut, sehinggalah Kiblat Pertama ummah kembali ke tangan kita.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman,
PALM Strategic Initiatives Centre, Gaza.

Senarai NGO bersama:
Cinta Gaza Malaysia - CGMMAPIM: Malaysian Consultative Council for Islamic Organization.Iman Care.Warga Cakna.Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd Official.Serantau Muslim.Perdana Global Peace Foundation.Dana Kita.Sedekah Subuh.Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).
HAMAS Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Kewujudan pelbagai agensi yang mengutip dana di Malaysia dan menyerahkannya kepada pihak di Palestin memudahkan urusan dan melancarkan proses penyerahan.

Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh berkata, dengan banyaknya agensi, cakupan lebih meluas dan lebih ramai mendapat bantuan daripadanya.

"Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadi penyumbang tertinggi di antara negara lain," katanya ketika sidang media tertutup yang turut dihadiri wakil Aman Palestin pada 25 Januari 2020 lepas.

Ucapan beliau dikongsikan oleh Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Nik Muhammad Rafie di Facebook beliau, bagi menjawab persoalan mengapa dana Palestin dari Malaysia tidak disalurkan kepada satu agensi sahaja di Palestin.

Sebelum ini Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dilapor mendakwa bahawa sumbangan rakyat Malaysia untuk tujuan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa tidak sampai kepada pihak berkaitan di negara itu.

Katanya, keadaan ini dikesan sejak dua tahun lalu selepas pihaknya menerima maklumat tidak ada penyaluran sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk Masjid Al-Aqsa, meskipun banyak pihak mengutip dana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Umat Islam 'Diharamkan' Melawat Masjid Al-Aqsa?Kuil Sulaiman Dan Agenda Jahat Yahudi
sumber: ismaweb



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/dana-ngo-malaysia-ke-al-aqsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wisma Putra Dapatkan Penjelasan Duta Isu Sumbangan Masjid Al Aqsa

Wisma Putra Dapatkan Penjelasan Duta Isu Sumbangan Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 261 hits
PUTRAJAYA 20 FEB Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berhubung isu sumbangan untuk Masjid Al Aqsa Palestin Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata satu pertemuan dengan Duta B...
Usain Bolt Malaysia Raih Kejuaraan Berganda Di Ipoh

Usain Bolt Malaysia Raih Kejuaraan Berganda Di Ipoh

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 334 hits
IPOH 23 Feb Pelari yang diberi julukan Usain Bolt Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus cemerlang pada Kejohanan Olahraga Perak All Comers 1 apabila melakar kemenangan berganda dengan memenangi acara 100 meter di Stadium Perak di sini ha...
Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 494 hits
Hari ini sebuk perkatakan mengenai peralihan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan ketika ini dan tambahan lagi dengan kejutan beberapa parti sibuk mengadakan mesyuarat di beberapa lokasi Malah disaat ini satu Malaysia masih lagi berteka tek...
Jom Semak Sistem Semakan Online Pdrm Polis Diraja Malaysia

Jom Semak Sistem Semakan Online Pdrm Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 727 hits
Jom Semak Sistem Semakan Online PDRM Polis DiRaja Malaysia Kita sedia maklum bahawa pihak Polis Diraja Malaysia atau dikenali sebagai PDRM telah mereka dan menyediakan satu aplikasi mudah untuk anda membuat semakan terkini atau lama dengan ...
Kalendar Hijrah Bln Islam Malaysia 2020m 1441 1442h Tarikh Penting

Kalendar Hijrah Bln Islam Malaysia 2020m 1441 1442h Tarikh Penting

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 540 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 14 Januari 2020 jam 03 31 AM Berikut adalah senarai perincian bg Kalendar atau Takwim Islam
Anwar Akan Menghadap Ydp Agong Sejarah Apa Bakal Dicipta Malaysia Hari Ini

Anwar Akan Menghadap Ydp Agong Sejarah Apa Bakal Dicipta Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 401 hits
Kuala Lumpur Desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara semalam masih belum berakhir dan isu itu dijangka berterusan hari ini Ini berikutan beberapa program yang dijadual berlangsung hari ini antar...
Malaysia Korea Selatan Rai Ulang Tahun Ke 60 Hubungan Diplomatik

Malaysia Korea Selatan Rai Ulang Tahun Ke 60 Hubungan Diplomatik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR 23 FEB Malaysia dan Korea Selatan hari ini meraikan sambutan ulang tahun ke 60 hubungan diplomatik dengan pemimpin kedua dua negara saling merakamkan ucapan tahniah Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Yang di Pertuan A...
Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

Ekspo Teknologi Malaysia Unisel Raih Dua Emas Satu Anugerah Khas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM 23 FEB Skuad Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor menggondol dua pingat emas melalui kategori Anugerah Inovasi Pemuda Asia sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2020 Ekspo yang berlangsung di Pusat Dagangan Du...
Chinese Hunger For Durians Blamed For Deforestation In Malaysia

Chinese Hunger For Durians Blamed For Deforestation In Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 293 hits
Soaring demand for durians in China is being blamed for a new wave of deforestation in Malaysia with environmentalists warning vast amounts of jungle is being cleared to make way for massive plantations of the spiky pungent fruit Grown acro...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu