Isu 6 Kotak Ezam Biar Saya Jelaskan Hamdan Taha



Isu kotak saudara Ezam Mohd Noor dan pemuda keadilan tahun 99 -2001Saya tolong jawap lah ye walaupun sudah berkali kali di jawap perkara ini,saya terpanggil tolong jawap kerana saya antara orang yang terlibat perkara ini.
Isu nya apa 6 kotak itu...isunya adalah bahan bukti rasuah menteri menteri dan anak anak perdana menteri yang telah di siasat oleh BPR ketika itu di tahun 1998.
Antara yang di dedahkan di dalam kotak tersebut ialah kes rasuah yang melibatkan Rafidah Aziz menteri kerajaan umno ketika itu.
Kes Rahim Tamby Chik dan kes Mirzan yang terlibat di dalam menyelamatkan syarikat beliau di jual ke Petronas dan kes Perwaja. Kes Perwaja ini juga saya bangkitkan dalam perhimpunan agung pemuda tahun 98.
Setelah Sdr Ezam dan pemuda keadilan ketika itu membuat kenyataan dan tunjuk bukti dokumen rasuah yang ada lapuran BPR apa yang terjadi,Ezam dan 6 lagi kami di pemuda keadilan di tahan oleh pihak polis di bawah umno dan Dr M. Termasuk lah saya,rumah kami di geledah untuk mencari bahan bukti lain.
Kes yang kami dedahkan tidak di siasat langsung,sebaliknya kami di siasat. Ada di antara kami ditahan di dalam lokap dan di bawa ke mahkamah selepas beberapa hari.Ezam pula selepas di bebaskan beliau jelajah dan terus dedahkan penyelewengan menteri menteri dan anak perdana menteri Dr M bersama saya juga terlibat.
Akhirnya beliau dah 10 orang dari kami di tahan di bawah ISA atas isu pendedahan rasuah tersebut atau isu 6 kotak tersebut.Rumah di geledah untuk kali ke dua dan mereka mengambil semua bahan bukti tersebut. Ezam di bicarakan di atas OSA kerana mendedahkan bahan rahsia kerajaan walaupun bahan rahsia itu ialah dokumen rasuah para menteri.
Beliau di penjarakan dua tahun di penjara Kajang,beliau adalah orang pertama di Malaysia yang di dakwa dan di penjara dalam kes OSA atau pendedahan 6 kotak tersebut,selepas beliau belum ada lagi di penjara dalam kes OSA kerana Rafizi telah di bebaskan jika tidak Rafizi orang kedua.
Jadi jika ada yang masih bertanya dan bermain dengan isu itu adalah hanya sekadar menghina dan tidak betul betul ambil kira isu tersebut. Kerana 6 kotak itu telah pun di ambil pihak polis dan sebahagiannya telah pun di dedahkan. Tapi kerajaan ketika itu PM ialah Dr M tidak membenarkan perkara itu berlaku dan penjarakan siapa sahaja yang mendedahkannya.
Isunya di sini orang yang bertanya tetang isu 6 kotak itu benar benar faham ke isu itu. Apa jasa orang orang yang bertanya itu dalam memperjuangkan isu rasuah di dalam negara Malaysia ni. 
Apa kah sumbangan pihak yang bertanya itu dalam menegur pemimpin mereka dalam isu rasuah. Kami yang terlibat sekurang kurangnya berani berlawan ketika di dalam umno dan di luar umno.
Saya sendiri berani mempersoalkan isu Perwaja dan isu Mas di dalam perhimpunan agung umno sehingga membawa pemecatan saya. Jadi kadang kadang orang yang banyak mempersoalkan isu kotak itu berkata kata hanya sifat hati yang mahu menghina sahaja bukan kerana memahami isu.
Yang menariknya mereka yang banyak fail rasuah itu sekarang berada di dalam BERSATU . Dan mereka yang ada fail baru pula semua ada di dalam umno. Apa yang nak saya sampaikan ialah 6 kota itu seperti isu 1MDB lah juga. Masa itu bila orang PH dedahkan maka umno gunakan akta yang sama OSA sehingga Najib mendakwa Rafizi Ramli dalam kes yang sama sahaja seperti isu 6 kotak.
Latifah koya ketua pengarah SPRM  sekarang mendedahkan semua yang ada dalam kotak SPRM  kepada masyarakat termasuk audio Najib dan Rosmah. Kerana dia kerajaan dan Najib sudah tidak berkuasa maka tidak lah Latifa itu di dakwa. Cuba Najib PM dan Latifa dedahkan secara terbuka audio Najib....apa akan jadi pada Latifa agaknya masa itu....sudah tentu di tangkap...
Itu sebab saya benci Polis dan SPRM yang berpangkat di Malaysia ini. Mereka bukan mencari kebenaran tapi hanya lalat dan najis kepada siapa PM. Boleh kah kita bayangkan jika penganti Tun M nanti ambil tindakan kepada Tun M  dan keluarga ??.
Sudah pasti masa itu SPRM  dan Polis akan buat kenyataan kami ada bukti Tun M dan keluarganya  mempunyai kekayaan melampau batas dan ada terlibat salah laku. Jika itu berlaku bukan lagi 6 kotak tapi ada ribuan kotak.
Terima kasihHamdan Taha*gambar sekadar hiasan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/isu-6-kotak-ezam-biar-saya-jelaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Sajjad Biar Skmm Buat Kenyataan Gobind

Isu Sajjad Biar Skmm Buat Kenyataan Gobind

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 222 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEREMBAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan berhubung kes usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamar...
Ezam Turun Gelanggang Tekan Mahathir

Ezam Turun Gelanggang Tekan Mahathir

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 210 hits
Kalau sebelum ini bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Ezam Muhammad Noor hanya beri respons terhadap sikap dan perangai Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menunjukkan tidak berubah kekal dengan sikap lamanya melalui kenyataannya dalam media ma...
Raikan Kehadiran Ezam Satukan Kekuatan

Raikan Kehadiran Ezam Satukan Kekuatan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 200 hits
1 Baru baru ini setelah saya menaikkan gambar saya bersama Dato Ezam Mohd Noor dan beberapa hari kemudian memaparkan poster program beliau di laman sosial facebook saya telah menerima banyak respon dari teman teman pelbagai latarbelakang Ad...
Ezam Di Klang

Ezam Di Klang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 308 hits
Salam geng malam ini next siri2 dialog bersama sama Dato Ezam Md Noor berada di Port Klang Ikuti kupasan dan pendedahan2 terkini bagi membangkitkan semua semangat reformis bagi memaksa seorang ditaktor yang sedang memegang tampuk kerusi per...
Ezam Azmin Dreamt Of Becoming Pm Since 2017

Ezam Azmin Dreamt Of Becoming Pm Since 2017

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 244 hits
PKR deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali had always planned to undermine his boss Datuk Seri Anwar Ibrahim s ascension to premiership Speaking to The Leaders Online former Umno senator Mohamad Ezam Mohd Noor said that Azmin had plo...
Biar Tun M Yang Tentukan Kata Muhyiddin

Biar Tun M Yang Tentukan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 233 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat sebarang keputusan berhubung isu peralihan kuasa yang sering diperkatakan kebelakangan ini Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yass...
Ezam Mahu Mahathir Undur Segera

Ezam Mahu Mahathir Undur Segera

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 157 hits
Mohamad Ezam Mohd Nor 1 Pendedahan demi pendedahan yang berlaku beberapa hari ini hanya membuktikan satu hakikat Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bermain muslihat politik kotor seorang diktator yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekali...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah