Whatsapp Marketing Cara Organize Chats Group Dan Update Status Via Pc
Adakah anda sedang mencari whatsapp tools yang boleh bantu anda organize chat, group, update status dan macam-macam lagi? Ada berita baik untuk anda semua yang menggunakan whatsapp sebagai tools penting sama ada untuk bisnes atau kerja.
Apa Maksud Whatsapp Marketing
Whatssapp marketing bermaksud segala aktiviti yang merujuk kepada urusan perniagaan, menaikkan sales, memudahkan kelancaran chatting antara anda dan customer. Apa sahaja pekerjaan selain dari sekadar personal chat.
Applikasi Whatsapp
Applikasi whatsapp ada dua iaitu personal (ini yang awal sekali bermulakan) kemudian whatsapp wujudkan whatsapp business khas untuk peniaga, tetapi kan tak semestinya anda peniaga, sesiapa sahaja boleh gunakan whatsapp business ni kerana ianya mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding whatsapp personal
Whatsap Personal
Whatsapp personal ialah kegunaan harian menggantikan sms sejak kita mula menggunakan internet sebagai salah satu cabang bersosial. Anda boleh chat, video, juga bercakap melalui applikasi whatsapp. Buat masa ini pesaing bagi whatsapp ialah telegram.
Whatsapp Business
Whatsapp business dicipta bagi kegunaan bisnes tetapi tidak semestinya, boleh jadi freelancer, cikgu, ngo, atau bekerja yang memerlukan penggunaan tools yang ada di dalam apps whatsapp business ni. Jadi, tak buat bisnes tapi nak pakai apps whatsapp business? Boleh sahaja
Whatsapp Tools Marketing
Whatsapp sedia ada sama ada personal atau business masih mempunyai kekurangan yang diperlukan oleh seller atau pihak yang menggunakannya. Anda mungkin nak fungsi auto response atau upload status di website / pc kerana tidak semua orang menggunakan handphone apabila bekerja.
Anda juga nak memudahkan kerja mengkategorikan chat, group, malah melabel setiap chat dan group, juga boleh dibuat dengan menggunakan tools tambahan ini.
Saya nak kongsikan satu software yang boleh anda gunakan untuk memudahkan urusan seharian, meneliti chat, groups , termasuklah update status melalui pc. Jom kita berkenalan dengan WA DECK - Best AI-Driven WhatsApp CRM
Tahukah anda
Anda boleh buka whatsapp di pc / laptop melalui dua cara, iaitu whatsapp web atau download whatsapp for pc.
Untuk penggunaan software WA Deck, anda perlu menggunakan whatsapp web ya. Sebelum saya kongsikan caranya, jom saya tunjukkan kelebihan software WA DECK ini.
Whatsapp Tools WA DECKSaya kongsikan gambar untuk anda lihat lebih jelas ye, ada masa saya buat video tentang software WA Deck ni. Korang jangan tersilap pula ya. Website rasmi mereka ialah https://wadeck.ai/
Saya kongsikan paparan dari whatsapp web saya, saya menggunakan whatsapp business. Bila anda install WA Deck di Chrome anda nanti, beginilah paparan yang akan anda lihat. Supposely sama lah ye. Saya menggunakan free version sahaja (starter account).
Pada sebelah kiri atas, anda boleh lihat beberapa tab, iaitu All, Unread, Auto Replied (yang ni features berbayar - boleh offkan), 1:1 (chat), Groups (groups), broadcast list (jika anda ada buat broadcast features) dan mentions (jika ada orang mention @anda)
Di sebelah kanan tepi, ialah setting dan lain-lain tools yang WA DECK sediakan seperti AI, Quick Reply, Broadcast, Info Contact (Chat dan Groups), Message Template, Update Status, Setting, Translate dan juga Reminder
Saya tunjukkan beberapa fungsi dari software WA DECK yang saya gemari selain dapat organize dan memudahkan lihat chat, unread, dan groups. Di ingatkan ya semua fungsi yang saya tunjukkan ini adalah free version, dan ada juga yang anda perlu upgrade untuk gunakannya.
Fungsi paling best adalah anda sudah boleh update status whatsapp anda melalui pc! Ye betul, seperti saya yang lebih banyak menggunakan pc berbanding handphone ni kan, adakalanya leceh nak update tru handphone. Dengan fungsi dari WA Deck ni, haa mudahlah kerja saya.
Best kan?
Quick reply free version ni tak banyak, hanya 5 template sahaja anda boleh create, jika anda sudah pun menggunakan whatsapp business maka tiada masalah. Bagi whatsapp personal, bolehlah gunakan fungsi ini sebaiknya
Nak whatsapp without saving number? Pun boleh ye. Anda masukkan sahaja nombor telefon tersebut dan boleh terus chat dengan prospek.
Cara Install WA Deck
Cara install dan gunakan whatsapp tools WA Deck ini sangat mudah. Anda perlukan browser chrome ye. Jika tiada, download dahulu di sini DOWNLOAD CHROME FOR PC
Kemudian, layari website WA DECK, tekan pada ADD TO CHROME. Ya betul, ini adalah extensions tool.
Setelah download, sila pasangkan extension WA DECK dan allow untuk digunakan pada whatsapp web.
Sudah install? Restart chrome anda dan buka semula laman website whatsapp web ye. Selesai
Bagaimana? Anda suka dengan fungsi ini? Bolehlah upgrade kan? Mai saya kongsikan harga yang ditawarkan oleh mereka.
Semoga entri kali ini dapat membantu anda memaksimakan penggunaan whatsapp supaya lebih efisien, organize dan teratur. Barulah tak pening kepala dan termiss macam-macam info bukan
Work smart bersama WA DECK
tags: whatsapp web, whatsapp business, whatsapp tools, online marketing, whatsapp marketing
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2023/11/cara-organize-chat-whatsapp-dan-update-status-di-pc.html