Cara Tuntutan Hadhanah Di Mahkamah Syariah Serta 4 Kesan Kepada Anak Anak


Ramai yang cakna mengenai bab faraid atau isu mengenai pembahagian harta. Namun bagaimana pula ilmu tuntutan hadhanah atau hak penjagaan anak-anak? Ya, hak hadhanah merupakan 1 lagi cabang ilmu yang sangat indah untuk kita pelajari dan fahami. Ini kerana anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dijaga dan didik dengan baik. 
Ia merupakan simbol kasih dan cinta malah mengikatkan lagi kasih sayang diantara suami dan isteri. Anak-anak adalah manifestasi daripada konsep Maqasid Syariah iaitu Hifz al-Nasl (penjagaan keturunan). Perceraian dalam islam tidak menjadikan ibu ayah tersebut bermusuhan, walaupon ikatan yang dibina tidak berjaya tetapi mereka masih mampu menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak mereka.
Namun, sebaliknya pula berlaku selepas bercerai. Ramai pasangan yang menjadikan anak-anak sebagai senjata utama untuk menyakiti hati pihak masing-masing. Adakah kita lupa anak-anak turut mempunyai perasaan dan mahukan sebuah keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang?
Anak-anak yang memendam rasa mungkin akan melampiaskan amarahnya ditempat lain. Sebagai contoh statistik yang dikeluarkan oleh berita harian mengenai Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2017 yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN. Ini membuktikan bahawa perceraian bukan sahaja memberi impak kepada keruntuhan institusi rumahtangga, malah memberi impak yang besar kepada anak-anak juga.
Tuntutan Hadhanah 1 Perkara Wajib Jika dipandang sebelah mata, mungkin perkara atau persoalan “Siapa yang akan jaga anak bila berlaku penceraian?” merupakan soalan mudah. Tetapi sebenarnya ianya 1 soalan berat dan besar yang memerlukan penelitian yang mendalam.
Percayalah, selain kekurangan kasih sayanga, banyak isu lain yang boleh timbul antaranya membawa kepada masalah kesihatan mental anak-anak.
7 Punca Utama Masalah Kesihatan Mental Punca Masalan Mental1. Faktor genetik.
2. Konflik keluarga.
3. Banyak alami cabaran sukar, rendah harga diri dan kurang kemahiran daya tindak.
4. Sejarah hidup pahit atau alami tragedi seperti kehilangan orang disayangi.
5. Masalah sosio-ekonomi seperti kewangan, kemiskinan, tiada kemudahan asas atau tempat tinggal sesak.
6. Banyak mengalami krisis hidup seperti masalah perhubungan atau penceraian.
7. Berlaku keganasan dalam persekitaran. Percaya atau tidak, antara 7 senarai yang menjadi punca utama masalah kesihatan mental ini, ada 6 darinya adalah boleh bermula dari masalah penceraian. Jadi ini jelas membuktikan masalah penceraian bukan satu perkara remeh tetapi ianya memberik kesan yang mendalam dan jangka masa panjang pada individu dan keluarga terutama anak-anak.
Anak-anak Mudah Terjerumus dalam Najis Dadah Sangat membimbangkan apabila anak-anak kita mula terlibat dengan masalah sosial, satu statistik telah dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan KEMENTERIAN DALAM NEGERI. Remaja dalam kalangan Melayu mendominasi sehingga 78.3% yang terlibat dengan najis dadah.
Tuntutan Hadhanah Satu Kewajipan Walaupon perceraian dibolehkan didalam Islam, tetapi ianya menjadi racun buat anak-anak jika tidak diuruskan dengan baik. Jadilah co-parents yang terbaik walaupon rumahtangga gagal diselamatkan.
Anak-anak berhak untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Kesan trauma dari kehancuran rumahtangga bukan kesan sementara. Ianya akan menyebabkan anak mengalami trauma sepanjang hidup.
Didalam kitab Raudhah al-talibin karangan Imam Nawawi memberi erti Hadhanah adalah mendirikan hak-hak dengan menjaga orang yang tidak mumayyiz dan tidak berdikari dengan urusan diri sendiri dan mengasuhnya dengan apa yang dia layak untuknya dan memelihara daripada apa yang menyakitinya.
Menurut definisi undang-undang Islam pula Hadhanah ialah hak penjagaan anak yang masih kecil, yang tidak boleh menguruskan dirinya selepas ibu bapa bercerai atau berpisah.
Dibawah Seksyen 84 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Terengganu menyatakan secara terperinci akan siapa yang layak untuk menjaga kanak-kanak tersebut.
Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu masih dalam fasa perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. Namun, sekiranya ibu tersebut didapati hilang kelayakan bagi menjaga anaknya, dibawah seksyen yang sama turut menjelaskan. Jika mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan dibawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadapat hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu tertatkluk kepada subseksyen (3) hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut:- SusunanHak Jagaan1. Nenek sebelah ibu hingga keatas peringkatnya2. Bapa3.Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya4.Saudara perempuan seibu sebapa5. Saudara perempuan seibu6. Saudara perempuan sebapa7. Emak saudara sebeleh ibu8. Anak perempuan bagai suadara seibu sebapa9. Anak perempuan bagi saudara seibu10.Anak perempuan bagi saudara sebapa11.Anak perempuan bagi saudara lelaki12.Emak saudara sebelah bapa13.Waris lelalki yang menjadi ‘asabah Langkah-langkah Menuntut Hadhanah dalam Islam Tujuan Hadhanah adalah menjaga kebajikan dan maslahat anak-anak dan penjaga mestilah mampu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak dibawah jagaannya. Pihak-pihak boleh membuat tuntutan hadhanah di mahkamah syariah sejurus perkahwinan mereka dibubarkan. Apa langkah pertama yang perlu dibuat?
Borang-borang boleh didapati di setiap laman web mahkamah syariah negeri tersebut.
Tuntutan Hadhanah Plaintif perlu kepilkan kad pengenalan, sijil perakuan cerai, sijil lahir anak dan mana-mana dokumen yang perlu. Selepas permohonan difailkan, dalam tempoh 21 hari pihak Plaintif dan Defendan akan dipanggil untuk menjalani proses Sulh. Tujuan utama Sulh adalah untuk mencari titik perdamaian diantara pihak-pihak dan satu kata sepakat yang terbaik buat anak-anak mereka. Sekiranya satu kata persetujuan dicapai, persetujuan tersebut akan direkodkan di hadapan hakim dan dijadikan sebagai satu perintah mahkamah. Ada juga keadaan yang mana proses Sulh tidak berjaya dan pihak-pihak saling tidak mahu mengaku kalah, pihak Defendan akan diberikan satu masa bagi memasukkan satu pembelaan untuk menafikan segala dakwaan terkandung di tuntutan Hadhanah. Tuntutan tersebut akan dibicarakan dan pihak-pihak perlu membawa bukti dan saksi bagi menyokong tuntutan mereka. Dakwaan tersebut perlu dibawa bersama bukti laporan polis yang menunjukkan bekas suami pernah ditangkap disebabkan dadah atau laporan kesihatan yang menunjukkan bekas isteri pernah dipukul ketika mana bekas suami berada dibawah pengaruh dadah. Jika bekas suami mendakwa bekas isteri terlibat dengan pelacuran, dia hendaklah mengemukan bukti-bukti sama ada gambar atau mana-mana laporan yang menunjukkan kehidupan bekas isterinya berlawanan syariat. Di dalam kes hadhanah, kita mengutamakan kebajikan anak tersebut. Kebajikan anak bukan hanya berkaitan makan dan minum, namun kita turut memandang series kepada agama, kesihatan dan pembelajaran anak tersebut. FAQs Tuntutan Hadhanah Apakah penting tuntutan hadhanah ini? Penting bagi memudahkan urusan persekolahan anak-anak.
Saya tengok anak saya seperti tidak dijaga oleh baik sedangkan bekas isteri mendapat hak hadhanah. Apa yang perlu saya lakukan? Encik boleh pergi ke mahkamah untuk membuat tuntutan mengubah perintah hak jagaan anak (http://syariah.terengganu.gov.my/files/Tuntutan-Mengubah-Perintah-Hak-Jagaan-Anak.doc)
Perintah telah dibuat tetapi pihak bekas isteri menghalang saya daripada berjumpa anak-anak, apa patut saya buat? Boleh masukkan permohoanan pelaksanaan perintah mahkamah. Sekiranya perintah masih diingkari, satu pengkomitan ke penjara boleh dikeluarkan.
Adakah tuntutan ini memerlukan khidmat peguam syarie? Sangat digalakkan untuk mengambil khidmat peguam akan tetapi bagi yang tidak berkemampuan, kerajaan telah menyediakaan Biro Bantuan Guaman namun tertakluk kepada terma dan syarat.
Adakah boleh dibicarakan sekali kes hadhanah dan nafkah anak? Tidak, hadhanah merupakan bidang kuasa mahkamah tinggi syariah manakala nafkah anak dibawah bidang kuasa mahkamah rendah syariah. Ianya boleh difailkan sekali namun perbicaraan berlaku di dewan berasingan.
Saya berkahwin dengan warga asing dan dalam proses bercerai, apa patut saya buat untuk elakkan suami saya membawa lari anak tersebut? Dalam kes ini, ibu boleh masukkan satu permohonan interim iaitu permohonan bicara sebelah pihak. Permohonan interim ini akan dibuat sekiranya terdapat unsur keterdesakan yang membolehkan ibu mendapat perintah sementara bagi menunggu perintah kekal hadhanah.
Adakah anak tidak berhak untuk memilih? Anak-anak yang mumayyiz boleh memilih untuk tinggal dengan ibu atau ayah mereka. Had umur mumayyiz bagi anak lelaki adalah 7 tahun manakala bagi anak perempuan adalah 9 tahun.
Adakah saya tidak layak untuk bermalam dengan anak? Sekiranya tuntutan tersebut mencapai kata sepakat, ibu dan ayah boleh merangka hak bermalam, hak berhari raya mengikut kesesuaian. Namun, ada juga keadaan yang mana Mahkamah yang menetapkan hak-hak tersebut.
Saya ibu, adakah saya boleh hilang kelayakan? Jika ibu tersebut dapat dibuktikan bahawa akhlak moralnya rosak sebagai contoh terlibat dengan dadah, hidup berlawanan dengan syarak atau pon mengalami penyakit mental, ibu tersebut boleh hilang kelayakan dalam hadhanah.
Siapa yang boleh membuat tuntutan hadhanah tersebut? Sekiranya terdapat ahli-ahli keluarga yang berkaitan melihat kebajikan anak-anak tersebut tidak terjaga, mereka boleh membuat tuntutan tersebut demi menjaga maslahat anak.
Bagaimana dengan anak angkat? Anak tak saf taraf adalah anak yang lahir kurang dari 6 bulan 2 lahzah dalam tempoh perkahwinan. Sekiranya berlaku pembubaran perkahwinan, anak tersebut akan dijaga oleh ibu kandung anak tersebut.
Bagaimana dengan anak angkat? Anak angkat tidak ada dalam peruntukan undang-undang. Pihak-pihak boleh berbincang sesama mereka bagi menentukan yang terbaik buat anak tersebut.
Berapa lama tempoh untuk selesaikan kes? Bergantung kepada kepadatan kes di mahkamah syariah dan kerjasama pihak-pihak. Sekiranya kes berjaya mendapat persetujuan bersama kes akan terus direkodkan dan dijadikan sebagi satu perintah mahkamah.
Saya dan isteri bercadang untuk bahagi 2 minggu secara rata, boleh atau tidak? Boleh, selagi mana masih boleh berkomunikasi secara baik, itu yang digalakkan bagi memudahkan urusan menjaga anak-anak.
Apakah perintah mahkamah syariah wajib diikut? Sebolehnya patuh kepada perintah mahkamah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/tuntutan-hadhanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Menang Tuntutan Halau 2 Anak Keluar Rumah

Ibu Menang Tuntutan Halau 2 Anak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 306 hits
AgensiRom Seorang wanita di Itali memenangi kes mahkamah iaitu tuntutan untuk mengusir dua anak lelaki berumur 40 dan 42 dari rumahnya selepas mereka enggan keluar atau menghulurkan wang bagi meringankan bebannya Oddity Central melaporkan w...
Mahkamah Kuching Tolak Cubaan Ibu Pinda Agama Anak Hakim Zaleha

Mahkamah Kuching Tolak Cubaan Ibu Pinda Agama Anak Hakim Zaleha

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 129 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan seorang wanita untuk mengubah status agama anak lelaki remajanya daripada Muslim kepada Buddha Remaja itu yang menyambut ulang tahun ke 18 pada Rabu memiliki nama Muslim ...
Budak Dua Tahun Maut Dengan Kesan Lebam Melecur Ketika Dijaga Anak Jiran

Budak Dua Tahun Maut Dengan Kesan Lebam Melecur Ketika Dijaga Anak Jiran

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 284 hits
Shaiful Shahrin Ahmad Pauziam hmetro com myBagan Serai Suami isteri dan anak lelakinya ditahan polis berhubung kes kematian seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun di sini semalam Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Juna Yusoff ber...
Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun Tidur Ustazah Kongsi Sebelum Tidur Buat Cara Ini

Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun Tidur Ustazah Kongsi Sebelum Tidur Buat Cara Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 194 hits
Susah hati mak ayah jika setiap kali bangun tidur anak mula meragam Ada sahaja tak kena dan menangis tanpa sebab Bagi ibu bapa yang anak bangun pagi selalu menangis atau meragam boleh cuba amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abdul ...
Najib Anak Tetap Kena Bayar Cukai Rm1 7 Bilion Mahkamah Persekutuan

Najib Anak Tetap Kena Bayar Cukai Rm1 7 Bilion Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 154 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMahkamah Persekutuan menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya untuk membatalkan penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan yang masing masing berjumlah RM1 69 bilion d...
Cara Buat Google Form Kehadiran Kuiz Dan Lain Lain Serta Cara Untuk Guru Buat Soalan Melalui Borang Google Form

Cara Buat Google Form Kehadiran Kuiz Dan Lain Lain Serta Cara Untuk Guru Buat Soalan Melalui Borang Google Form

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 123 hits
Cara buat google form adalah sangat mudah dengan hanya 4 langkah awal sahaja Penggunaan adalah sangat diperlukan bagi membuat rekod kehadiran menjawab responden mengumpul data dan lain lain kegunaan lagi Selain itu para guru juga mengambil ...
Anak Mahu Lapor Polis Ibu Tidak Beri Duit Beli Burung

Anak Mahu Lapor Polis Ibu Tidak Beri Duit Beli Burung

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 233 hits
KOSMO Rizam dinasihati ketua polis Cibeber sambil ditemani ibunya TikTokJAKARTA Indonesia Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun di Cianjur Jawa Barat mahu membuat laporan polis terhadap ibunya selepas dia tidak diberi wang untuk membeli ...
Bahasa Ibu Bapa Yang Tidak Difahami Anak Anak Lelaki Ni Kongsikan Buat Ramai Tersentuh

Bahasa Ibu Bapa Yang Tidak Difahami Anak Anak Lelaki Ni Kongsikan Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 129 hits
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan ayah memang tiada galang gantinya Dari kita kecil hinggalah dewasa mereka tak pernah mengeluh susah Malah kesusahan yang mereka alami disembunyikan sebaik mungkin Begitulah orang tua kita sememangnya...
Semai Benih Padi Sawah Alihkan Anak Pisang Emas Raised Beds

Semai Benih Padi Sawah Alihkan Anak Pisang Emas Raised Beds

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 206 hits
Adakah raised beds penyelesaian terbaik untuk berkebun secara berkesan Bolehkah raised beds membantu selesaikan masalah keselamatan makanan food security Jadi satu cara untuk pastikannya adalah dengan mencubanya melakukan sedikit eksperimen...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti