Wfh Work From Home Bukan Work For Home
Assalamualaikum...
WFH lagi hari ni dan telah mendapat persetujuan dari pihak atasan, semua staf akan bekerja dari rumah setiap hari Khamis kecuali dalam kes tertentu. Yang kelakar semalam, seorang kawan se-company post status WFH maknanya Work From Home bukan Work For Home gara-gara ada staf yang tidak alert dengan tugasan yang diberi. Sk agak perkara ini berlaku apabila rakan Sk ni merupakan penganjur satu kursus secara online dan mungkin ada yang berkursus sambil membuat tugasan surirumahtangga, hihi.
Tak dinafikan, bagi Sk sendiri.. sambil BDR memang Sk ada curi masa (tau.. dosa mencuri) untuk melakukan kerja-kerja rumah. Mungkin sebab kerja BDR Sk ni hanya menunggu laporan kehadiran dari kelas-kelas online, jadi.. kalau tak ada yang hantar laporan tu, takkan nak melongo depan pc. Macam sekarang ni, sambil tunggu staf hantar report, kita boleh jer nak blogwalking asalkan petang nanti semua laporan siap dihantar dalam grup whatsapp staf.
Kadang kalau fikir balik, penatnya bekerja semasa PKPB ni. Terkejar-kejar.. terutama apabila giliran kita pula bekerja di pejabat. Dengan waktu kerja yang semakin pendek, kita mengejar dateline. Macam semalam, memang somputlah jugak nak selesaikan semua kerja yang hanya boleh dibuat di pejabat sahaja, tapi, Sk ni memang jenis all-out la, boleh siap beberapa kerja dalam masa yang singkat, jadi, sebelum ber BDR hingga isnin depan, semuanya telah selesai. Tunggu sahajalah tugas apa pulak yang menanti minggu depan dalam tempoh dua minggu lagi PKPB 2.0 ni, huhu.
Asalnya semalam nak masak Kari Daging. Dah pesan kat Iman, pukul 2 rendam daging dalam peti ais tu. Tapi, dalam perjalanan balik tu, SK call Pak Inche, bagitahu yang SK rasa macam penat sangat nak masak.. lepas tu nanti makan kari daging ajelah, sebab tak ada sambal belacan, malas nak pergi kedai beli lada. Pak Inche kata, nanti kita pergi makan Senoko ajelah, takyah masak.. legaaaaaaaaa Mak Inche, hahhaa.. Tapi, kami tak ke Senoko pun, sebab Iman kata dia masih kenyang makan nasi lauk pari bakar sambal tip top yang Pak Inche tapau tu. Jadi, kami makan kat kedai tomyum berdepan dengan Econsave Taman Teratai, boleh laaaa... huhu
Tapi, istimewa kat sini, ada jus nenas. Jarang jumpa jus nenas dalam buku menu, terus Sk pesan segelas. Memang melegakan anak tekak betul, hahaha. Tapi, sekali ajelah kot makan kat sini, tak sedap kata Pak Inche. Hurmm.. nasib baiklah bukan Sk yang beriya sangat nak makan kat sini. Tulah, asal nampak orang ramai jer tergoda, asal nampak orang ramai jer tergoda. Nasib baik tak kena mandrem, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/wfh-work-from-home-bukan-work-for-home.html