Western Mediterranean Cruise Part 6 Rome Italy
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Western Mediterranean Cruise - Italy - Rome
Setiap hari, kami tiba di destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak kapal. Pagi turun dari kapal dan petang naik balik kapal untuk belayar ke destinasi seterusnya.
Hari ini, kami tiba di Rome, Italy. Alhamdulillah. Ini kali kedua saya ke Rome dan kali ke 3 Maria ke Rome.
So, jom kita tengok gambar di Rome kali ini.
Kapal baru berlabuh di port. So, jom turun
Ini kapal cruise terbesar di dunia sekarang ini. Symphony Of The Seas. Subhanallah, sangat sangat sangat besar. Dan alhamdulillah kapal ni yang kami naik sepanjang 8 hari belayar di sini
Destinasi pertama, ladang penanaman anggur.
Anggur yang sangat banyak
Kami semua boleh petik anggur ni dan makan terus dari pokok. Tak yah basuh basuh dah sebab tak ada chemical atau racun dibubuh dekat buah ni
Ambil gambar solo dulu
Maria pun bergambar juga dengan anggur di pokok
Boleh kutip, boleh makan sebanyak mana nak makan. Haha.. Larat ker nak makan semua tu kak oi
Gambar bersama pekerja ladang anggur tu
Banyak gak hasil tangkapan geng kami hari ni
Buah ni dimasukkan ke dalam mesin untuk buat jus
Tara... Jus dah siap. Sedap juga minum air anggur fresh dari ladang
Maria, Atira dan Ainul
Destinasi seterusnya adalah ke Colloseum, Rome.
Sebelum diberi masa free time untuk bergambar, tour guide kami bagi briefing mengenai Colloseum ini
Masa kami pi tu hujan renyai renyai pulak. Hehe. Rezeki nak kena hujan ler. Hari hari lain bila jalan kami pakai jaket, tapi panas ya amat. So, di Rome kami tak mau bawa jaket. Sekali hujan pulak. Haha.
Tapi hujan sket sket jer la. Tak lah lebat macam di Malaysia. Hujan renyai renyai sket jer
Kali ni kami pergi tak masuk dalam. Tahun 2015 kami pergi sampai masuk dalam
Ambil gambar dulu
Gambar berdua dulu sebelum berangkat ke lokasi seterusnya
Lets go. Bye bye Colloseum
Last photo di Colloseum sebelum naik bas
Destinasi terakhir, Rome City Centre. Kat sini kami luangkan masa sekitar 4 jam untuk jalan jalan pusing ancient city ini
Kami semua berjalan sekali dalam group
Orang dok bagi briefing, saya dok ambil gambar. Hehe. Last last tak tahu ni mende apa
Fontana della Barcaccia, Piazza di Spagna
Nak sebut nama fountain ni pun dah berbelit lidah
Selesai bergambar, kami bergerak terus ke tempat lain pulak
Trevi Fountain
Kiranya ni paling toplah. Semua orang akan tumpu ke fountain ini
Berjaya meloloskan diri sampai ke bawah untuk ambil gambar dari posisi terbaik
Bersama adinda tersayang
Next is Panteon
Bangunan ini berusia 2000 tahun
Huruf Roman ni dah wujud sejak dahulu lagi
Asalnya ia adalah sebuah gereja
Melihat senibina dalam Pantheon ini, saya rasa sangat kagum. Macam mana orang boleh naikkan satu kubah batu yang sangat sangat besar dan berat ke atas bangunan ini. Teknologi apa yang mereka gunakan pada 2000 tahun yang lepas
Di dalam Pantheon
Selesai bershopping di sini, kami pun berkumpul kembali untuk bergerak kembali ke feri
Fountain Of Four River
Bye bye Rome. Till we meet again
Alhamdulillah, dah sampai balik ke kapal kami. Kapal hujung tu pun dah besar. Tapi bila ada atas kapal kami nampak kapal tu kecik jer
Ada banyak burung terbang tepi kapal kami. Nak cari makan ler tu
Saya pun baling la sket roti ke luar dan terus ditangkap oleh burung burung ni. Maka makin banyaklah burung lain yang datang mencari makan. Hehe
Entri seterusnya adalah gambar kami di Capri Island, Italy
Stay tune. Nanti saya share
Mohd Firdaus Mat SaadMotivating And Inspiring Others
Untuk Cerita Perjalanan Kami Sepanjang Trip Ini : Sila Klik Di sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdaus.com.my/2018/12/pengalaman-bercuti-di-rome.html