Weekend Getaway 2 Hari 1 Malam Di Tadom Hill Resort



Assalamualaikum
Time bulan puasa hari tu, kitorang ada plan nak weekend gateway lepas raya aidil fitri. Kalu boleh lokasi dekat jelah since masing-masing tu risau tak boleh commit join. Then Zharif - blog jejakakaula.com suggest datang Tadom Hill Resort yang tak jauh sangat drive dari KL & jawapan paling win - dia sendiri tak pernah jejak walaupun cuma 20 minit dari rumah dia. Nak gelak je bila teringat balik..
Masa perjalanan dari Bukit Jalil ke Tadom Hill Resort cuma 48 minit. Lebih kurang 27 km je pun. Tak jauh sangat dari Kuala Lumpur International Airport, Putrajaya, Puchong & Negeri Sembilan. Argh feeling macam pergi travel negeri orang lain padahal kejap je dah sampai..hahaha


Then pakat la ajak King Xul - vainzstory.blogspot.com join sekali & dia bagitau Tadom ni memang best place nak mandi. Dalam fikiran BBL okay mesti ada aktiviti berkaitan air je tapi semua tu meleset bila dah sampai Tadom Hill Resort. Ada banyak betul benda best & menyeronokkan boleh kami buat sepanjang 2 hari 1 malam kat sini. Waktu check in pukul 3 petang tau, sementara nak tunggu petang tu kitorang terus start aktiviti. Masing-masing dah tak sabar kot nak berendam!

Harga tiket masuk Tadom Hill Resort
Ada dua pilihan untuk korang enjoy Tadom sama ada menginap dalam resort atau beli Day Pass secara walk in kat pintu masuk resort. 


Day Pass*
Dewasa
Kanak-kanak (3-12 tahun)
Weekday (Isnin – Jumaat)
RM 22
RM 17
Weekend (Sabtu – Ahad)
RM 25
RM 20
Peak Season
RM 28
RM 22
Super Peak Season
RM 30
RM 25
*Extend sampai jam 10 malam - tambah RM10/pax
**Kanak-kanak bawah 3 tahun & warga emas 65 tahun ke atas MASUK PERCUMA
*** Jaket keselamatan PERCUMA untuk aktiviti air

Day Pass cover aktiviti - Tadom Splash, Tadom Groove & Tadom Oasis. Waktu operasi untuk Day pass 9 pagi - 6.45 petang. 

Dah penat main air je sampai lencun, why not cuba benda lain yang menyeronokkan terutama mereka yang suka sukan lasak bersama geng. Baru syok habis!

romantik betul sunset Tadom
Aktiviti Menarik @ Tadom Hill Resort
Flying FoxBenda ni tiap kali geng kami pergi travel mesti try. Tak pernah bosan sebab boleh menjerit sambil feeling terbang macam burung merentasi laut cina selatan Tasik Tadom. Ha gituh. Dari segi keselamatan usah risau sebab team Tadom memang sangat peka soal safety sebelum anda dibenarkan mencuba aktiviti lasak ini. Dari main point camp ke check point atas bukit Tadom kami naik Hilux beramai-ramai. Jarang dapat pengalaman macam ni..dalam 3 minit macam tu dah sampai. Eh kejap je dari jalan kaki 15 minit weh

oi ingat ni gambar kelas ke.. 

Sebelum start meluncur, staff akan explain sekali lagi cara-cara flying fox dengan betul serta langkah keselamatan sepanjang otw turun ke bawah. Dah ready apa lagi..menjerit la..



Lihat siaran ini di Instagram

Fuh ingat boleh mandi je kat sini rupanya banyak aktiviti best boleh buat kat sini. Ha tengok sampai habis okay 😊 #TadomHillResorts #TravelWithBuddies #MalaysiaTravelBlogSiaran dikongsi oleh AHMAD TARMIZI (@marou_apple_hijau) pada Jul 5, 2019 jam 11:09 PDT
Harga flying fox boleh tengok gambar dibawah. Sekarang ada pakej unlimited riding khas kepada pengunjung & mereka yang menginap dalam resort. Main la korang sampai lebam..


ATV Riding
Seterusnya mestilah pusing 2.5km trek mencabar Bukit Tadom dengan jentera ATV beramai-ramai. Sepanjang konvoi tu memang tergelak-gelak je tengok gelagat member bawa ATV sekejap lepas, sekejap tak lepas panjat kawasan berbukit. Ni kalu ramai memang meriah. Btw aktiviti ATV tersedia pada waktu siang & sebelah malam. 


Rate harga boleh refer bawah.

Track
Weekday
Weekend
        A)  2.5KM (Average 20 minit)
RM 48
RM 48
        B)   4.5KM (Average 40 minit)
RM 80
RM 88
NIGHTRIDE (Minimum 5 Pax dari 8PM – 10PM
        A)  2.5KM (Average 20 minit)
RM 73
RM 86
        B)   4.5KM (Average 40 minit)
RM 110
RM 128
*Tambahan penumpang RM 30

Combat Archery
Ha ni benda baru BBL try sejak duduk KL. Sebelum pernah la main sukan memanah tapi setakat shoot target karbus je. Itu pun nasib baik kena hahaha. Menariknya kat Tadom aktiviti Combat Archery paling ramai pengunjung suka sebab boleh acah persis Katniss Everdeen Hunger Games. 


Time
PAKEJ A (*Min 4 pax)
PAKEJ B (*Min 10 pax)
30 Minit
RM 35 / pax
RM 25 / pax

Cara main senang je just devide dua team minima 4 orang kemudian coach Tadom akan explain cara main. Team mana berjaya panah lawan akan menang. Eh jangan risau bukan guna anak panah betul tetapi anak panah dari sponge. Tak sakit pun kalu kena..



Sukan Air Terbaru
Oh ya Tadom Hill Resort ada sukan air baru akan start bulan 7 ni. BBL lupa apa nama benda alah ni. Ada 4 mainan semuanya. Recomanded try kayak transparent..ala yang famous orang snap gambar nampak ikan bawah laut tu. Ha sini pun ada..rasa macam duduk atas air. 


 lupa apa nama benda ni
kayak lutsinar, time waktu tengahari lagi clear nampak bahagian bawah air
acah nak buat macam Dua Lipa tapi tak menjadi..
Bamboo Raft Race
Ni aktiviti paling kami excited nak main. Siapa je tak suka berendam dalam air sejuk time hari tengah panas kan. Sebelum tu WAJIB pakai jaket keselamatan walaupun korang pandai berenang sebagai langkah keselamatan. 

Game ni simple je tapi tough sikit. 



Tak cukup tu je, ada lagi aktiviti menarik lain boleh setiap pengunjung cuba sepanjang berada di dalam resort. Have fun sampai puas!🌟 JS Float City
🌟 Paintball🌟 Rock Climbing🌟 Ping pong🌟 Bola pantai 🌟 cantur gergasi🌟 Jenga gergasi


Harga bilikKat Tadom Hill Resort ni ada 8 jenis tempat tidur boleh pilih dari jenis Gendui Challets, Semantan Challets, Bamboo Madu, Hakka Village, Bamboo Garden Tents, Bamboo Lakeside Tents, Eco Tents & Hammock Spheres. 

bilik jenis Bamboo Garden Tents
Bercakap tentang design Hakka Village sangat unik sebab ni satu-satunya bangunan Hakka Village di dunia serta di Malaysia diperbuat dari buluh. Berinspirasikan dari rekaan kota  kaum nomad Hakka kat China yang menjadi rumah kediaman & perlindungan dari serangan musuh. 


Tulisan cina bahagian pintu masuk dorm ini bermaksud Hakka manakala bawah tu bermakna kampung buluh hakka. 
Sebab kami datang 16 orang so decide menginap di Hakka Village yang boleh muat 4 - 6 orang satu bilik. Lebih kurang macam dorm la sebab bilik boleh akses melalui pintu bahagian dalam. BBL sendiri impress tengok hasil kerja Orang Asli buat katil double decker & katil kelamin pun dari buluh. Semestinya kukuh, selamat untuk korang tidur..jangan goyang sangat sudah la 


Hakka Village ni dua tingkat - bilik bahagian bawah ada aircond & bahagian atas berkipas tapi belah malam sejuk betul sampai kena selimut dua lapis. Bilik mandi & toilet pulak off course asing la - level bawah perempuan & level 1 untuk lelaki. Mostly kalu guest datang dalam group besar macam family day, kem motivasi & team building akan menginap kat sini. Senang nak jerit panggil waktu makan. Boleh muat 150 orang dalam satu-satu masa okay. 
Senarai harga penuh boleh rujuk SINI 
Kemudahan yang ada dalam resort termasuklah
🌟 surau
🌟 tandas
🌟 dewan serbaguna
🌟 dewan makan
🌟 gazebo
🌟 tempat BBQ
🌟 kedai mini serbaneka
🌟 bistro
🌟 gerai makanan
🌟 playground kanak-kanak


Oh ya Tadom Hill Resort pun ada sediakan pakej Family Day untuk sehari & 2H 1M mungkin sesuai untuk anda yang tengah survey lokasi program Hari Keluarga tahun ni. 


Tadom Hill Leisure – Pakej Hari Keluarga


Day Trip

Weekday                   : RM 88 / Dewasa | RM 80 / Kanak-kanak
Weekend/P.Holiday : RM 98 / Dewasa | RM 88 / Kanak-kanak


10.00am – 10.30am
10.30am – 10.45am
10.45am – 11.00am
11.00am – 12.30pm
12.30pm – 02.00pm
02.00pm – 03.30pm
03.30pm – 04.00pm
04.00pm – 06.00pm
06.00pm – 06.30pm
06.30pm – 07.00pm

Ketibaan & pendaftaran @ The Bamboo Hall
Taklimat di Tadom / Peraturan & @ The Bamboo Hall
 Ice Breaker / Warm up
Tadolympics 1
Makan tengahari
Tadolympics 2
Minum petang
Aktiviti bebas (Tadom Splash, aktiviti dalaman)
Bersih diri & berkemas
Penutup & berangkat pulang

*Minima 20 pax 
**Upgrade makanan dikena bayaran

Manakala pakej 2Hari 1Malam Hari Keluarga pun ada.



Tadom Hill Leisure – Pakej Hari Keluarga


2H1M

Weekday                   : RM 126 / Dewasa | RM 118 / Kanak-kanak
Weekend/P.Holiday : RM 138 / Dewasa | RM 128 / Kanak-kanak
                                    ( tidak termasuk accommodation)
HARI PERTAMA

10.00am – 10.30am
10.30am – 10.45am
10.45am – 11.00am
11.00am – 12.30pm
12.30pm – 02.00pm
02.00pm – 03.00pm
03.00pm – 03.30pm
03.30pm – 04.00pm
04.00pm – 05.30pm
05.30pm – 07.00pm
07.00pm – 08.30pm
08.30pm


Ketibaan & pendaftaran @ The Bamboo Hall
Taklimat di Tadom / Peraturan & @ The Bamboo Hall
 Ice Breaker / Warm up
Tadolympics 1
Makan tengahari
Tadolympics 2
Check-in
Minum petang
Tadolympics 3
Aktiviti bebas (Tadom Splash, aktiviti dalaman)
Makan malam
Aktiviti bebas (Tadom Groove, aktiviti dalaman)

HARI KEDUA

08.00am – 09.00am
09.00am – 10.30am
10.30am – 11.30am
11.30am – 12.00pm
12.00pm



Sarapan pagi
Aktiviti bebas (Tadom Splash, aktiviti dalaman)
Bersih diri & berkemas
Check –out & Penutup
Berangkat pulang
*Minima 20 pax 
**Kos Accommodation bergantung jenis bilik penginapan
***BBQ dinner, tambahan RM16/pax (standard) ATAU RM26/pax (premium)

Aktivti sebelah malam boleh bakar BBQ, karoke, camp fire ataupun baring tengok bintang kat langit beramai-ramai.



Sebenarnya Bukit Tadom ni kawasan Orang Asli. Tujuan utama pembukaan resort ni nak bagi pendedahan cara hidup masyarakat Orang Asli Temuan kepada rakyat Malaysia & pelancong luar. Sekarang ni dorang tengah tanam banyak spesis pokok buluh sebagai satu signature tumbuhan dalam resort. Kalu korang perasan gambar arang bbq bukan arang biasanya kita guna bakar satay tapi arang buloh. Ha first time tengok live. Even proses arang jenis buluh lebih cepat - 4 jam je compare arang biasa 21 hari sebelum jadi arang betul. 


tempat bakar arang buluh & hasilnya
Pihak resort pun ada keluarkan produk cuka arang buluh menggunakan buluh madu sebagai repellent semut, lalat & nyamuk . Jangan terkejut arang buluh digunakan dalam ubat gigi, roti chaco, water filter & ubat sakit perut. Korang ingat guna arang kayu ke.. bukan tau..

Malah arang buluh sangat berkesan menyerap bau hapak, busuk & basah. Jangan main-main pokok buluh menyerap 30% karbon dioksida serta melepaskan 35% oksigen untuk kita bernafas. Off course panda suka makan buluh. 


cuka arang buluh 
Berminat boleh je terus call staff Tadom Hill Resort untuk book slot, bilik penginapan & tarikh sebelum orang lain tempah. Nanti kepunan nak datang tidur sini. 
Tadom Hill ResortNo 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting SelangorNo telefon : 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883 (9 pagi - 10 malam)Email : [email protected] - Facebook.com/tadomhill  | Instagram - Instagram.com/tadomhillresorts



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/07/weekend-gateway-2-hari-1-malam-di-tadom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Hari 2 Malam Itinerary Kuching Sarawak Untuk Bercuti Holiday

3 Hari 2 Malam Itinerary Kuching Sarawak Untuk Bercuti Holiday

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1655 hits
3 HARI 2 MALAM ITINERARY PERCUTIAN KE KUCHING SARAWAK Hai Selamat Sejahtera semua Ada yang plan nak bercuti holiday ke Kuching Sarawak ke tu Bila sebut tentang bercuti atau holiday ke Kuching Sarawak ni Mummy macam biasalah akan buat bajet ...
Mac 2019 Keriang Hill Resort Kedah

Mac 2019 Keriang Hill Resort Kedah

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 917 hits
Alhamdulillah tanggal Mac 2019 Cik Shima dan sekali lagi dengan klik Korea 2017 Atul Zue dan Aishah bercuti bersama Kali ni di Keriang Hill Ini semua gara gara drama Lelaki Kiriman Tuhan Actually Keriang Hill ni juga salah satu wishlist Cik...
Lost Paradise Resort Landslide Underscores Fragility Of Hill Slopes

Lost Paradise Resort Landslide Underscores Fragility Of Hill Slopes

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 326 hits
Check out this map of Penang Island that they don t want you to see which I published here some time ago See how landslide prone the hills of Penang are Imagine they are itching to build highways and mega highways on that kind of terrain It...
Waktu Mustajab Doa Pada Malam Hari

Waktu Mustajab Doa Pada Malam Hari

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 357 hits
Soalan Bilakah waktu yang mustajab pada waktu malam sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith Jawapan Doa merupakan senjata buat orang orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa kerana ia menghubungkan secara...
Simpan Stok 18 20oz Setiap Hari Dr Fatin Liyana Suka Bangun Tengah Malam Untuk Mengepam Susu Buat Nolan

Simpan Stok 18 20oz Setiap Hari Dr Fatin Liyana Suka Bangun Tengah Malam Untuk Mengepam Susu Buat Nolan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 397 hits
Kebanyakan ibu sudah tahu akan kebaikan menyusukan anak Selain dapat membekalkan nutrisi terbaik buat si manja ia juga membantu para ibu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi begitu juga dengan Instafamous popular Dr Fatin Liyana ...
Pengalaman Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Perhentian

Pengalaman Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1007 hits
Assalamualaikum Baru baru ni kawan saya ajak bercuti di Pulau Perhentian Jika ikut plan asal macam dah tak nak ikut Tapi bagi memenuhi hajat kenkawan saya join ja la Ada banyak lagi kerja kerja lain yang perlu diselesaikan Tapi disebabkan s...
Kesaksian Relawan Pencari Thoriq Lakukan Pencarian Di Malam Hari Tim Dengar Suara Orang Tertawa

Kesaksian Relawan Pencari Thoriq Lakukan Pencarian Di Malam Hari Tim Dengar Suara Orang Tertawa

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 345 hits
Sudah 12 hari hilangnya Thoriq Rizki Maulidan saat mendaki Gunung Ranggeno atau yang dikenal Gunung Piramid di Bondowoso Jawa Timur Hingga Jumat remaja yang baru lulus SMP itu belum juga ditemukan Thoriq hilang saat turun dari Puncak Pirami...
Tiga Hari Dua Malam Di I Garden Hotel Ipoh

Tiga Hari Dua Malam Di I Garden Hotel Ipoh

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 822 hits
Assalamualaikum DI SINILAH lokasi yang menjadi pilihan kami kali ini sepanjang berkampung di Ipoh untuk kali kedua selepas Iman menginap di PUO Bak kata ramai lepas ni selalulah datang Ipoh ternyata betul Kalau dulu Ipoh ni cuma sekadar lok...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord