Simpan Stok 18 20oz Setiap Hari Dr Fatin Liyana Suka Bangun Tengah Malam Untuk Mengepam Susu Buat Nolan
Kebanyakan ibu sudah tahu akan kebaikan menyusukan anak. Selain dapat membekalkan nutrisi terbaik buat si manja, ia juga membantu para ibu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi. begitu juga dengan Instafamous popular, Dr. Fatin Liyana yang menyusukan anak keduanya, Hail Nolan Anwar Fazal, secara ekslusif sejak dia dilahirkan.
Berkongsi dengan Pa&Ma tentang caranya menyusukan Nolan, kaedah ini mungkin dapat membantu para ibu yang berniat untuk menyusukan anak secara ekslusif. Turut berkongsi rahsianya memerah susu badan, anda boleh mencuba tip yang dikongsikan oleh Dr. Fatin ini.
“Saya buat stok susu sejak anak berusia dua bulan. Ketika pantang dan tempoh bercuti, susu biasanya akan mencurah-curah. Gunakan peluang ini untuk buat stok. Kadang-kadang saya tak perlu pam, hanya menggunakan milk collector on one side ketika Nolan sedang menyusu pada payudara sebelah lagi. Untuk membuat stok, biasanya saya akan pam dua kali sehari.
Pagi selepas bangun tidur dan waktu lewat malam kerana pada waktu ni hormon prolaktin tinggi, maka susu yang dihasilkan sangat banyak. Setiap kali mengepam, hasil perahan lebih kurang 9oz ke 10oz. Maka saya dapat simpan lebih kurang 18oz-20oz setiap hari. Menggunakan konsep demand & supply, saya akan menyusukan Nolan sekerap mungkin pada waktu siang untuk mewujudkan permintaan.
Bila menyusukan Nolan sudah ‘kukuh’, saya ajar dia minum guna botol susu. Penting untuk ajar awal kerana kita tidak tahu jika terjadi apa-apa pada kita. Kasihan pula anak tidak pandai menyusu botol. Saya ajar Nolan menggunakan botol ketika dia berusia sebulan. Setiap dua atau tiga hari saya akan beri dia minum guna botol untuk tujuan melatihnya,” kata Dr. fatin ketika sesi temu ramah bersama team Pa&Ma.
The post Simpan Stok 18-20oz Setiap Hari, Dr. Fatin Liyana Suka Bangun Tengah Malam Untuk Mengepam Susu Buat Nolan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/simpan-stok-18-20oz-setiap-hari-dr-fatin-liyana-suka-bangun-tengah-malam-untuk-mengepam-susu-buat-nolan/