Waytha Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam berhubung ucapan berbaur fitnah membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada perhimpunan yang diadakan di ibu negara pada 4 Jan lepas.
Saman fitnah itu difailkan Waytha Moorthy, 53, menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial, selaku plaintif menerusi Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co pada 26 April lepas dengan menamakan Lokman Noor, 46, sebagai defendan.

Loading… Pihak media memperoleh salinan dokumen itu selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Latifah Mohd Tahar hari ini, yang turut dihadiri peguam Annou Xavier yang mewakili menteri terbabit dan peguam N. Logendran bertindak bagi pihak Lokman Noor.
Annou memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 1 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.Iklan
Dalam penyataan tuntutan, Waytha Moorthy, yang juga senator, mendakwa defendan telah berucap pada perhimpunan bantahan yang dihadiri kira-kira 100 peserta dan menyebabkan ucapannya dimuat naik dalam laman Facebooknya yang telah mendapat paparan sebanyak 55,000 dan dikongsi sebanyak 1,658 setakat 18 April lepas.
Dakwa plaintif, ucapan fitnah itu diterbitkan menerusi dua video yang dimuat naik melalui saluran Youtube KiniTV dan Sinar TV antaranya bertajuk “Beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib, dakwa Lokman”.
Plaintif juga mendakwa ucapan fitnah itu turut diterbitkan di dalam empat artikel antaranya bertajuk “Lokman dakwa beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib” dan “Waytha Moorthy antara menteri minta ubah keputusan bedah siasat Adib” di beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan Minda Rakyat bertarikh 4 Jan dan 5 Jan lepas.
Dakwanya, kenyataan fitnah itu antara lain bermaksud beliau seorang menteri yang tidak jujur, cuba memanipulasi laporan perubatan berkaitan kematian Muhammad Adib, gagal melaksanakan tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial selain menghasut rusuhan di Kuil Sri Mariamman di USJ Subang.
Menteri itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu adalah tidak benar dan menyebabkan reputasinya sebagai menteri dan senator Dewan Negara terjejas.
Katanya, satu surat tuntutan telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas bagi menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf, namun defendan gagal berbuat demikian, oleh itu plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, teladan dan injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula ucapan fitnah berkenaan menerusi media cetak dan elektronik.
Lokman Noor dalam penyata pembelaan difailkan pada 3 Julai lepas, menafikan ucapannya pada perhimpunan itu memfitnah menteri itu dan mendakwa ucapan berkenaan adalah satu komen berpatutan dan dibuat berdasarkan fakta dengan niat untuk kepentingan orang ramai. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/waytha-saman-fitnah-terhadap-lokman-adam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adib Waytha Saman Lokman Adam Berhubung Ucapan Fitnah

Adib Waytha Saman Lokman Adam Berhubung Ucapan Fitnah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berhubung ucapan berbaur fitnah membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada p...
Waytha Saman Lokman Dakwa Palsukan Laporan Bedah Siasat Adib

Waytha Saman Lokman Dakwa Palsukan Laporan Bedah Siasat Adib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 261 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy menyaman Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam atas dakwaan beliau memainkan peranan dalam pemalsuan laporan bedah siasat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Waytha berkata Lokma...
Rentasan Berita 552 Gempar Akibat Berani Syed Saddiq Bakal Berdepan Saman Fitnah

Rentasan Berita 552 Gempar Akibat Berani Syed Saddiq Bakal Berdepan Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 280 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 552 1 TULISAN JAWI SAMPAI BILA NAK BERTENGKAR 2 TIDAK WAJAR PERSENDA JALUR GEMILANG KATA AZIZ 3 VISA MELANCONG ATAU MELENCONG KERAJAAN HARUS TEGAS 4 PAS NEGERI TERMISKIN KATA MOHD RADZI Layari Facebook kami untuk mend...
Zakir Naik Akan Saman Fitnah Lima Individu

Zakir Naik Akan Saman Fitnah Lima Individu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 281 hits
Penceramah bebas Dr Zakir Naik akan mengemukakan saman kepada lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran kerana didakwa memfitnahnya JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6...
Mana Lokman Adam Senyap Je

Mana Lokman Adam Senyap Je

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 297 hits
Takkan kerajaan PH dah ok sekarang Takkan dah tak ada isu Takkan belum dapat arahan Takkan belum dapat arahan dari boss baru naik pangkat Bring it on
Lokman Adam Disiasat Kes Kaitkan Sentimen Kaum Dengan Kemalangan Lebuh Raya

Lokman Adam Disiasat Kes Kaitkan Sentimen Kaum Dengan Kemalangan Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 347 hits
Satu kertas siasatan dibuka terhadap pemimpin Umno Lokman Noor Adam berikutan dakwaannya melalui video yang di muat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi Ketua Ja...
Gambar Bukti Tersebar Lokman Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Negara Pegawai Penyiasat

Gambar Bukti Tersebar Lokman Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Negara Pegawai Penyiasat

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 511 hits
The ReporterViral di media sosial imej rakaman telefon bimbit yang menunjukkan seorang lelaki memegang kayu besbol meluru ke arah sebuah kereta di hadapannya dipercayai berkaitan dengan kes pergaduhan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran ...
Khasiat Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan

Khasiat Kelebihan Minum Teh Hijau Terhadap Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 352 hits
Banyak rupanya khasiat teh hijau ni Jika anda masih lagi minum teh tarik yang manis amalan ini patut diubah atau dikurangkan jumlah pengambilannya Sebagai alternatif cubalah beralih kepada minuman teh hijau pula Minuman ini adalah minuman t...
Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 440 hits
Sumber dari Google dan MalaysiaKiniBerhubung isu pengenalan tulisan jawi dan seni khat di sekolah vernakular pengenalan tersebut mendapat tentangan dari Gabungan jawatankuasa Sekolah Cina kerana menganggap pengenalan berkenaan adalah satu b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut