Adib Waytha Saman Lokman Adam Berhubung Ucapan Fitnah



KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berhubung ucapan berbaur fitnah membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada perhimpunan yang diadakan di ibu negara pada 4 Jan lepas.

Saman fitnah itu difailkan Waytha Moorthy, 53, menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial, selaku plaintif menerusi Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co pada 26 April lepas dengan menamakan Lokman Noor, 46, sebagai defendan.

Pihak media memperoleh salinan dokumen itu selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Latifah Mohd Tahar hari ini, yang turut dihadiri peguam Annou Xavier yang mewakili menteri terbabit dan peguam N. Logendran bertindak bagi pihak Lokman Noor.

Annou memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 1 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam penyataan tuntutan, Waytha Moorthy, yang juga senator, mendakwa defendan telah berucap pada perhimpunan bantahan yang dihadiri kira-kira 100 peserta dan menyebabkan ucapannya dimuat naik dalam laman Facebooknya yang telah mendapat paparan sebanyak 55,000 dan dikongsi sebanyak 1,658 setakat 18 April lepas.

Dakwa plaintif, ucapan fitnah itu diterbitkan menerusi dua video yang dimuat naik melalui saluran Youtube KiniTV dan Sinar TV antaranya bertajuk "Beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib, dakwa Lokman".

Plaintif juga mendakwa ucapan fitnah itu turut diterbitkan di dalam empat artikel antaranya bertajuk "Lokman dakwa beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib" dan "Waytha Moorthy antara menteri minta ubah keputusan bedah siasat Adib" di beberapa portal berita termasuk Malaysia Kini dan Minda Rakyat bertarikh 4 Jan dan 5 Jan lepas.

Dakwanya, kenyataan fitnah itu antara lain bermaksud beliau seorang menteri yang tidak jujur, cuba memanipulasi laporan perubatan berkaitan kematian Muhammad Adib, gagal melaksanakan tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial selain menghasut rusuhan di Kuil Sri Mariamman di USJ Subang.

Menteri itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu adalah tidak benar dan menyebabkan reputasinya sebagai menteri dan senator Dewan Negara terjejas.

Katanya, satu surat tuntutan telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas bagi menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf, namun defendan gagal berbuat demikian, oleh itu plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, teladan dan injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula ucapan fitnah berkenaan menerusi media cetak dan elektronik.

Lokman Noor dalam penyata pembelaan difailkan pada 3 Julai lepas, menafikan ucapannya pada perhimpunan itu memfitnah menteri itu dan mendakwa ucapan berkenaan adalah satu komen berpatutan dan dibuat berdasarkan fakta dengan niat untuk kepentingan orang ramai. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/adib-waytha-saman-lokman-adam-berhubung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waytha Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam

Waytha Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 243 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam berhubung ucapan berbaur fitnah membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada perhimpunan ya...
Waytha Saman Lokman Dakwa Palsukan Laporan Bedah Siasat Adib

Waytha Saman Lokman Dakwa Palsukan Laporan Bedah Siasat Adib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 286 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy menyaman Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam atas dakwaan beliau memainkan peranan dalam pemalsuan laporan bedah siasat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Waytha berkata Lokma...
Rentasan Berita 552 Gempar Akibat Berani Syed Saddiq Bakal Berdepan Saman Fitnah

Rentasan Berita 552 Gempar Akibat Berani Syed Saddiq Bakal Berdepan Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 303 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 552 1 TULISAN JAWI SAMPAI BILA NAK BERTENGKAR 2 TIDAK WAJAR PERSENDA JALUR GEMILANG KATA AZIZ 3 VISA MELANCONG ATAU MELENCONG KERAJAAN HARUS TEGAS 4 PAS NEGERI TERMISKIN KATA MOHD RADZI Layari Facebook kami untuk mend...
Zakir Naik Akan Saman Fitnah Lima Individu

Zakir Naik Akan Saman Fitnah Lima Individu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 302 hits
Penceramah bebas Dr Zakir Naik akan mengemukakan saman kepada lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran kerana didakwa memfitnahnya JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6...
Mana Lokman Adam Senyap Je

Mana Lokman Adam Senyap Je

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 313 hits
Takkan kerajaan PH dah ok sekarang Takkan dah tak ada isu Takkan belum dapat arahan Takkan belum dapat arahan dari boss baru naik pangkat Bring it on
Lokman Adam Disiasat Kes Kaitkan Sentimen Kaum Dengan Kemalangan Lebuh Raya

Lokman Adam Disiasat Kes Kaitkan Sentimen Kaum Dengan Kemalangan Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 364 hits
Satu kertas siasatan dibuka terhadap pemimpin Umno Lokman Noor Adam berikutan dakwaannya melalui video yang di muat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi Ketua Ja...
Kisah Mark Adam Memeluk Agama Islam

Kisah Mark Adam Memeluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 483 hits
Saya Cakap Ayah Saya Nak Convert Islam Satu Soalan Sahaja Ayah Tanya Dan Mak Saya Terus Menangis Mark Adam Kongsi Kisah Peluk IslamBerkongsi sedikit sedutan kisah memeluk agama Islam Mark Adam membuka rahsia yang disimpan rapi selama ini Vi...
Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat Guru Dan Orang Tersayang

Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat Guru Dan Orang Tersayang

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 7529 hits
Ucapan Salam Perpisahan Kepada Sahabat Guru Dan Orang Tersayang Salam perpisahan adalah ucapan yang paling berat nak dituturkan terkadang kelu lidah nak berbicara dan ada ketika hanya airmata menjadi gantinya Terutamanya bila kita kena beru...
Masa Tepat Gubal Undang Undang Kawal Ucapan Kebencian Kata Mujahid

Masa Tepat Gubal Undang Undang Kawal Ucapan Kebencian Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 291 hits
Masa tepat gubal undang undang kawal ucapan kebencian kata Mujahid Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Aug 2
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi