Waspada Jika Anda Sakit Kepala Melebihi 5 Hari


Waspada Jika Anda Sakit Kepala Melebihi 5 Hari | RAMAI yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitannya dirasakan sementara sahaja


Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya. Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani

Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya

Pakar Neurologi Pusat Perubatan Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Khan, berkata terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder

Sakit kepala jenis primer kata beliau, ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang



PESAKIT yang menghadapi sakit kepala jenis migrain biasanya akan mengalami kesakitan pada bahagian satu kepala atau separuh kepala, simptom loya dan muntah. - Foto hiasan
Dr Hasnur berkata, sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat

Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster
"Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja," katanya.Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah
"Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba."Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut."Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan," katanya.


Dr Hasnur berkata, sakit kepala jenis kluster jarang berlaku, tetapi serangannya menjadi teruk apabila pesakit menerangkan kesakitan yang dialami melebihi penderitaan ibu melahirkan atau keretakan tulang

"Sakit kepala kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya," katanya

Pengambilan ubat penahan sakit perlu dibataskan iaitu tidak lebih lima kali dalam tempoh sebulan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang

Makan ubat tahan sakit terlalu kerap boleh menyebabkan sakit kepala yang dialami berterusan hingga sukar dirawat

Pesakit yang kerap diserang sakit kepala seperti migrain iaitu tiga kali sebulan perlu menjalani rawatan menggunakan profilaksis untuk mengeluarkan kesan ubat penahan sakit yang dimakan sebelum ini


Info: Bagaimana mengenal pasti migrain:
* Sakit kepala berdenyut denyut
* Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
* Dikaitkan dengan loya dan muntah
* Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
* Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat

* Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula

* Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain)

* Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
* Sakit kepala ketika datang haid


Kaedah Rawatan:
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
* Anti migrain
* Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
* Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap

Sakit kepala jenis tekanan:
* Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana

* Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang

* Tidak menjejaskan kualiti hidup


Kaedah Rawatan:
-Paracetamol
-Profilaksis untuk mengawal serangan

Sakit kepala jenis kluster:
* Kadar kesakitan: sangat sakit
* Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus

* Serangan datang dalam bentuk tetap, contohnya pada Mac dan April

* Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak

(perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut)

Sakit kepala yang memerlukan pemeriksaan lanjut:
* Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari
(berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
* Meracau-racau

* Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam


Tips dan Petua : Waspada Jika Anda Sakit Kepala Melebihi 5 Hari
Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://caripetua.blogspot.com/2019/05/waspada-jika-anda-sakit-kepala-melebihi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia

Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 647 hits
Mula Mula Sakit Kepala Biasa Pembuluh Darah Di Otak Pecah Saluran Air Membengkak Wanita Anak 4 Meninggal Dunia Tak dapat kami bayangkan perasaan anak anak kecil ini saat kehilangan ibu mereka secara tiba tiba Pada awalnya wanita ini sering ...
Sering Mengadu Sakit Kepala Akhirnya Hilang Ingatan Diserang Strok Di Usia Muda

Sering Mengadu Sakit Kepala Akhirnya Hilang Ingatan Diserang Strok Di Usia Muda

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 434 hits
SERING MENGADU SAKIT KEPALA AKHIRNYA HILANG INGATAN DISERANG STROK DI USIA MUDA Menghadapi zaman yang kian mencabar kita sering berdepan pelbagai macam tekanan di tempat kerja kos sara hidup kian meningkat konflik diri dan keluarga dan berm...
Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 660 hits
Malam ini adalah malam ke 3 Master dan Mummy tidur di HUSM dan malam ke 2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti Adus keluh Master...
Bila Petang Mabuk Sakit Kepala Alahan Tak Semestinya Pagi Kadang Tu Sampai Ke Malam

Bila Petang Mabuk Sakit Kepala Alahan Tak Semestinya Pagi Kadang Tu Sampai Ke Malam

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 390 hits
Alahan semasa hamil atau morning sickness biasanya berlaku di awal kehamilan Selalunya alahan kehamilan ini boleh berlaku seawal empat minggu usia kehamilan Bagaimanapun morning sickness tidak semestinya berlaku di waktu pagi sahaja Ia juga...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan